omniture

Karya Seni Media diinspirasikan oleh "corak" kraftangan wilayah Kyushu dipamerkan di Lapangan Terbang Fukuoka mulai 10 Februari

Agensi Hal Ehwal Kebudayaan mempersembahkan "CULTURE GATE to JAPAN"
Agency for Cultural Affairs, Government of Japan CULTURE GATE to JAPAN Initiative
2021-02-18 09:23 126

FUKUOKA, Jepun, 18 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 10 Februari 2021, Agensi Hal Ehwal Kebudayaan membuka tirai pameran seni baharu di Lapangan Terbang Fukuoka sebagai sebahagian daripada inisiatif "CULTRE GATE to JAPAN" mereka, bermula dengan karya oleh juruanimasi MIZUE Mirai. Pada 27 Februari, karya oleh artis kedua, pencipta digital MURAYAMA Macoto, akan ditambah untuk pameran tersebut. Karya oleh kedua-dua artis ini akan dipamerkan di lapangan terbang tersebut selain di laman web, dengan tujuan untuk menggalakkan daya tarikan terhadap budaya Jepun dan berkongsi tarikan tersebut bersama dunia.

‘MANDALA-Q’ oleh MIZUE Mirai
‘MANDALA-Q’ oleh MIZUE Mirai

<Gambaran Keseluruhan Acara Lapangan Terbang Fukuoka>
Tema di Lapangan Terbang Fukuoka ialah "CORAK." Kawasan Kyushu, di mana letaknya lapangan terbang berkenaan, terkenal dengan tradisi krafnya yang beraneka, termasuk tembikar Arita (Arita-yaki), tembikar Satsuma (Satsuma-yaki) dan tekstil Hakata-ori. Dalam pameran ini, dua artis mempersembahkan karya yang diinspirasikan oleh idea "CORAK" yang merupakan komponen penting dalam kraftangan.

Kyushu mempunyai kekayaan sejarah berhubung pertukaran dengan benua Asia sejak zaman purba, mengalu-alukan tukang mahirnya serta menggabungkan banyak sumber budayanya. Artisan dalam bidang tersebut mengembangkan kraftangan Jepun yang unik dan mengeksportnya ke benua tersebut serta ke Eropah, Amerika dan seluruh pelosok dunia.

MIZUE Mirai, salah seorang artis yang terlibat dalam pameran tersebut merupakan pengarah animasi yang mengekspresikan pandangan beliau mengenai kehidupan melalui pergerakan pelbagai figura, termasuk corak geometri. MIZUE telah mencipta animasi yang kelihatan bernyawa dan bernafas, diinspirasikan oleh corak beraneka yang muncul daripada kraftangan asli unik yang berkembang di seluruh Kyushu hasil daripada saling interaksi antara pelbagai unsur budaya.

Artis kedua, MURAYAMA Macoto, ialah artis digital yang menggunakan pemerhatian yang menyeluruh untuk mencipta diagram botani dalam perincian yang sangat teliti yang kelihatan seperti lukisan seni bina yang sofistikated. Beliau telah mencipta grafik asal untuk pameran Lapangan Terbang Fukuoka yang diinspirasikan oleh lukisan botani yang secara tradisinya digunakan untuk menghiasi tembikar Arita, sejenis porselin yang terkenal di seluruh dunia. Karya beliau pula selanjutnya turut digunakan untuk menghiasi tembikar Arita baharu.

  • Tempoh: Pameran dibuka pada 10 Februari (Karya oleh MIZUE)
    27 Februari (Karya oleh MURAYAMA)
  • Lokasi: Tingkat 1, Pintu Masuk Ketibaan Terminal Domestik
    Lapangan Terbang Fukuoka
    *Karya akan dipamerkan di lokasi di atas hingga 17 Mac. Selepas 19 Mac, karya tersebut akan dipindahkan ke Tingkat 4, Terminal Antarabangsa.
  • Bayaran masuk: Percuma
  • Tema: CORAK Menumpukan pada corak kraftangan Kyushu
  • Tajuk: MANDALA-Q MIZUE Mirai
    Arita ware × Inorganic flora "Chrysanthemum" MURAYAMA Macoto
  • Artis:
    Pengarah Animasi
    MIZUE Mirai

