omniture

Mindray Lancar Sistem Infusi BeneFusion e Series Baharu, Kecekapan Dalam Setiap Titisan

Mindray
2021-02-23 11:28 171

SHENZHEN, China, 23 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Mindray (SZSE: 300760), peneraju global yang terkemuka dan inovatif bagi pembangunan teknologi rawatan kesihatan, memperkenalkan BeneFusion e Series, sistem infusi cekap serta inovatif untuk industri rawatan kesihatan. Terbahagi kepada tiga model, eSP, eVP dan eDS, BeneFusion e Series ini mempunyai kecekapan dalam atur kerja, keselamatan, aplikasi dan salur maklumat. Siri baharu ini boleh di dapati di negara serta wilayah yang terpilih.

 

Pam infusi digunakan secara meluas dalam persekitaran klinikal seperti di hospital. Walau bagaimanapun, kesilapan atau kegagalan yang disebabkan oleh sistem ini boleh memberi kesan keselamatan dalam penilaian pesakit. Emergency Care Research Institute (ECRI) mendapati kesilapan atau kegagalan yang disebabkan oleh pam infuse tersenarai di antara sepuluh di dunia yang menyumbang kesan bahaya di dalam technologi kesihatan. Kecekapan merupakan kunci untuk meminimumkan risiko berkaitan dengan pam infusi, lantas meningkatkan keselamatan pesakit dan memperbaiki aliran kerja klinikal.

Mindray BeneFusion e Series menyelaraskan aliran kerja melalui skrin sentuh berwarna 3.5", yang mempunyai technologi 'Intuitive User Interface' untuk sentuhan yang lancar. Penyediaan yang lebih pantas dapat dilakukan dengan penggunakan teknologi SmartRapid™ dan lebih ketara ia dapat menyingkatkan masa mula kurang 10 saat dari masa ia dihidupkan untuk memberi titisan ubat yang pertama.

Sementara itu, sistem pengurusan ubat SafeDose™ dapat meningkatkan kecekapan dengan visualisasi berkod warna membantu pengguna memilih dan mengesahkan ubat yang betul untuk rawatan dengan mudah dan mengelakkan kesilapan dalam pemberian sukatan dengan sekatan had had yang ditetapkan.Bagi keadaan luar jangka, penandaaras, 'Dynamic Pressure System's speedometer-style' membolehkan kakitangan perubatan memantau perubahan tekanan dalaman secara sekali imbas dan ia dapat memberi amaran visual awal sebelum sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku semasa infusi tersebut.

Apabila melibatkan kecekapan dalam aspek keselamatan, BeneFusion e Series menyokong infusi yang stabil dan lancar dengan penggunaan automatik 'multi-channel relay'. Model eVP turut dilengkapi dengan teknologi SmartAIR™, direka bentuk dwi-sensor yang meningkatkan tahap keselamatan pengawalan IV dengan mengesan gelembung udara dengan lebih tepat.

Di samping itu, Mindray BeneFusion e Series memberi kecekapan dalam penggunaan aplikasi dan maklumat. Reka bentuk semua dalam satu (all-in-one) BeneFusion eSP dan eVP dapat memenuhi pelbagai fungsi infusi dengan mengintegrasikan fungsi pemindahan darah, TCI/TIVA, Nutrisi, PCA dan aplikasi Neonatal di dalam satu sistem, manakala rekabentuk dok modular eDS yang fleksibel membolehkan peyambunggan sehingga 16 slot. Sistem infusi ini boleh disambungkan terus ke BeneVision CMS™ yang menawarkan pemerhation berpusat (one-stop monitoring) untuk setiap butiran pesakit 'vital signs' dan rawatan infusi

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: https://www.mindray.com/en/product/Benefusion_e_Series.html 

Source: Mindray
Related Stocks:
Shenzhen:300760
Keywords: Health Care/Hospital Internet Technology Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Telecommunications New products/services