omniture

'Raja Gincu' China Austin Li Dinamakan Individu Paling Berpengaruh 100 Teratas Next dalam Time Magazine

Meione
2021-02-24 20:09 144

SHANGHAI, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ -- 'Raja gincu' China Li Jiaqi (Austin Li), rakan kongsi syarikat Meione, telah diiktiraf oleh Time Magazine sebagai salah seorang daripada Individu Paling Berpengaruh 100 Teratas baru muncul bagi mengiktiraf pencapaian peribadi beliau dalam strim langsung e-dagang China serta sumbangan kebajikan beliau.

China’s ‘lipstick king’ Li Jiaqi, also known as Austin Li, has been acknowledged by Time Magazine as being one of the emerging Top 100 Most Influential People.
China’s ‘lipstick king’ Li Jiaqi, also known as Austin Li, has been acknowledged by Time Magazine as being one of the emerging Top 100 Most Influential People.

Senarai TIME100 Next tahunan kedua menonjolkan 100 pemimpin baru muncul yang terkenal dari seluruh dunia. Sebagai lanjutan daripada Senarai Individu Paling Berpengaruh TIME100, Next bermatlamat untuk meraikan individu yang membentuk masa depan. Senarai tahun 2021 sangat penting kerana pandemik COVID-19 telah menguji masyarakat dan memaksa pemimpin yang positif dan berpengaruh untuk berdiri di barisan hadapan.

"Ia amat mengujakan saya kerana melalui usaha saya, semakin ramai orang didedahkan dengan industri e-dagang China yang semakin berkembang maju," kata Li, salah seorang penstrim langsung e-dagang yang terkemuka di negara berkenaan dan seorang dermawan baru muncul.

"Saya juga berasa sangat bangga kerana usaha serta pencapaian saya dan juga negara saya diiktiraf di persada global," kata beliau. "Saya sangat bertuah kerana dapat terlibat untuk membantu ekonomi China pulih daripada pandemik ini dan penghormatan ini juga merupakan satu pengiktirafan terhadap kejayaan China dalam perjuangan memerangi pandemik ini."

Senarai ini menyenaraikan individu-individu ke dalam lima kategori iaitu 'artis', 'bintang terkenal', 'pemimpin', 'penyokong' dan 'penginovasi'; Li diiktiraf sebagai 'penginovasi'. Pencapaian Li dalam strim langsung e-dagang hampir tiada tandingannya. Terkenal dengan personaliti beliau yang berkarisma dan ulasan produk secara jujur, Li diiktiraf sebagai tokoh berwibawa dalam industri kecantikan yang mana pandangan dan cadangan beliau dititikberatkan dan mempengaruhi keputusan pembelian berjuta-juta orang.

Pada tahun 2018, beliau muncul bersama-sama Jack Ma dan kemudian berjaya menjual lebih banyak daripada Jack Ma di acara 'Ten Years, Ten People' Alibaba, dengan menjual 15,000 gincu hanya dalam masa lima minit. Seterusnya, pada tahun 2019, beliau membantu memacu jualan bernilai $US145 juta untuk e-peruncit Taobao semasa ekstravaganza hari membeli belah Individu Bujang China. Beliau memegang Guinness World Record untuk 'Aplikasi gincu terbanyak dalam 30 saat' dan pernah muncul bersama-sama ramai selebriti ternama dan pengulas berita, lantas merapatkan jurang antara media tradisional dan media sosial.

Sepanjang tahun 2020, Li memfokuskan perhatian beliau dan menghulurkan tangan bagi membantu China mengatasi pandemik COVID-19. Bekerjasama dengan wakil media negeri untuk mempromosikan produk tempatan dari Wuhan yang teruk dilanda pandemik dan merangsang ekonomi bandar tersebut yang sedang bergelut, Li membantu mengumpul sebanyak CNY70 juta pada Malam Tahun Baharu Cina bagi membantu petani luar bandar dan seluruh komuniti.

Bercakap dengan Xinhua pada September 2020, Li menyatakan: "Sama ada ia mengenai usaha memerangi COVID-19 atau pembasmian kemiskinan, saya berpendapat kita perlu memainkan peranan kita." Sikap ini ditunjukkan melalui kumpulan peminat dalam talian beliau yang sangat besar yang mengambil perhatian dan juga berusaha untuk membantu kemajuan masyarakat.

Sejak tahun lalu, Li telah memberi tumpuan ke atas pembangunan kawasan terpencil di China bermula dengan melaksanakan pembasmian kemiskinan melalui e-dagang bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang lebih baik demi membantu pengukuhan semula luar bandar.

"Pada masa akan datang, usaha yang lebih giat akan dilaksanakan untuk meningkatkan mutu pendidikan kanak-kanak di kawasan luar bandar dan menyediakan perkhidmatan perubatan serta kesihatan kepada golongan wanita di kawasan terpencil," kata Li.

Ketika ini. Li berkedudukan tepat sebagai peneraju bagi industri e-dagang strim langsung China, iaitu sebuah industri yang diunjurkan bernilai $US15 bilion menjelang tahun 2023.

Latar Belakang Meione

Ditubuhkan pada tahun 2015, Meione ialah sebuah syarikat e-dagang inovatif yang berpangkalan di Shanghai dan dipacu oleh jenis media dan kandungan baharu. Meione menubuhkan lebih 7 jenama yang mana Li Jiaqi merupakan daya penggerak dan rakan kongsi syarikatnya. Visi Meione adalah 'untuk menjadikan segala-galanya indah' dan pada masa akan datang, syarikat ini berharap dapat menjadi kumpulan jenama produk pengguna fesyen utama dengan kecantikan sebagai terasnya.

Source: Meione
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Publishing/Information Service Social Media Awards