omniture

Gravity Game Tech Lancar Secara Rasmi 'THE LORD', berserta Pelbagai Acara untuk Pengguna

Gravity Game Tech
2021-02-23 13:12 95

KUALA LUMPUR, Malaysia, MANILA, Filipina dan SINGAPURA, 23 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Selepas melancarkan Ujian Beta Tertutup sebanyak dua kali pada 13 Januari - 16 Januari dan 18 Februari -  21 Februari 2021, 'THE LORD' telah mendapat sambutan yang sangat hangat daripada pengguna Thai, dijamin dengan lebih 200,000 ID Pra-daftar. Pada 22 Februari, beta terbuka tersebut tersedia untuk dimuat turun. Beta Terbuka Rasmi THE LORD dilancarkan secara rasmi oleh Gravity Game Tech pada hari ini (23 Februari). Permainan tersebut dipersiapkan dengan baik untuk menyokong pengguna permainan dengan lebih 150,000 ID.

'THE LORD' telahpun dilancarkan secara rasmi
'THE LORD' telahpun dilancarkan secara rasmi

Tambahan pula, 'THE LORD' turut menyediakan pelbagai acara untuk mengalu-alukan pengguna baharu.

Five Goddesses adalah dengan mengumpul Goddess Token bagi mendapatkan Five Goddesses. Token tersebut boleh didapati dengan menyelesaikan misi dalam setiap acara seperti Acara Tambah Nilai dan Acara Khas. Daripada acara-acara ini, pengguna boleh mendapat ganjaran premium.

Acara-acara lain termasuk:

  • Misi 7 Hari
    Jadual acara: 23 Februari 2021 (11.59 pagi)
  • Acara Ganjaran Had Masa
    Jadual acara: 23 Februari 2021 (11.59 pagi)
  • Acara Kedudukan Individu
    Jadual acara: 23 Februari 2021 (11.59 pagi)
  • Acara Kuasa Wanita
    Jadual acara: 23 Februari 2021 (11.59 pagi)
  • Acara Tambah Nilai
    Jadual acara: 23 Februari 2021 (11.59 pagi)

Tambahan pula, Gravity Game Tech akan mengadakan Acara Strim Langsung melalui Facebook Rasmi 'THE LORD' yang akan memberi maklumat kemas kini pada setiap bulan. Facebook Rasmi juga merupakan platform komunikasi terbuka untuk pengguna permainan.

"Galaslah Peranan The Lord, Lakarlah legenda dan perluaskan kerajaan!"

Maklumat lanjut:

[Muat Turun Permainan] : http://bit.ly/THELORD-Download

[Laman Sesawang Rasmi] : https://www.thelord-sea.com

[Halaman Peminat Facebook Rasmi] : https://www.facebook.com/TheLord  

[Instagram Rasmi : https://www.instagram.com/gravitygametech_official

Latar Belakang Gravity Game Tech Co., LTD.

Gravity Game Tech Co., Ltd. ialah sebuah syarikat permainan dalam talian yang terkenal di dunia yang ditubuhkan pada April 2000, semasa peringkat awal industri permainan Korea. Sebagai peneraju dalam industri ini, Gravity menjadi satu-satunya syarikat permainan domestik yang disenaraikan secara langsung di NASDAQ. Gravity membangunkan MMORPG Ragnarok Online yang telah menawarkan perkhidmatan dalam pasaran domestik serta seluruh dunia dan memperoleh pelbagai pemain. Selain itu, Gravity terus mengembangkan jangkauan perniagaannya sebagai perniagaan penerbitan global dengan meluaskan perkhidmatannya dengan permainan berkaitan Ragnarok Online IP serta permainan-permainan lain yang terdiri daripada pelbagai genre dan platform.

 

Source: Gravity Game Tech
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services