omniture

XCMG Hantar 400 Unit Produk Utama ke Negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan

XCMG
2021-03-02 23:35 212

XUZHOU, China, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka XCMG (000425.SZ) telah melayar lebih daripada 400 unit peralatan jentera pembinaan pada 18 Februari dari China yang akan tiba di negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) termasuk negara-negara Asia Tenggara dan Rusia dalam tempoh terdekat.

XCMG Sends Off 400 Units of Flagship Products to Countries of the Belt and Road Initiative.
XCMG Sends Off 400 Units of Flagship Products to Countries of the Belt and Road Initiative.

Eksport kumpulan ini yang melibatkan produk daripada pelbagai kategori termasuk mesin pengorek, jentera angkut, perata tanah dan kren, akan melakukan perjalanan sepanjang Jalan Sutera Maritim bagi membawa bantuan untuk memerangi pandemik COVID-19 dan membantu pemulihan ekonomi di negara-negara berkenaan.

XCMG telah mencapai kejayaan yang berterusan dalam pasaran negara-negara BRI yang mengambil bahagian sejak tahun 2013, menyediakan produk dan sokongan teknikal yang bertaraf dunia kepada pelanggan di serata dunia.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, XCMG aktif menyokong rakan sekutu luar negara kami bagi mempercepatkan pembinaan infrastruktur mereka. Kami telah menyesuaikan pelbagai penyelesaian agar sepadan dengan keadaan kerja yang berbeza di setiap wilayah dan dalam masa yang sama meningkatkan perkhidmatan selepas jualan setempat kami tanpa henti dengan menubuhkan pasukan perkhidmatan profesional bagi menjamin operasi peralatan yang lancar dan andal," kata Liu Jiansen, Naib Presiden XCMG dan Pengurus Besar XCMG Import and Export Ltd.

Sementara itu, XCMG menghantar 48 unit kren dipasang pada lori tersuai ke Rusia pada bulan Februari, yang telah menonjol dalam pasaran global atas kualitinya yang terkemuka dan perkhidmatan yang andal. Pada tahun 2020, XCMG menyaksikan pertumbuhan sebanyak 68 peratus bagi jualan kren dipasang pada lori.

Ketiga-tiga model tersebut, SQS157ARU, SQ175ARU dan SQS200ARU terkenal dengan ciri ketahanan sejuk yang tinggi, panjang lengan yang sangat panjang dan kemampuan mengangkat yang hebat. Tiang gerudi teleskopik automatik serta bakul gantung yang ditambah juga dapat mencapai fungsian pelbagai guna.

Agar dapat beradaptasi dengan keadaan pembinaan tempatan yang rumit, kesemua kren tersebut menggunakan peralatan elektrik rintang suhu rendah dan tali wayar keluli. XCMG turut menyelesaikan kekangan teknikal pengembangan dan pengecutan berurutan berbilang silinder yang menjamin pengembangan dan pengecutan mendatar yang stabil dan hebat. Sementara itu, teknologi kawalan mengangkat teleskopik galas beban yang dibangunkan sendiri oleh XCMG dapat mengelakkan kerosakan kren dengan berkesan yang disebabkan oleh beban lampau dan jarak berlebihan.

"Komited terhadap pembangunan berkualiti tinggi, teras bagi strategi antarabangsa tiga langkah XCMG adalah untuk membawa produk dan perkhidmatan 'Canggih dan Mampu Tahan' kepada pelanggan kami," kata Liu.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 78 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keempat dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih daripada 187 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.xcmg.com

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation Corporate Social Responsibility