omniture

ZTE i5GC Dayakan Rangkaian Persendirian untuk Transformasi Digital Industri-industri Vertikal

ZTE Corporation
2021-02-25 16:55 231

SHENZHEN, China, 25 Februari 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan di MWC Shanghai, pelancaran penyelesaian rangkaian i5GC (industri 5GC) berorientasikan rangkaian 5G persendirian untuk industri ini.

ZTE i5GC Enables Private Networks for Digital Transformation of Vertical Industries
ZTE i5GC Enables Private Networks for Digital Transformation of Vertical Industries

Penyelesaian berkenaan memperkenalkan keupayaan 5G seperti lebar jalur yang besar, kependaman rendah, keandalan tinggi dan berbilang sambungan dalam pelbagai industri dan mengintegrasikan teknologi seperti AI, IoT, pengkomputeran awan, data raya serta MEC bagi membolehkan pendigitalisan seluruh industri serta membina rangkaian 5G persendirian pintar yang terhubung sepenuhnya untuk industri-industri vertikal.

Ketika ini, 5GC awam adalah berorientasikan aplikasi pengguna, maka ia tidak dapat memenuhi keperluan ultra tinggi pengguna industri untuk keselamatan, kependaman, keandalan, hak kawalan rangkaian, penggunaan tenaga serta persekitaran pengguna. ZTE i5GC menangani hal ini dengan mengintegrasikan secara mendalam dan mengoptimumkan fungsi-fungsi 5GC. Ia menggunakan pelayan umum 2U bagi mencapai integrasi berbilang fungsi rangkaian (NF) dan mod penggunaan sehenti pasang-dan-main bagi mencapai ruang minimum, penggunaan tenaga minimum serta operasi dan penyelenggaraan (O&M) minimum.

Penyelesaian ini menyediakan pengguna industri bukan profesional dengan penggunaan akses rangkaian 5G yang pantas dan tepat serta pengalaman perkhidmatan yang cemerlang. Di samping itu, ZTE i5GC boleh disesuaikan secara fleksibel mengikut keperluan pengguna yang pelbagai untuk keselamatan, pemprosesan trafik serta autonomi dan menyediakan kombinasi fungsi dan bentuk penggunaan yang berbeza untuk senario yang berbeza. Sebagai contoh, fungsi satah pengguna (UPF) digunakan pada pinggiran, trafik dihantar ke kawasan berhampiran dan data pengguna diurus secara setempat. Selain itu, ZTE i5GC menggunakan seni bina berasaskan perkhidmatan (SBA) 3GPP untuk saling berhubung secara lancar dengan rangkaian awam 5G. Ia dapat mengintegrasikan aplikasi pengkomputeran pinggir berbilang akses (MEC) pihak ketiga melalui antara muka terbuka bagi mencapai perluasan yang fleksibel dan lelaran aplikasi pinggir yang pantas, agar dapat meneroka dan menghasilkan aplikasi 5G yang amat mengagumkan dalam lapangan vertikal.

Menuju ke arah pembinaan rangkaian 5G gred perniagaan, ZTE melaksanakan aplikasi 5G yang mendalam untuk digunakan dalam lapangan vertikal seperti lombong, rawatan perubatan dan pelabuhan. Sebagai contoh, untuk projek perlombongan pintar 5G, ZTE menggunakan i5GC bagi mengaturkan satu set lengkap rangkaian 5G di bawah tanah, memenuhi keperluan ruang yang padat dan kalis letupan lombong tersebut dan mencapai liputan penuh daripada rangkaian 5G yang utama. ZTE i5GC akan terus memberi tumpuan pada projek industri, menggalakkan pemahaman mengenai keperluan industri, bekerjasama dengan perusahaan dan operator bagi membina ekosistem aplikasi 5G, membantu memperluas peluang 'pasaran laut biru' untuk 5G bagi tujuan perniagaan dan mendorong penggunaan komersial berskala besar 5G serta memperoleh nilai daripada pengewangan.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063 Shenzhen:00063.SZ
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news