omniture

Presiden ZTE Xu Ziyang: Bina Kecekapan Teras Lebih Mantap, Capai Pertumbuhan Berkualiti Tinggi Bersama-sama

Ucapan dasar disampaikan di upacara pembukaan Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2021
ZTE Corporation
2021-02-25 00:05 515

SHENZHEN, China, 25 Februari 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan bahawa Presiden syarikat Xu Ziyang telah menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Membina Kecekapan Teras yang Lebih Mantap, Mencapai Pertumbuhan Berkualiti Tinggi Bersama-sama" ("Build Stronger Core Competence, Achieve High-Quality Growth Together") di upacara pembukaan Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2021, yang bermula hari ini di Shanghai, China.


Menurut En. Xu, 5G masih dalam peringkat belum matang dan transformasi digital serta pintar telahpun meraih momentum penuh. ZTE mengekalkan penilaiannya bahawa pembangunan pada peringkat ini akan menghadapi cabaran baik dari segi teknologi mahupun ketidaktentuan perniagaan. Cabaran teknologi termasuk mengurangkan kos secara berterusan dan meningkatkan kecekapan untuk infrastruktur 5G dan memenuhi keperluan prestasi yang lebih tinggi untuk aplikasi industri yang berbeza.

Bagi mengatasi cabaran teknologi, ZTE membina kecekapan teras yang lebih mantap dan mengejar kecemerlangan.

Cabaran yang dibawa oleh ketidaktentuan perniagaan merujuk kepada beberapa masalah yang belum difahami dengan jelas, umpamanya pengembangan berskala besar, pengewangan dan model perniagaan aplikasi industri.

Dalam menghadapi ketidaktentuan dalam pengembangan pasaran, ZTE mengukuhkan keupayaan yang "tangkas" untuk menggalakkan transformasi digital serta pintar industri-industri vertikal, seraya menurunkan kos permulaan, membuat percubaan dan lelaran yang pantas dan mempromosikan model yang berjaya. Sementara itu, ZTE mengalu-alukan jalinan kerjasama yang mendalam dan terbuka bersama rakan-rakan kongsi kami dalam industri-industri vertikal dan ekosistem berkenaan bagi mencapai pertumbuhan yang berkualiti tinggi bersama-sama.

Ucapan asal adalah seperti yang berikut:

Hai, semua. Ramai orang mungkin sedia maklum bahawa terdapat tumbuhan yang cepat tumbuh yang dikenali sebagai Rumput Raja (Giant King Grass). Dalam tempoh setengah tahun selepas ia bercambah, batangnya berukuran hanya kira-kira satu inci tinggi, namun akarnya berkembang lebih 10 meter jauh ke dasar tanah dan tersebar luas dengan kuat untuk menyerap nutrien dan mengumpul tenaga. Sebaik sahaja hujan, Rumput Raja boleh tumbuh lebih dua meter tinggi hanya dalam masa beberapa hari. Maka, bagaimana sebuah syarikat boleh berkembang pantas? Dengan mengambil kira hal ini, saya ingin bercakap mengenai "Membina Kecekapan Teras yang Lebih Mantap, Mencapai Pertumbuhan Berkualiti Tinggi Bersama-sama—Demi Ekosistem Digital dan Pintar dengan Kejayaan Bersama." Dalam ucapan ini, saya akan berkongsi beberapa inovasi, amalan dan buah fikiran ZTE, bagi menyeru semua rakan kongsi untuk berusaha bersama-sama dalam peringkat 5G yang belum matang demi masa depan yang lebih baik.

Tahun 2020 sememangnya tahun yang luar biasa. Serangan COVID-19 dan persekitaran global yang sentiasa berubah-ubah kelihatan mengganggu penggunaan 5G, tetapi sebenarnya, China dan negara-negara lain yang telah mengambil tindakan pencegahan dapat mengekalkan kadar perkembangan mereka. Dalam perjuangan memerangi pandemik ini, teknologi berjaya. Bagi pengguna, pandemik ini benar-benar mengubah cara mereka menjalani kehidupan dan bekerja, lantas menjadikan perkhidmatan ICT suatu keperluan umpama udara, air dan tenaga elektrik. Perusahaan seterusnya perlu mempercepatkan transformasi digital dan pintar, bukan sahaja untuk mengurangkan kos serta meningkatkan kecekapan, tetapi untuk menjadi lebih tangkas dan pintar, seraya dapat mengatasi ketidaktentuan dengan lebih baik dalam persekitaran luaran, pasaran dan teknologi.

