omniture

Trend 'Fusion Trip': Percutian Bandar dan Alam Semula Jadi

Time Out Group
2021-02-25 22:22

Tinjauan Perjalanan Time Out mendedahkan lebih sepertiga responden merancang percutian bandar pada tahun 2021

LONDON, 25 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Time Out, jenama media dan hospitaliti global yang membantu orang ramai meneroka dan merasai suasana bandar, melancarkan debut untuk Tinjauan Perjalanan global pertamanya. Dapatan tinjauan ini mendedahkan bahawa pelancong inginkan percutian yang menggabungkan bandar dengan alam semula jadi pada masa hadapan. Trend yang baru muncul ini didedahkan susulan hasil undian global oleh lebih 21,000 individu yang menunjukkan bahawa lebih sepertiga daripada mereka merancang percutian bandar pada tahun ini.

Walaupun pandemik telah mengosongkan pusat bandar pada tahun 2020, tinjauan ini mendedahkan bahawa peratusan pelancong yang inginkan percutian bandar dengan kebudayaan dan kepelbagaian yang unik (41%) adalah sama dengan mereka yang mengidamkan percutian alam semula jadi dan desa (42%) pada tahun 2021. Lebih ramai individu ingin menikmati perjalanan bersama pasangan (16%) dan keluarga (14%) berbanding rakan-rakan (10%), dengan sebahagian besarnya (67%) menyatakan bahawa mereka akan menaiki pesawat.

Satu perlima responden (19%) ingin mengembara ke kedua-dua destinasi bandar dan alam semula jadi pada tahun ini. Keadaan ini telah mendorong para editor Time Out di seluruh dunia untuk menyepakati bahawa apabila perjalanan dibenarkan semula, orang ramai cenderung untuk menikmati pengalaman pengembaraan dua suasana iaitu bandar dan alam semula jadi. Trend 'fusion trip' ini akan menyaksikan pelancong meneroka kejiranan bandar serta makanan dan minuman mereka, sambil menjelajah ke pusat-pusat kebudayaan dan tarikan yang kurang sesak. Setelah beberapa hari meneroka bandar, pelancong akan mencari denai semula jadi berdekatan serta kawasan terbuka yang lapang berserta aktiviti luaran yang lain.

Editor Time Out International, James Manning berkata: "Ini merupakan tahun yang sukar buat penghidupan di bandar dan sektor pelancongan, jadi, kami sungguh terharu apabila melihat Tinjauan Perjalanan Time Out mengenal pasti minat yang besar terhadap percutian bandar pada tahun 2021. Kami percaya bahawa bandar-bandar akan kembali meriah dengan pantas lebih dari yang dijangkakan, memandangkan terdapatnya permintaan yang meningkat dalam makanan, minuman, kebudayaan dan kehidupan malam. Walau bagaimanapun, kami turut menjangkakan peningkatan berterusan dalam pengembaraan alam semula jadi kerana masih ramai individu yang gemarkan aktiviti luar. 'Fusion trip' menggabungkan yang terbaik daripada kedua-dua suasana: kemeriahan bandar, dengan gelombang pelancong meneroka fenomena bandar baharu yang muncul akibat penutupan global, serta aktiviti santai (dengan jarak sosial sedia ada) dalam penerokaan alam semula jadi."

Pakar perbandaran Time Out telah mengenal pasti 15 destinasi bandar terkemuka untuk 'fusion trip' sebaik sahaja perjalanan antarabangsa dibenarkan semula: KETERANGAN PENUH DI SINI

Untuk maklumat lanjut akhbar, sila hubungi:
PR@timeout.com
Images 

Source: Time Out Group
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Sports Travel Survey, Polls & Research Outdoors/Camping/Hiking