omniture

Casio bakal Lancar Jam Tangan EDIFICE Karbon 6K Baharu dengan Kerjasama Pasukan Lumba Scuderia AlphaTauri

CASIO COMPUTER CO., LTD
2021-03-02 18:47 336

TOKYO, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pelancaran tiga kronograf logam berprestasi tinggi EDIFICE baharu. EQB-1000AT, ECB-10AT dan EFS-S590, yang diperbuat daripada karbon 6K,*1 direka bentuk bersama pasukan Formula One™ Scuderia AlphaTauri, yang mana pemandu Pierre Gasly menduduki tempat pertama dalam Italian Grand Prix September lalu.

EQB-1000AT
EQB-1000AT

*1. Bahan yang ditenun daripada kumpulan 6,000 gentian karbon.

Kesungguhan pasukan ini terhadap kelajuan dan teknologi pintar amat sesuai dengan konsep jenama EDIFICE iaitu "Kelajuan dan Kecerdasan". Casio telah menjadi rakan kongsi rasmi sejak tahun 2016, ketika nama pasukan ini ialah Scuderia Toro Rosso.

EQB-1000AT, ECB-10AT dan EFS-S590 baharu melambangkan kolaborasi kedua bersama pasukan ini. Muka jam dan bezel EQB-1000AT, muka jam ECB-10AT dan gegelang dalaman di sekitar muka jam EFS-S590AT diperbuat daripada karbon 6K, bahan yang turut digunakan pada bahagian sayap dan lantai kereta lumba. Warna biru kelasi pasukan ini menetapkan warna keseluruhan dan logonya diukir pada muka jam, belakang bekas jam dan gegelung gelang.

Ketiga-tiga model ini mempunyai kristal nilam yang kukuh, maka anda tidak perlu bimbang kemungkinan pecah. EQB-1000AT dan ECB-10AT menentukur masa secara automatik apabila digandingkan dengan telefon pintar menggunakan aplikasi khusus, memberi kejituan yang diperlukan oleh ahli pasukan yang sibuk. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna menetapkan masa dunia dengan pantas daripada pemilihan pratetap kira-kira 300 bandar — ideal untuk pengembara dunia seperti ahli pasukan tersebut.

  • EQB-1000AT

Berdasarkan kronograf EQB-1000 profil nipis asal dengan sistem kuasa 'Tough Solar', jam tangan baharu ini juga membolehkan pengguna menetapkan masa pada paparan utama dan paparan muka jam sisipan mengikut mana-mana dua bandar melalui aplikasi ini. Tali jam fabrik Cordura™ yang tahan lama dapat menahan keadaan yang paling sukar.

EQB-1000AT
EQB-1000AT

  • ECB-10AT

Berdasarkan ECB-10 asal dengan fungsi Pemasa Jadual, yang menyelaraskan waktu dengan aplikasi*2 kalendar telefon pintar bagi memaparkan waktu mula dan akhir jadual pada LCD dan memberi isyarat boleh dengar, jam tangan baharu ini juga bergandingan dengan telefon pintar bagi menetapkan jam tangan ini dengan waktu tempatan secara automatik semasa anda mengembara.

*2. iOS: Kalendar, Android: Google Calendar

ECB-10AT
ECB-10AT

  • EFS-S590AT

Berdasarkan EFS-S590 9.9mm nipis yang asal, padanan yang selesa dan berkuasa solar, jam tangan baharu ini turut mempunyai gegelang dalaman berputar dan bergaya yang menunjukkan masa berbaki sebelum acara pengguna yang dijadualkan seterusnya.

EFS-S590AT
EFS-S590AT

 

Scuderia AlphaTauri
Scuderia AlphaTauri

Laman sesawang rasmi EDIFICE: https://www.edifice-watches.com/

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Auto Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Textiles Transportation Licensing/marketing agreements New products/services