Transformasi Digital dan Pintar yang Rancak

Setelah dua tahun melaksanakan amalan komersial. 5G masih dalam peringkat belum matang dan transformasi digital serta pintar telahpun meraih momentum penuh. Kami mengekalkan penilaian bahawa pembangunan pada peringkat ini akan menghadapi cabaran baik dari segi teknologi mahupun ketidaktentuan perniagaan. Cabaran teknologi termasuk: mengurangkan kos secara berterusan dan meningkatkan kecekapan untuk infrastruktur 5G dan memenuhi keperluan prestasi yang lebih tinggi untuk aplikasi industri yang berbeza. Cabaran yang dibawa oleh ketidaktentuan perniagaan merujuk kepada beberapa masalah yang belum difahami dengan jelas, umpamanya pengembangan berskala besar, pengewangan dan model perniagaan aplikasi industri.

Untuk Cabaran Teknologi, Bina Kecekapan Teras Lebih Mantap dan Kejar Kecemerlangan

Bagi mengatasi cabaran teknologi, kami membina kecekapan teras yang lebih mantap dan mengejar kecemerlangan.

Terlebih dahulu, ayuh kita lihat mengenai evolusi keupayaan rangkaian-awan berdasarkan kemajuan pasaran. Fasa 1 merujuk kepada 1-3 tahun pertama apabila rangkaian 5G digunakan. Tumpuan dalam fasa ini merupakan gabungan untuk kecekapan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, tapak berbilang frekuensi/RAT, lebar jalur yang besar, kecekapan tinggi dan DSS diaplikasikan bagi mengoptimumkan penggunaan sumber; bahan baharu, proses baharu dan AI digunakan untuk mengurangkan penggunaan tenaga; dan paut naik dipertingkat, penggunaan pinggiran serta sinergi berbilang awan dibangunkan bagi memudahkan pengembangan pasaran. Tumpuan Fasa 2 ialah kecerdasan dan keterbukaan. Tatkala beban trafik 5G meningkat, AI yang sentiasa ada, seni bina terbuka dan nyahganding serta awan pinggir dan aplikasi industri akan menggalakkan lagi integrasi rangkaian-awan, serta uRLLC dan teknologi gelombang millimeter. Dalam fasa 3, popularisasi aplikasi industri 5G akan meningkatkan keperluan yang lebih tinggi terhadap integrasi rangkaian-awan dan merangsang evolusi teknologi yang berterusan. Sebagai contoh, antena ultra besar, Terahertz (THz), sambungan berbilang dimensi dan rangkaian Natif-Ai akan muncul.

Pengalaman Unggul

Bagi mengatasi cabaran teknologi pula, kami akan melakukan inovasi dan kemajuan berterusan demi pengalaman pengguna yang unggul. Bagi pengguna mahupun pasaran perniagaan, kunci kejayaannya adalah untuk mewujudkan pengalaman serba baharu buat pelanggan dan pengguna.

Bagi pengguna, kami meningkatkan liputan bertingkat tinggi sebanyak 30% dalam senario yang rumit dengan penyelesaian penyiaran pancaran MIMO Besar-besaran SSB 1+X, meningkatkan pengalaman liputan dalaman 5G dengan penyelesaian yang berkesan kos dengan menggunakan eDAS yang mendayakan penghantaran berbilang strim UL/DL melalui pelaksanaan perisian, mengaplikasikan Penggantian Peralihan-Doppler (Doppler-Shift Compensation) bagi memastikan pengalaman pengguna yang baik dalam senario kereta api berkelajuan tinggi dan pengangkutan udara serta menyediakan pengalaman acara sukan dan konsert yang imersif melalui video kediaman baharu.

Bagi aplikasi industri vertikal, kami menawarkan teknologi akses yang lebih baik seperti paut naik rangkaian 5G yang dipertingkat dan sambungan PON berkependaman rendah. Dalam masa yang sama, dengan jaminan E2E dan penghirisan rangkaian dipertingkat, lebar jalur lebih besar, kependaman lebih rendah dan keandalan lebih tinggi, kami dapat memudahkan pengembangan aplikasi industri, terutamanya aplikasi dalam bidang OT.

