SAN FRANCISCO, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- MoEngage, platform penglibatan pelanggan yang dipercayai dan Merkle Sokrati, agensi pemasaran prestasi dipacu data yang terkemuka di India daripada syarikat dentsu international, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mereka telah memeterai satu perkongsian strategik luas APAC, menggabungkan platform penglibatan pelanggan berpandukan pemahaman MoEngage yang diiktiraf dengan perkhidmatan penyampaian perusahaan bertaraf dunia Merkle Sokrati.
"Di MoEngage, kami ingin membantu jenama pengguna dan perusahaan dengan teknologi dan pengetahuan yang dapat membantu mereka membina ketangkasan dalam strategi pemasaran mereka dan mengoptimumkan kos penglibatan mereka dengan pengurangan tempoh dibawa ke pasaran. Perkongsian kami dengan Merkle Sokrati ialah langkah penting dalam hala tuju ini. Pemahaman Merkle mengenai interaksi digital yang strategik dan kepakaran dalam penyampaian penyelesaian perusahaan saling melengkapi platform pengautomatan pemasaran MoEngage yang dipacu data dan didayakan AI secara unik. Kami percaya bahawa kedua-dua syarikat akan menjadi sebuah pasukan yang benar-benar peka terhadap pelanggan," kata Sanjay Kupae, Ketua - Perikatan Global di MoEngage. "Dengan penambahan keupayaan pasukan pakar Merkle dan lokasi mereka yang berdekatan dengan pelanggan, kami akan dapat mendorong impak perniagaan yang jauh lebih besar untuk pelanggan kami di India, Asia Tenggara dan Australia."
Pelanggan yang mengutamakan ciri mudah alih hari ini mengharapkan pengalaman diperibadikan. Ini memerlukan jenama-jenama membina pandangan menyeluruh penggunanya, menganalisis data dan menyampaikan mesej yang betul pada waktu yang tepat melalui saluran yang tepat. Pasukan pemasaran dan produk sering bergelut untuk memenuhi jangkaan pelanggan ini memandangkan kebanyakan alatan yang tersedia kekurangan satu atau lebih keupayaan yang diperlukan atau penyelesaian tersebut tidak dilaksanakan ke tahap potensi terbaiknya. Gabungan pakej nilai yang ditawarkan oleh perkongsian MoEngage-Merkle akan membolehkan jenama-jenama pengguna mencipta dan melaksanakan pengalaman diperibadikan hiper untuk pengguna mereka. Lifestyle, jenama runcit fesyen utama India, memanfaatkan kelebihan perkongsian ini bagi meningkatkan pengekalan pelanggan melalui aplikasi mudah alih mereka sebanyak 30% dengan strategi penglibatan yang dinamik.
"Ini merupakan berita yang mengujakan untuk bekerjasama dengan MoEngage pada zaman sekarang yang mana penglibatan diperibadikan hiper dengan audiens menjadi suatu yang penting. Salah satu platform penglibatan pelanggan terawal yang mengutamakan ciri mudah alih, MoEngage menawarkan pengautomatan pemasaran yang luar biasa untuk pengalaman pengguna yang beraneka. Menggabungkan aspek ini dengan tumpuan sekian lama kami selama lebih daripada sedekad untuk membina strategi pemasaran yang mengutamakan audiens dan dipacu data pastinya akan bermanfaat buat pelanggan kami merentas vertikal dan industri," kata Sampath Rengachari, Ketua Pegawai Perniagaan - Martech di Merkle-Sokrati. "Kita semua telah menyaksikan waktu yang mencabar buat pengguna mahupun jenama dan saya berasa gembira dapat melihat sinergi dibangunkan dalam ekosistem kami ini bagi membantu perniagaan bangkit daripada tahun yang lalu."
Sumber: MoEngage News
Latar Belakang MoEngage
MoEngage ialah platform penglibatan pelanggan berpandukan pemahaman yang dibina untuk pemasar yang peka terhadap pelanggan serta pemilik produk. MoEngage mendayakan pemperibadian hiper yang luas merentas pelbagai saluran seperti tolakan mudah alih, emel, dalam-aplikasi, tolakan web, mesej di lapangan dan SMS. Lebih daripada 1,000 jenama merentas 35 negara menggunakan MoEngage untuk menghantar 50 bilion mesej kepada 500 juta pengguna setiap bulan. MoEngage juga diiktiraf sebagai Peneraju dalam Gartner Magic Quadrant 2020 untuk Platform Pemasaran Mudah Alih, Pelaksana Mantap dalam Forrester Wave 2020 untuk Pengautomatan Penglibatan Mudah Alih dan Peneraju dalam G2 untuk Laporan Grid® Musim Luruh 2020 untuk penyelesaiannya. MoEngage turut disenaraikan antara 50 Teratas Produk Pemasaran Terbaik G2 di dunia bagi tahun 2021.
Latar Belakang Merkle Sokrati
Merkle Sokrati merupakan tumpuan operasi India bagi Merkle, sebuah syarikat pengurusan pengalaman pelanggan (CXM) dipacu data, didayakan teknologi dan bertaraf global yang mengkhusus dalam penyampaian pengalaman pelanggan yang unik serta diperibadikan merentas platform dan peranti. Selama lebih daripada 30 tahun, syarikat-syarikat Fortune 1000 dan pertubuhan-pertubuhan bukan untung yang terkemuka bekerjasama dengan Merkle untuk memaksimumkan nilai portfolio pelanggan mereka. Gabungan kekuatannya dari segi media prestasi, pengalaman pelanggan, pengurusan hubungan pelanggan, kesetiaan dan teknologi pemasaran perusahaan memacu hasil pasaran dan kelebihan daya saing yang lebih baik. Dengan lebih 9,600 kakitangan, Merkle beribu pejabat di Columbia, Maryland dengan lebih 50 pejabat tambahan di seluruh AS, EMEA dan APAC. Pada tahun 2016, syarikat ini menyertai Dentsu Aegis Network.