omniture

ZTE Lancar Penyelesaian Rangkaian Radio Penyelarasan Pintar

ZTE Corporation
2021-02-25 16:33 1869

SHENZHEN, China, 25 Februari 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, telah melancarkan penyelesaian Rangkaian Radio Penyelarasan Pintar yang menggunakan enjin penyelarasan pintar berasaskan AI yang inovatif bagi membolehkan MNO mencapai nilai maksimum daripada rangkaian 5G.

Sebagai infrastruktur dan teknologi yang utama untuk transformasi digital, 5G memajukan pembangunan ekonomi digital ke tahap baharu: daripada dalam talian ke luar talian, daripada pengambilan kepada pengeluaran, daripada platform kepada ekosistem. Menerusi pembangunan rangkaian 5G, strategi satu-saiz-muat-semua rangkaian tanpa wayar tradisional tidak dapat memenuhi pelbagai keperluan perkhidmatan B2C dan B2B. Bagi membantu menangani cabaran ini, ZTE melancarkan penyelesaian Rangkaian Radio Penyelarasan Pintar yang dapat menyelaraskan sumber rangkaian serentak dan secara dinamik mengikut keperluan perkhidmatan dan pengalaman, melaksanakan pengalaman pengguna yang terbaik serta memenuhi keperluan industri dengan cara yang lebih fleksibel dan cekap bagi menyerlahkan potensi penuh keupayaan dan nilai rangkaian 5G.

Semasa tahap pertama pelaksanaan penyelesaian Rangkaian Radio Penyelarasan Pintar, koordinasi sumber pintar berasaskan senario dilaksanakan mengikut penyelarasan pengguna dan penyelarasan rangkaian. Penyelarasan pengguna adalah berdasarkan pembelajaran dan ramalan tingkah laku pengguna serta kapasiti perkhidmatan dan juga penilaian keupayaan terminal demi mencapai navigasi yang jitu. Ini dapat menavigasi pengguna kepada sistem dan sel dengan kelewatan paling singkat dan kecekapan tertinggi, yang membolehkan penyampaian pengalaman pengguna 5G yang terbaik. Dengan penggunaan rangkaian 5G berbilang frekuensi, penyelarasan rangkaian dapat merealisasikan lagi lebar jalur spektrum 5G secara maksimum dinamik tanpa menjejaskan perkhidmatan 2G/3G/4G di bawah senario persaingan sumber 4G dan 5G dengan pengubahan perkhidmatan pintar, lalu menjamin kesinambungan pengalaman pengguna 5G.

Bai Yanmin, Naib Presiden ZTE Corporation, berkata: "ZTE memperkenalkan keupayaan penyelarasan pintar ke dalam rangkaian tanpa wayar buat julung kalinya. Dari perspektif semua jalur frekuensi dan teknologi akses radio (RAT), ZTE komited untuk menyampaikan keupayaan rangkaian yang paling hebat, persepsi perkhidmatan yang terbaik dan pengalaman pengguna yang terbaik pada bila-bila masa. Kami berharap agar pengalaman pengguna dan perolehan trafik dapat ditingkatkan sebanyak 20% melalui fasa pertama penyelarasan pengguna dan penyelarasan rangkaian, lalu memudahkan MNO untuk membina rangkaian kolaboratif pintar yang lebih kompetitif dengan pulangan pelaburan yang lebih tinggi demi merealisasikan operasi berasaskan nilai yang berterusan."

Tatkala rangkaian 5G mula menawarkan perkhidmatan untuk pelbagai jenis industri, digabungkan dengan keperluan aplikasi industri, penyelarasan yang lebih pintar akan dibangunkan untuk menawarkan perkhidmatan sepenuhnya kepada pasaran B2C dan B2B. Rangkaian Radio Penyelarasan Pintar ZTE akan memudahkan MNO dan rakan kongsi di dalam dan luar negara untuk menyampaikan sepenuhnya nilai rangkaian 5G dan memperkasa beribu-ribu industri untuk menaik taraf dengan pintar.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

 

 

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services