Kecekapan Unggul

Tambahan pula, kami tekal mengejar kecekapan unggul, termasuk kecekapan spektrum, kuasa dan operasi rangkaian yang tertinggi. Kesemua ini amat penting untuk operator bagi mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan dan mencapai pembangunan mampan. Sebagai contoh, kami menyediakan MU-MIMO dengan kapasiti yang lebih tinggi, Radio Awan dengan gangguan lebih rendah, SuperDSS yang membolehkan perkongsian spektrum yang dinamik antara 2/3/4/5G, OTN 800 Gbps dengan kecekapan spektrum lebih tinggi dengan panjang gelombang tunggal, AIVO untuk meningkatkan kecekapan dengan menggabungkan AI ke dalam peringkat pembinaan rangkaian yang berbeza, penjimatan kuasa jitu PowerPilot bagi mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 20% di peringkat lapangan melalui data raya serta AI dan apabila beban trafik 5G meningkat, penyelarasan mendalam antara frekuensi dan RAT bagi mengoptimumkan kecekapan tenaga sekali gus memastikan pengalaman pengguna yang cemerlang, melalui pengenalpastian perkhidmatan dan analisis kecekapan tenaga pada masa sebenar.

Kecekapan Teras yang Unggul

Kecekapan teras merupakan asas bagi pengalaman dan kecekapan yang unggul. Dari segi cip set, teknologi pembuatan canggih, pempakejan dan reka bentuk perisian/perkakasan bersama dapat membantu menangani kekangan Hukum Moore. Dengan pengalaman beraneka dalam IP dan platform reka bentuk IC DevOps COT digital, kami dapat melindungi daya saing teras kami dalam pembangunan cip set. Algoritma merupakan intipati perisian dan juga merupakan kunci bagi kualiti dan kecekapan perisian yang lebih tinggi. Kami akan memberi tumpuan terhadap kepaduan tinggi pada lapisan fizikal, prestasi unggul pada lapisan rangkaian dan pengoptimuman ciri pada lapisan perkhidmatan dan terus meningkatkan pustaka algoritma AI. Ini akan membawakan penambahbaikan yang berterusan terhadap cip set dan algoritma serta kemajuan revolusioner dalam seni bina. Dari segi seni bina pula, kami akan tetap meningkatkan penyahgandingan, menggalakkan seni bina mikroservis dan mencapai evolusi dipacu data untuk seni bina Natif-AI.

Dalam menghadapi ketidaktentuan dalam pengembangan pasaran, kami mengukuhkan keupayaan yang "tangkas" untuk menggalakkan transformasi digital serta pintar industri-industri vertikal, lantas menurunkan kos permulaan, membuat percubaan dan lelaran yang pantas dan mempromosikan model yang berjaya. Sementara itu, kami mengalu-alukan jalinan kerjasama yang mendalam dan terbuka bersama rakan-rakan kongsi kami dalam industri-industri vertikal dan ekosistem berkenaan bagi mencapai pertumbuhan berkualiti tinggi bersama-sama.

Tumpuan pada Penciptaan Nilai dan Perkhidmatan Berasaskan Senario Menjadikan perkara EASIER (LEBIH MUDAH)

Apabila menghadapi cabaran ketidaktentuan perniagaan dalam industri-industri vertikal, kami menyokong agar dipacu nilai dan berasaskan senario bagi menjadikan perkara "EASIER" ("LEBIH MUDAH").

"E" pertama bermaksud "Elastik" ("Elastic") yang menunjukkan keanjalan aplikasi, pemindahan agnostik dan skala-masuk/keluar fleksibel yang dibawa oleh keheterogenan sumber tunggal dan perisian natif awan. "A" adalah ringkasan untuk "Ketangkasan" ("Agile"), bererti kuasa pengkomputeran yang mendapat permintaan, inovasi tangkas dan lelaran serta replikasi pantas yang disokong oleh reka bentuk perisian dan perkakasan yang ringan. "S" menunjukkan "Selamat" ("Secure"), merujuk kepada keselamatan lebih tinggi yang dijamin oleh kepercayaan sifar melalui keselamatan intrinsik. "I" bermaksud "Pintar" ("Intelligent"), menunjukkan bahawa evolusi dipacu data dan lelaran algoritma berterusan yang diperkasa oleh AI yang sentiasa ada. "E" kedua adalah ringkasan untuk "Mudah" ("Easy"), yang bererti pengguna boleh menggunakan rangkaian tersebut dengan mudah melalui penggunaan dan penyelenggaraan yang ringkas dan pantas. "R" bermaksud "Andal" ("Reliable"), menunjukkan bahawa prestasi andal dalam kependaman dan sumber yang dijamin oleh TSN serta teknologi penghirisan khusus dengan butiran yang lebih halus.

