omniture

Zoomlion Hantar Produk Unggulan Pembinaan dan Pertanian Pintar Generasi Baharu Bernilai CNY1.1 Bilion

Zoomlion
2021-02-26 17:07 119

CHANGSHA, China, 26 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Pada 18 Februari, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) (1157.HK) menghantar sejumlah besar produk unggulan daripada pelbagai taman perindustriannya termasuk jentera pembinaan dan jentera pertanian, berjumlah CNY1.1 bilion ($US154.79 juta), kepada pelanggan di seluruh China dan dunia.

Zoomlion Delivers CNY1.1 Billion Worth of New Generation Intelligent Construction and Agricultural Flagship Products
Zoomlion Delivers CNY1.1 Billion Worth of New Generation Intelligent Construction and Agricultural Flagship Products

Penghantaran tersebut merangkumi 12 unit kren rangkak ZCC9800W dan ZCC850V muatan besar yang bertolak dari Taman Perindustrian Lugu Zoomlion. Generasi baharu kren rangkak muatan besar berkenaan menampung permintaan pasaran kuasa angin yang semakin meningkat terhadap peralatan yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam operasi berat dan tinggi dengan pemasangan yang tinggi.

"Kren rangkak Zoomlion dapat memenuhi keperluan pemasangan produk kuasa angin sehingga 170 meter dengan kapasiti mengangkat maksimum mencecah 3,600 tan serta menawarkan penyelesaian pintar seperti pengawasan jarak jauh dan aplikasi data raya bagi menyokong pembinaan pintar," jelas Liu Jianhua, Pengurus Subsidiari Kren Rangkak Zoomlion.

Bahagian pasaran Zoomlion untuk kren rangkak menduduki tempat pertama baik dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa. Syarikat ini memperkenalkan sebelas model kren rangkak baharu pada tahun 2020 dan mencatatkan rekod jualan baharu iaitu 5.3 bilion yuan ($US820.33 juta).

Liu menyatakan bahawa pesanan kren rangkak Zoomlion telah dijadualkan sehingga September pada tahun 2021 manakala sasaran jualan tahunan melonjak sehingga mencecah 10 bilion yuan ($US1.55 bilion). Zoomlion akan menjamin kapasiti pengeluaran dengan menambah beberapa barisan pengeluaran baharu selain merekrut dan melatih pekerja mahir.

Di samping itu, unit kren menara dan trak, jentera konkrit, pengorek, jentolak, platform kerja udara, jentera cerucuk dan perlombongan, peralatan kecemasan, mortar campuran kering dan jentera pertanian diangkut ke pelbagai destinasi dari taman perindustrian besar Zoomlion.

Tahun lalu, Zoomlion mencapai prestasi dan kualiti operasinya yang terbaik dalam sejarah dengan mempercepatkan pembangunan industri-industri yang menguntungkan, berkembang pesat dalam industri-industri baru muncul, memperkasa industri-industri strategik dan menjadi pelopor dalam sektor bahagian dan komponen teras. Pada tahun 2021, Zoomlion memulakan lembaran baharu bagi pembangunan berkualiti tinggi untuk terus membina sebuah perusahaan pembuatan canggih yang bernilai 100 bilion yuan.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan antara jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat ini kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 56 barisan produk yang mencakupi sepuluh kategori penting.

Pautan Berkaitan
www.zoomlion.com

 

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Sales reports