omniture

Coway Lapor Keputusan Kewangan Suku Keempat dan Tahun Fiskal 2020

Coway Co., Ltd.
2021-02-19 08:39 184
  • Pada tahun 2020, Coway melaporkan pendapatan tahunan sebanyak KRW 3,237.4 bilion, +7.2% berbanding tahun sebelumnya (YoY) dan pendapatan suku keempat sebanyak KRW 862.6 bilion, +8.6% YoY.
  • Syarikat menyaksikan pertumbuhan mantap biarpun dengan pandemik ini, ekoran pengembangan subsidiari luar negara. 
  • Secara domestik, jualan perkakas rumah persekitaran hanya menyaksikan sedikit peningkatan ekoran mogok Doktor CS dan COVID-19.

SEOUL, Korea Selatan, 19 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran yang terkemuka, hari ini melaporkan keputusan kewangan bagi suku keempat dan tahun fiskal 2020.

"Di tengah-tengah ketidakpastian dalaman dan luaran yang terjadi seperti mogok Doktor CS dan pandemik COVID-19, Coway berjaya mengekalkan pertumbuhan yang mantap melalui pelancaran produk yang inovatif serta pengembangan perniagaan di luar negara," kata Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Coway. "Coway berharap dapat meluaskan sinergi antara Coway dan Netmarble, syarikat induk dan merancang untuk memberi tumpuan bagi memperoleh pemacu utama demi pertumbuhan perniagaan akan datang pada tahun 2021."

Coway melaporkan perolehan berikut:

  • Pendapatan suku keempat: KRW 862.6 bilion (+8.6% YoY)
  • Keuntungan kendalian suku keempat: KRW 129.8 bilion (+190.9% YoY)
  • Keuntungan bersih suku keempat: KRW 67.4 bilion (+250.1% YoY)
  • Pendapatan tahunan: KRW 3,237.4 bilion (+7.2% YoY)
  • Keuntungan kendalian tahunan: KRW 606.4 bilion (+32.3% YoY)
  • Keuntungan bersih tahunan: KRW 404.7 bilion (+21.8% YoY)

Angka-angka ini adalah daripada penyata K-IFRS (Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa) disatukan.

Pendapatan disatukan untuk jualan perkakas rumah persekitaran domestik hanya meningkat sedikit daripada KRW 2,111.2 bilion kepada KRW 2,127.3 bilion berbanding tahun sebelumnya ekoran mogok Doktor CS dan pandemik COVID-19. Jualan sewaan domestik berjumlah 1.35 juta dengan 6.34 juta akaun di Korea.

Pertumbuhan perniagaan luar negara merupakan pemacu prestasi yang amat besar. Subsidiari luar negara menyaksikan pertumbuhan mantap mencecah 38.4% dengan pendapatan tahunan sebanyak KRW 896.1 bilion. Subsidiari Malaysia dan AS merupakan pemacu pertumbuhan yang utama dengan peningkatan dari segi jumlah pendapatan meskipun dengan cabaran pandemik COVID-19. Jumlah keseluruhan akaun luar negara ketika ini adalah sebanyak 1.93 juta dan diramalkan akan mencecah tanda aras 2 juta dalam masa terdekat. Coway Malaysia mencatatkan pendapatan sebanyak KRW 708.5 bilion.

Secara keseluruhan, jumlah akaun sewaan syarikat bagi tahun 2020 berjumlah 8.27 juta, satu peningkatan sebanyak 480,000 berbanding tahun sebelumnya hasil daripada peningkatan bersih yang membuahkan hasil dalam akaun perniagaan luar negara.

(Unit: KRW  billions) 

2019

1Q'19

2Q'19

3Q'19

4Q'19

2020

1Q'20

2Q'20

3Q'20

4Q'20

YoY

QoQ

Revenue

3,018.9

709.3

755.5

759.6

794.6

3,237.4

768.9

805.5

800.4

862.6

8.6%

7.8%

Overseas Revenue

647.6

139.2

156.6

162.4

189.7

896.1

188.1

195.0

239.3

273.7

44.3%

14.4%

Operating Profit

458.3

135.2

138.2

140.3

44.6

606.4

138.9

169.2

168.6

129.8

190.9%

-23.0%

Net Profit

332.2

100.4

101.9

110.7

19.3

404.7

101.6

118.9

116.8

67.4

250.1%

-42.3%

Untuk butiran tambahan mengenai prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti pembersih air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak penubuhan syarikat kami, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Kami telah membuktikan dedikasi kami terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, daya saing yang tiada tandingan dalam bahagian pasaran, melangkaui kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Kami terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan dengan menggiatkan perniagaan luar negara kami di Malaysia, A.S., Thailand serta China, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Earnings