Perkukuh Ketangkasan, Berjaya dalam Pinggiran

Ketangkasan membuahkan kejayaan. Dengan sifat yang ringan dan kefleksibelan sebagai asasnya, ketangkasan menjadi kunci dalam menangani ketidaktentuan. Tatkala aplikasi industri vertikal berkembang ke dalam bidang OT, pinggiran akan menjadi bidang utama untuk inkubasi dan aplikasi inovasi. Bagi penggunaan pinggiran tangkas:

Dari segi perkakasan, get laluan pada premis, papan terbenam, kabinet semua-dalam-satu dan himpunan sumber pelayan semua-siri dapat menikmati permulaan yang ringan dan pengembangan yang mendapat permintaan.

Berhubung perisian pula, TECS Cloud Foundation (TCF) meningkatkan lapisan perkhidmatan teknikal dan meningkatkan kuasa pengkomputeran melalui pemecutan perkakasan NEO yang ringan dan teknologi enjin dwiteras. Penyelarasan antara perisian dan perkakasan merealisasikan penggunaan yang fleksibel dan inovasi tangkas untuk AnyWhere, AnySize dan AnyService.

Lelaran Pantas, Pertumbuhan Berkualiti Tinggi

Bagi mengatasi ketidaktentuan, kami memerlukan peningkatan dan penyelarasan yang komprehensif dalam semua bidang bagi mencapai "penyahgandingan penuh", "dwipengedaran" dan "pengoptimuman mendalam".

"Penyahgandingan penuh" menunjukkan seni bina nyahganding selanjutnya berdasarkan seni bina awan. Kami menggunakan komponen dengan butiran lebih halus secara mendatar dan membina lapisan PaaS yang lebih nipis bagi membolehkan penyahgandingan vertikal pada lapisan perkhidmatan teknikal mahupun lapisan perkhidmatan umum.

Selain itu, seni bina berkenaan mendayakan dwipengedaran. Pengoptimuman kitaran antara lapisan perkhidmatan teknikal dan lapisan infrastruktur dapat meningkatkan kecekapan penggunaan sumber infrastruktur dan kecekapan penyelarasan aplikasi, melindungi senario aplikasi pinggir biarpun dengan sumber yang terhad. Tambahan pula, lapisan perkhidmatan umum dan aplikasi berasaskan senario adalah saling menyokong. Lapisan perkhidmatan umum khususnya mendayakan pembangunan perkhidmatan pada lapisan aplikasi atas melalui seni bina kod-rendahnya. Dalam masa yang sama, ia turut mengumpul logik awam dan algoritma daripada lapisan aplikasi, lalu menyelesaikan konflik antara penyesuaian dan skala ke suatu tahap tertentu.

Pengoptimuman mendalam menurunkan perbelanjaan kelewahan tidak cekap melalui gabungan berbilang mod dan memastikan kecekapan infrastruktur yang terbaik dalam aplikasi berbeza melalui perkakasan tersuai yang sudah sedia ada.

Ekosistem Digital dan Pintar bagi Kejayaan Bersama

Hutan hujan ialah ekosistem yang paling stabil dan tangkas di planet ini. Dengan berusaha demi kecekapan teras yang lebih mantap dan pertumbuhan yang berkualiti tinggi dalam era 5G, ZTE berharap dapat membina ekosistem seakan-akan hutan hujan bersama kesemua rakan kongsi dalam industri ini demi kejayaan bersama.

Industri dan ekosistem memerlukan penyelarasan yang lebih profesional ketika menghadapi ketidaktentuan perniagaan. ZTE komited untuk membina ekosistem digital dan pintar berdasarkan keupayaan asas yang terbuka dan kolaborasi yang lebih cekap bagi mencapai keadaan yang saling menguntungkan bersama semua rakan kongsi. Kami bersedia untuk membuka keupayaan teknologi teras berkenaan seperti cip set, pangkalan data dan OS, keupayaan produk ICT E2E, termasuk bidang tanpa wayar dan berwayar, kuasa pengkomputeran serta terminal, keupayaan komponen AI, data dan video serta inovasi 5G kepada semua rakan kongsi industri dan ekosistem demi kejayaan yang saling membawa manfaat. Sebagai pemacu setia untuk ekonomi digital, ZTE komited untuk menangani cabaran yang paling sukar bagi memperkasa dunia dengan keupayaan 5G teras. 

Tahun 2021 merupakan tahun Lembu, yang melambangkan ketahanan dan ketabahan dalam budaya Cina. Ia sememangnya semangat yang dibawa oleh ZTE ke hadapan. Kami akan kekal bersikap realistik dan terus memastikan kata-kata dan tindakan kami kekal konsisten. Melalui jalinan kerjasama yang erat bersama seluruh industri ini, kami pasti akan menangani semua cabaran dan kesukaran. Terima kasih!

Hubungan Media:

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news