KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Februari 2021 /PRNewswire/ -- I Synergy Group Limited (iSYNERGY) berjaya memperbaharui Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) berteraskan Syariah MS 1900:2014 dari SIRIM QAS International Sdn Bhd. Kejayaan ini dapat dicapai setelah berjaya melalui audit pensijilan semula yang ketat pada November 2020. Pengesahan dan kata akhir dari Shariah Advisory Council (SAC) telah diterima pada Januari 2021. Penerimaan pensijilan semula ini adalah penting dalam mengukuhkan hubungan, keyakinan dan kepercayaan dari entrepreneur digital, rakan kongsi bisnes yang berpotensi dan pihak awam.
Sijil QMS berteraskan Syariah MS 1900:2014 awal yang telah dianugerahkan kepada iSYNERGY hanya sah dari 2018 hingga 2021. Sepanjang tempoh sah itu, audit pengawasan tahunan dikendalikan sebelum pensijilan semula pada hujung tahun. Perjalanan yang panjang dan terperinci untuk mendapatkan sijil ini menjadi bukti proses penting yang terlibat dalam usaha mendapatkan sijil bermakna ini. iSYNERGY berjaya untuk menempuh keseluruhan proses untuk mendapatkan sijil QMS berteraskan Syariah MS 1900:2014 mereka dan kini disijilkan sehingga 2024.
iSYNERGY mengucapkan terima masih kepada SIRIM QAS International Sdn Bhd untuk audit mereka dan berterima kasih juga kepada SAC untuk pengesahan dan kebenaran yang diberi setelah menjalani due diligence yang diperlukan dan terperinci. Pensijilan ini, kini sah sehingga 11 Januari 2024, merangkumi penglibatan latihan dan servis untuk pemasar affiliate marketing dalam program partner Affiliate Marketing dan juga penglibatan program retail, reward, dan insentif. Skop ini menjelaskan bisnes utama yang dijalankan oleh iSYNERGY. Komuniti rakan kongsi bisnes mereka turut meraikan pencapaian ini dan melangkah ke hadapan dengan yakin dalam menawarkan produk dan servis mereka kepada komuniti secara amnya.
iSYNERGY merupakan salah satu pelopor inovasi digital, dengan visi untuk menjadi syarikat inovasi digital global untuk memenuhi misi memberi sumbangan kepada masyarakat dengan mencipta nilai melalui inovasi digital. Perniagaan ini dikendalikan di Malaysia melalui anak syarikat operasinya I Synergy International (M) Sdn Bhd (1062594-W).
Melalui perniagaan iSYNERGY, Affiliate Junction (AJ) adalah platform keusahawanan digital. Dilengkapi dengan ekosistem yang canggih dan maju, AJ menetapkan visi untuk menjadi platform affiliate marketing Asia yang paling bermanfaat untuk keusahawanan digital, memenuhi misinya untuk memperkasakan semua orang melalui affiliate marketing dan keusahawanan digital. Entrepreneur digital AJ yakin untuk mempromosikan penawaran di bawah platform ini, seperti MSS, Advertiser Offer, Advertiser Program, dan Life Success Academy yang akan datang, untuk namakan beberapa contoh.
Tatkala bisnes mengalami cabaran yang tidak dapat diduga kesan dari Covid-19, iSYNERGY berusaha untuk menjaga kualiti dan standard bisnesnya untuk terus memberikan perkhidmatan yang dapat dipercaya dan bermutu. Setelah berlakunya wabak pada tahun 2020, iSYNERGY memperuntukkan pakej rangsangan bernilai RM30 juta untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan entrepreneur yang bercita-cita tinggi serta membantu penyesuaian negara ke 'normal baru' dan mempercepatkan proses pendigitalan. "Ini merupakan perjalanan yang sukar bagi iSYNERGY tetapi kami telah bekerja keras tahun lalu untuk memastikan bahawa partner program AJ berasaskan Syariah kami dan tawaran lain terus memberi nilai dan mendapat sokongan dari rakyat Malaysia. Kami bersyukur dengan pensijilan semula ini," kata Dato' Mohammad Yazid bin Hj. Daud, Ketua Pegawai Eksekutif iSYNERGY, yakin bahawa perakuan dari SIRIM QAS International Sdn Bhd ini menjelaskan bisnes utama yang dijalankan oleh iSYNERGY adalah selaras dengan Syariah yang diliputi oleh skopnya, tanpa sebarang keraguan. Kesabaran dan usaha tanpa henti sepanjang waktu mencabar ini adalah sangat penting. iSYNERGY yakin dengan perkhidmatan dan program yang ditawarkan dan ingin bekerjasama dengan jenama yang mempunyai visi yang sama mengenai perniagaan mereka.
Mengenai I Synergy Group Limited (ASX: IS3)
I Synergy Group Limited (ASX: IS3) ("iSYNERGY") adalah syarikat yang dibangunkan di Malaysia yang tersenarai di Bursa Sekuriti Australia (ASX). iSYNERGY menyediakan inovasi digital dengan membina sistem yang mantap dengan kemajuan teknologi utama.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila kunjungi: www.i-synergygroup.com atau emelkan sebarang pertanyaan ke contact@i-synergygroup.com.
Mengenai Affiliate Junction
Affiliate Junction ("AJ") adalah platform entrepreneur digital yang dibangunkan oleh iSYNERGY. Pemasar affiliate (entrepreneur digital) mempromosikan program (MSS, Advertiser Offer, Advertiser Program dan Life Success Academy yang akan datang, untuk namakan beberapa) dengan mendorong trafik dan menghasilkan petunjuk untuk pengiklan melalui kandungan yang disusun, e-mel, laman web, bahagian pautan, halaman arahan dan media sosial pada peranti digital mereka. Entrepreneur digital diberi insentif apabila urusan (deal) berjaya kerana usaha mereka. Pengiklan mempunyai akses ke platform pemasaran yang menjimatkan, hanya membayar bergantung kepada prestasi untuk meningkatkan kesadaran jenama dan meningkatkan pendapatan penjualan.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila kunjungi: www.aj.my atau emelkan sebarang pertanyaan ke clarify@aj.my.
Mengenai MSS
Menjadi program utama AJ, program kesetiaan runcit universal MSS adalah solusi one-stop yang menggabungkan pemasaran, kesetiaan dan perkhidmatan pembayaran untuk pemilik perniagaan sementara menjadi aplikasi pendamping gaya hidup yang mudah digunakan untuk pengguna.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila kunjungi: www.mss.co atau emelkan sebarang pertanyaan ke contact@mss.co.