omniture

Pelabur ekuiti swasta baharu untuk memacu strategi pertumbuhan Hawksford

Hawksford
2021-03-01 16:00 40

Hawksford merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan kepada badan korporat, pelanggan persendirian dan dana antarabangsa sedang memulakan fasa pertumbuhan pesat yang seterusnya, setelah memperoleh pelabur majoriti yang baharu.

ST. HELIER, Jersey, 1 Mac 2021 /PRNewswire/ -- STAR Capital Partnership LLP (STAR), pengurus dana Eropah terkemuka, akan menyediakan modal pelaburan demi memacu pertumbuhan perniagaan Hawksford dengan pesat. M&A akan menjadi sebahagian daripada strategi pertumbuhan STAR dan Hawksford, terutama apabila perkembangan geografi meningkatkan penawaran perkhidmatan berkualiti tinggi Syarikat yang bertumpukan pelanggan.

Group CEO of Hawksford, Michel van Leeuwen
Group CEO of Hawksford, Michel van Leeuwen

Ketua Eksekutif Kumpulan Hawksford, Michel van Leeuwen berkata:

"Perjanjian ini merupakan suatu tanda kepercayaan yang penting terhadap strategi, pasukan pengurusan, kakitangan dan cita-cita Hawksford. Walaupun menghadapi cabaran global yang merintangi tahun 2020 dan 2021, STAR mengenal pasti Hawksford sebagai peluang pelaburan yang menarik disebabkan kerjasama pelanggan jangka panjang dan stabil, pulangan perniagaan yang kukuh serta potensi pertumbuhan global. Beberapa sasaran pengambilalihan telah dikenal pasti, oleh sebab itu kerjasama dengan STAR melambangkan perubahan langkah yang menarik dalam kejayaan evolusi Hawksford, kami berharap dapat bekerjasama sebagai rakan kongsi untuk melaksanakan pertumbuhan ini."

STAR Capital ialah firma ekuiti swasta yang memberi tumpuan kepada pembangunan perniagaan berasaskan aset strategik di Eropah Barat.

Uniti Bhalla, Rakan Kongsi Pengurusan STAR, berkata:

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan pasukan pengurusan Hawksford sambil mereka terus membangunkan dasar mereka dan mencari peluang baharu untuk berkembang. Kami percaya bahawa Hawksford adalah padanan yang kukuh kepada strategi pelaburan STAR, dengan operasi yang mantap di lokasi global utama, asas pelanggan jangka panjang yang stabil serta platform yang sesuai untuk menyokong pertumbuhan peningkatan nilai."

Perjanjian tersebut dirundingkan oleh pihak pengurusan dengan kedua-dua STAR Capital dan pelabur semasa Dunedin, yang akan mengekalkan saham minoriti dalam perniagaan tersebut. Perjanjian tersebut selesai pada 25 Februari setelah mendapat kelulusan kawal selia di setiap bidang kuasa yang berkaitan dengan kawasan operasi Hawksford.  Hawksford akan disokong oleh Crescent Capital Group LP melalui strategi pembiayaan Pinjaman Khas Eropah.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1444852/hawksford_michel_van_leeuwen.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1444853/Hawksford_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Hawksford
Keywords: Banking/Financial Service Accounting news, issues Financing agreements