omniture

Shanghai Electric Guoxuan dan Pacific Green Tandatangani Memorandum Persefahaman Keluarkan Sistem Simpanan Tenaga Bateri

Shanghai Electric
2021-02-24 01:45 231

SHANGHAI, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Guoxuan New Energy Technology Co., Ltd ("Shanghai Electric Guoxuan" atau "Syarikat") dan Pacific Green Technologies, Inc. ("Pacific Green" atau "PGTK") menandatangani memorandum persefahaman berhubung pengeluaran strategik sistem penyimpanan tenaga bateri. Kedua-dua pihak akan memanfaatkan kelebihan dan sumber masing-masing untuk meneroka projek-projek sistem penyimpanan tenaga baharu di peringkat antarabangsa, lalu membuka jalan untuk penembusan Shanghai Electric Guoxuan ke dalam pasaran penyimpanan tenaga canggih global. 

Pacific Green akan mengawasi pelaksanaan projek melalui subsidiarinya Pacific Green Energy Storage Technology Co., Ltd. Memanfaatkan pengalamannya dalam perolehan dan pembangunan projek-projek penyimpanan tenaga antarabangsa, skopnya terdiri daripada reka bentuk sistem, integrasi dan pengoptimuman komersial. Sementara itu, Shanghai Electric Guoxuan, satu usaha sama yang ditubuhkan pada Disember 2017 antara Shanghai Electric (SEHK: 02727, SSE: 601727) dan Gotion High-Tech (SZSE: 002074) akan memanfaatkan kepakarannya sebagai pembekal utama bagi menyediakan sistem bateri litium.

Shanghai Electric Guoxuan memberi tumpuan pada sektor teknologi bateri penyimpanan tenaga dan integrasi sistem penyimpanan tenaga. Liputan perniagaannya yang komprehensif merangkumi penyelidikan dan pembangunan (R&D), penjualan dan perkhidmatan sistem penyimpanan bateri litium, meneroka bahan penyimpanan bateri litium canggih, bateri, pengurusan bateri dan sistem bersepadu rantaian industri penuh. Syarikat berkenaan telah membangunkan dua bateri ferum fosfat litium tahan lama yang memanfaatkan teknologi yang canggih untuk mengoptimumkan proses reka bentuk serta pengeluaran bahan. Di samping mampu bertahan daripada pengecasan lampau, litar pendek dan pemanasan lampau, bateri ini mempunyai kitaran hayat yang utama dalam industri, memenuhi tahap keselamatan yang tinggi dan keperluan penyimpanan tenaga yang tahan lama.

Pada Disember 2018, Shanghai Electric Guoxuan mula meletakkan asas untuk tapak industri bateri litium Nantong, dengan kapasiti terancang mencecah 10GWj dan jumlah pelaburan projek sebanyak RMB3 bilion. Pada 29 September 2020, Fasa 1 5GHw tapak Nantong bernilai RMB 1.5 bilion telahpun disiapkan dan dilancarkan secara rasmi, mempunyai barisan pengeluaran bertaraf dunia, pengeluaran pintar dan kadar pendigitan kilang mencecah 85%.

Projek-projek domestik utama yang lain termasuk:

  • Projek penyimpanan tenaga berskala besar di Anhui, Qinghai dan banyak lagi: Sejak tahun 2017, Shanghai Electric membangunkan beberapa projek penyimpanan tenaga di 13 wilayah, bandar dan kawasan berautonomi di seluruh China, memberi tumpuan khususnya terhadap mikrogrid tenaga, penyimpanan tenaga industri dan komersial, penyimpanan tenaga baharu, penyimpanan fotovolta bersama dan penyimpanan tenaga dengan pengecasan bersepadu.
  • Projek penyimpanan tenaga bersama 32MW/64MWj Qinghai: Projek pertama yang inovatif dalam penyimpanan tenaga baharu, Shanghai Electric melancarkan penyelesaian rantaian industri penuhnya yang menghubungkan sumber, rangkaian, pengecasan dan penyimpanan melalui model "penyimpanan tenaga bersama" yang baharu pada 26 Disember 2020.
  • Projek tenaga pintar Internet+ Chongming: Sejak tahun 2018, Shanghai Electric melaksanakan beberapa penyelesaian kejuruteraan pintar untuk Kampung Xin'an, Bandar Sanxing. Projek berkenaan dapat menjana kuasa elektrik dengan 100% tenaga boleh diperbaharui, lantas menambah sistem bateri simpanan tenaga, mencapai pemotongan puncak dan mengkonfigurasi satu set peralatan pemampasan kuasa reaktif bagi meningkatkan kualiti kuasa. Sistem pengurusan tenaga mengawal kedua-dua sistem hibrid dalam-grid dan luar-grid sekali gus memastikan kuasa elektrik untuk sistem pencahayaan, stesen pengecasan dan kemudahan awam yang lain. Setakat separuh pertama tahun 2020, projek berkenaan meraikan operasi yang selamat dan berjaya selama lebih daripada 550 hari, dengan penjanaan kuasa kumulatif mencecah hampir 320,000 kWj, menyampaikan hampir 190,000 kWj tenaga mesra alam yang bersih ke grid. Ini bererti emisi gas karbon dioksida telah dapat dikurangkan kira-kira sebanyak 320 tan, setara dengan penanaman hampir 120 batang pokok.
  • Bateri stesen utama 5G: Setakat ini Shanghai Electric Guoxuan mencapai jualan sebanyak lebih daripada RMB100 juta di dalam dan luar negara, bagi menyediakan bateri ferum fosfat litium ke stesen utama 5G.
Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Mining/Metals Oil/Energy Utilities Contracts Joint ventures