SHANGHAI, 22 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Salah satu penyedia penyelesaian Sistem Penyimpanan Tenaga (ESS) yang terkemuka di dunia Pylon Technologies Co., Ltd. ("Pylontech" atau "Syarikat"), mengumumkan bahawa meskipun dengan jadual yang padat, mereka menunjukkan perkembangan yang baik dengan rancangan untuk berkembang menjadi 4GWj dalam tempoh tiga tahun.
Menekankan IPO yang berjaya dalam Shanghai Stock Exchange Star Market pada 30 Disember 2020, sebagai syarikat senaraian bertumpu penyimpanan pertama, yang menyaksikan Pylontech mengumpul lebih daripada CNY2 bilion (~$US301 juta), Wen Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Pylontech berkata: "Kami bercuti hanya beberapa hari sahaja pada cuti Tahun Baharu Cina kali ini agar kami dapat meneruskan pengeluaran sel dan pengembangan kapasiti. Ini merupakan suatu yang amat luar biasa dalam tradisi Cina, namun kami tidak sabar-sabar untuk membekali pelanggan kami yang telah menunggu, dengan lebih banyak sumber."
Sejak tahun 2013, syarikat berkenaan telah membuat pelan tindakan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) yang strategik untuk pasaran global. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pylontech semakin berkembang dengan mantap dan dramatik menerusi kelebihan penyelesaian LFP ESS bersepadu secara vertikal. Produk-produk meliputi julat voltan penuh 12V hingga 1500V dan kapasiti penuh daripada 500Wj hingga lebih daripada 100MWj serta dapat memenuhi permintaan untuk perkhidmatan ESS kediaman, ESS komersial dan industri serta perkhidmatan terikat grid.
Analisis menunjukkan bahawa pasaran penyimpanan tenaga global sedang mengalami pembangunan pesat dan bagi penyimpanan tenaga bateri litium-ion sahaja, permintaannya semakin meningkat dengan ketara, dengan bekalan tidak dapat memenuhi permintaan yang bererti Pylontech berada di kedudukan yang baik. Data menunjukkan bahawa pada tahun 2019, permintaan pasaran global terhadap bateri Litium-ion untuk stesen utama komunikasi ialah 12.1GWj dan permintaan dijangka mencecah 60GWj pada tahun 2025.
"Sepanjang dekad yang lalu kami telah menakrifkan semula penjanaan, penyimpanan dan penggunaan kuasa elektrik bersama rakan-rakan kongsi kami di seluruh dunia," kata Geoffrey Song, Naib Presiden perniagaan antarabangsa. "Inovasi yang berterusan dan kolaborasi yang luas merupakan satu-satunya laluan menuju struktur tenaga baharu yang cekap, mampan dan berpatutan. Kami benar-benar percaya dengan komitmen neutral karbon daripada pemimpin-pemimpin global dan berusaha untuk menyumbang kesungguhan kami dalam pergerakan tersebut."
Latar Belakang Pylontech
Pylontech ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai penyedia sistem penyimpanan bateri (BSS) khusus dengan menggabungkan kepakaran mereka dalam bidang elektrokimia, elektronik kuasa dan integrasi sistem. Dengan menyediakan produk dan penyelesaian bateri ESS yang andal dan berpatutan untuk pasaran global, Syarikat ini telah menjadi salah satu pembekal penyimpanan bateri litium yang terkemuka di dunia.
Stok Berkaitan: 688063
Pautan Berkaitan: www.pylontech.com.cn