Pengarah Animasi
MIZUE Mirai
Pengarah Animasi MIZUE Mirai

Dilahirkan di Wilayah Fukuoka pada tahun 1981, MIZUE Mirai ialah seorang pengarah animasi yang mencipta karya bukan naratif dengan motif selular serta geometri. Terkenal dengan animasi abstrak beliau yang unik dan menggamit perhatian, MIZUE terlibat dalam pelbagai bentuk projek termasuk video animasi dan muzik bebas. Dicalonkan di keempat-empat festival filem animasi terkenal dunia (Annecy, Ottowa, Hiroshima dan Zagreb), karya beliau yang paling terkenal, MODERN No. 2 berpeluang mendapat tayangan perdana dunia di Festival Filem Venice dan memenangi Hadiah Muzik Asal di Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy. Tayangan perdana Wonder oleh MIZUE berlangsung di Festival Filem Antarabangsa Berlin dan seterusnya memenangi hadiah CANAL + Creative Aid di Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy. Kini, beliau sedang mengusahakan animasi penuh pertama beliau, yang mana buat sementara waktu diberi tajuk Mirai Mizue's Journey to the West.

Artis Digital
MURAYAMA Macoto
 

Artis Digital
MURAYAMA Macoto
Artis Digital MURAYAMA Macoto

Dilahirkan pada tahun 1984, MURAYAMA Macoto ialah artis digital yang mencipta imej botani yang terperinci dengan menyatukan bakat beliau terhadap pemerhatian yang teliti dengan kemahiran grafik komputer luar biasa beliau. Murayama menggunakan dengan mahir perisian pemodelan 3D dan alat-alat digital yang lain, mengintegrasikan bentuk tumbuhan organik dengan estetik visual gaya seni bina. Karya oleh beliau membuka kemungkinan baharu dalam lukisan botani dan kejuruteraan dengan menggabungkan pendekatan artistik dan saintifik. Anugerah-anugerah utama yang diterima oleh beliau termasuk Asia Digital Art Award, Fukuoka Governor's Award dan Minister of MEXT Award di Asia Digital Art Awards 2017.

<Latar Belakang CULTURE GATE to JAPAN>
Bermula pada Februari 2021, Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun akan melancarkan sebuah projek promosi budaya inovatif yang dikenali sebagai "CULTURE GATE to JAPAN". Diadakan di tujuh lapangan terbang di serata Jepun selain Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo, para artis dan pencipta yang aktif dalam bidang Seni Media akan mempamerkan karya seni yang diinspirasikan oleh budaya unik setiap kawasan dengan matlamat untuk menyampaikan daya tarikan budaya Jepun yang lebih luas.

Kesan global akibat novel coronavirus menjadikannya sukar untuk bertemu individu baharu serta mengalami sendiri budaya baharu. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya mengganggu pertukaran antara seni, idea dan budaya. Melalui projek ini, kami berharap agar dapat terus memberikan orang ramai di seluruh dunia dengan erti keajaiban dan kegembiraan yang sama apabila menemui budaya baharu.

Imbas di sini untuk maklumat lanjut tentang pameran di Lapangan Terbang Fukuoka Sent from my iPhone
Imbas di sini untuk maklumat lanjut tentang pameran di Lapangan Terbang Fukuoka Sent from my iPhone

Penganjur: Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun
Laman Sesawang Rasmi: https://culture-gate.jp/ 
Mempamerkan di Lapangan Terbang Fukuoka:https://culture-gate.jp/exhibition/pattern

Perhubungan Awam "CULTURE GATE to JAPAN" diurus oleh wondertrunk & co. Inc.

 
Source: Agency for Cultural Affairs, Government of Japan CULTURE GATE to JAPAN Initiative
Related Links:
Keywords: Art Entertainment Travel New products/services Public Interest