omniture

Rockwell Automation Mengumumkan Ketua Pegawai Kewangan Baru

Nicholas Gangestad akan menyertai syarikat pada 1 Mac
Rockwell Automation
2021-02-23 11:54 250

MILWAUKEE, 23 February 2021 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE:ROK), syarikat terbesar di dunia di dalam industri automasi dan transformasi digital, hari ini mengumumkan bahawa Nicholas Gangestad akan menyertai syarikat itu sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan pada 1 Mac. Dia akan melapor kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Executive (CEO) Rockwell, Blake Moret.

 

Nicholas Gangestad, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan
Nicholas Gangestad, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan

Gangestad menyertai Rockwell setelah lama berkhidmat dengan 3M, di mana paling terbaru dia berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan syarikat dan mengawasi semua aspek organisasi kewangan termasuk pematuhan, perancangan kewangan, perbendaharaan dan cukai. Sebelum kenaikan pangkatnya ke Ketua Pegawai Kewangan (CFO) pada tahun 2014, Gangestad menjawat jawatan Ketua Pegawai Perakaunan 3M, Pengawal Korporat, dan juga memegang peranan pengurusan kewangan global untuk mengawasi pasukan dan membimbing bakat-bakat di Kanada, Amerika Latin, dan Asia Pasifik.

"Pengalaman kepemimpinan Nick, berlatar belakang pengetahuan kewangan yang kuat, dan pemahaman mendalam mengenai pelanggan-pelanggan industri kami; ini akan membantu Rockwell Automation memacu visi strategiknya dan mempercepatkan pertumbuhan keuntungan," kata Moret. "Kami sangat gembira untuk menyambutnya ke pasukan kepemimpinan yang dinamik yang fokus untuk menghasilkan nilai pelanggan dan pemilik saham yang unggul."

"Menjadi sebahagian daripada pasukan Rockwell adalah suatu penghormatan untuk saya. Mereka telah mencapai prestasi sebagai peneraju industri automasi dan saya sangat gembira dapat menyertai Rockwell Automation pada masa ketika perisian menjadi suatu bahagian penting dalam perniagaan, "kata Gangestad. "Saya teruja dengan orang-orang di Rockwell, misinya, dan strateginya untuk meningkatkan produktiviti dan kelestarian bagi pelanggannya. Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan Rockwell dalam mencapai visinya untuk masa depan. "

Gangestad mendapat ijazah sarjana dari Augsburg University di Minneapolis dan MBA dari University of Minnesota.

Gangestad menggantikan Steve Etzel, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Sementara (Interim CFO) sejak November 2020. Etzel adalah veteran syarikat selama 30 tahun yang menangguhkan persaraannya yang diumumkan sebelumnya untuk mengisi peranan jawatan sementara itu. Dia akan bersara pada tahun 2021 setelah tamat tempoh peralihan.

"Sumbangan Steve Etzel yang mantap dan bijaksana kepada Rockwell dan pihak berkepentingan kami telah diiktiraf selama bertahun-tahun. Kesediaannya untuk memikul tanggungjawab semasa peralihan CFO kami amat dihargai, "kata Moret. "Saya dan Lembaga Pengarah mendoakan dia dan keluarganya yang terbaik dalam persaraannya."

Mengenai Rockwell Automation 

Rockwell Automation Inc. (NYSE: ROK), adalah peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi untuk mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara manusiawi, menjadikan dunia lebih produktif dan lebih mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation merekrut kira-kira 23.500 penyelesai masalah yang dikhaskan untuk pelanggan-pelanggan kami di lebih dari 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menghidupkan Connected Enterprise di seluruh perusahaan industri, sila lawati www.rockwellautomation.com

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Design Automation Personnel announcements