omniture

Sokong #BeliKreatifDanauToba: Menteri Pelancongan Bantu Kempen Baharu dan Galakkan Orang Awam Berbangga dengan Produk Toba Tempatan

Indonesian Ministry of Tourism and Creative Economy
2021-02-24 01:36 279

MEDAN, Indonesia, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Dalam satu pengumuman dasar pada hari Sabtu (20/02), Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Salahuddin Uno, menggalakkan orang ramai untuk "menyokong pergerakan #BeliKreatifDanauToba baharu" (BKDT) dengan rasa bangga terhadap produk Indonesia dan Danau Toba.

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Salahuddin Uno, semasa Pelancaran Beli Kreatif Danau Toba di Debang Resort, Dairi, Sumatera Utara pada hari Sabtu (20/2/2021)
Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Salahuddin Uno, semasa Pelancaran Beli Kreatif Danau Toba di Debang Resort, Dairi, Sumatera Utara pada hari Sabtu (20/2/2021)

Menteri berkenaan mengumumkan dasar baharu tersebut berserta beberapa garis panduan oleh Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Pandjaitan; Gabenor Bank Indonesia Perry Warjiyo; Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati; Menteri Komunikasi dan Maklumat Johny Gerard Plate dan Naib Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Angela Tanoesoedibjo dari Balige Sumatera Utara; serta Bupati daripada Kabupaten Dairi Eddy Keleng Ate Berutu.

Memimpin melalui teladan, Sandiaga melancarkan dasar Beli Kreatif Danau Toba baharu di Debang Resort, Dairi, Sumatera Utara dengan memakai songket Tapak Catur tradisional dengan motif Ulos Simalungun oleh pereka fesyen tempatan, Irsan.

"Saya datang terus dari Kabupaten Dairi memakai pakaian songket Tapak Catur tradisional saya terutamanya bagi menunjukkan penghargaan saya terhadap pereka yang luar biasa kreatif ini dan bagi memperlihatkan sokongan sepenuh hati saya terhadap pergerakan Beli Kreatif Danau Toba. Pakaian ini merupakan salah satu daripada banyak contoh produk Toba tempatan yang telah diubah menjadi salah satu produk ekonomi eksklusif Indonesia," kata Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, En. Sandiaga Salahuddin Uno.

#BeliKreatifDanauToba (BKDT) 

Pergerakan BKDT terdiri daripada dua program utama:

  1. Memberi sokongan kepada perniagaan tempatan yang berpusat di Toba melalui peningkatan kemahiran
  2. Meningkatkan kebolehpasaran melalui "bantuan untuk dipasarkan", membantu artisan meluaskan jualan domestik atau jumlah eksport bagi meningkatkan perolehan serta peluang pekerjaan.

Bagi memastikan kejayaan dasar BKDT pusat, MOTCE telah menyediakan tiga strategi: inovasi, adaptasi dan kolaborasi bagi merangsang sektor pelancongan dan ekonomi kreatif di Indonesia.

Mengulas mengenai sokongan MoTCE terhadap dasar kerajaan pusat, Menteri Uno berkata, "Tiga strategi dan siri program tersebut diwujudkan untuk membantu memudahkan pertumbuhan 5,700 perniagaan artisan ekonomi kreatif Danau Toba di Sumatera Utara."

Beliau menambah, "Selain itu, sebagai kempen akar umbi untuk negara ini, setiap satunya direka bentuk dengan mengutamakan kerjasama antara kementerian, kerajaan tempatan, pasaran, komuniti MSE dan penggiat ekonomi kreatif agar kita semua dapat memainkan peranan kita dan menunjukkan sokongan kita terhadap pembangunan Indonesia."

Selaras dengan Gerakan Negara Bangga Buatan Indonesia (BBI) yang dilancarkan oleh Presiden pada tahun 2020, MOTCE juga telah memperkenalkan kempen Beli Kreatif Lokal (pembelian produk tempatan yang inovatif). Dasar baharu tersebut akan memberi sokongan dan bantuan pasaran kepada artisan dalam subsektor fesyen, kraf dan kulinari di kawasan Jabodetabek.

Pada tahun 2021, MOTCE akan meluaskan program derivatif pergerakan negara BBI bagi memudahkan pertumbuhan artisan Indonesia di Sumatera Utara di bawah program BKDT.

Di samping itu, MOTCE akan turut mempromosikan Danau Toba sebagai 'Destinasi Keutamaan Tertinggi', dengan pembangunannya dipantau oleh Presiden Joko Widodo.

"Melalui program ini, MOTCE ingin menggalakkan perasaan bangga apabila membeli dan menggunakan produk tempatan dari Sumatera Utara dalam kalangan orang ramai agar kita dapat mengambil bahagian dengan aktif dalam pemulihan ekonomi negara," jelas Sandiaga.

Source: Indonesian Ministry of Tourism and Creative Economy
Keywords: Banking/Financial Service Travel Domestic policy New products/services Small Business Services