omniture

ZTE tersenarai 3 teratas global bagi kepimpinan berterusan Paten Piawaian Penting terisytihar 5G untuk ETSI

ZTE Corporation
2021-03-02 23:41 2567

SHENZHEN, China, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, telah disenaraikan sebagai 3 teratas global bagi kepimpinan berterusannya dalam Paten Piawaian Penting (SEP) terisytihar 5G untuk ETSI, menurut laporan terkini "Siapa yang menerajui perlumbaan paten 5G?" ("Who is leading the 5G patent race?") yang diterbitkan pada 16 Februari oleh IPlytics, instrumen kecerdasan pasaran untuk menganalisis trend teknologi, perkembangan pasaran dan kedudukan kompetitif sebuah syarikat.

Memandangkan semakin banyak syarikat yang mengisytiharkan pemilikan paten piawaian penting (SEP) untuk standard 5G, penting untuk mengikuti perkembangan jumlah yang difailkan oleh peneraju paten bagi ketersambungan. Menurut laporan berkenaan, revolusi perindustrian yang seterusnya akan menyaksikan penumpuan teknologi yang semakin meningkat memandangkan teknologi penyambungan diintegrasikan secara berperingkat-peringkat ke dalam produk mekanikal dan dunia akan menyaksikan semakin pentingnya teknologi 5G dalam industri-industri lain yang mana kilang pintar, kediaman pintar, meter pintar malah peranti perubatan pintar akan bergantung pada sambungan 5G.

ZTE, dengan harta intelek sebagai salah satu strategi teras untuk pembangunan syarikat, telah menubuhkan sistem pengurusan yang lengkap untuk harta intelek dan mewujudkan dasar operasi paten sejajar dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Modul perniagaan harta intelek syarikat meliputi pelbagai hala tuju perniagaan teras seperti penyimpanan, operasi dan kawalan risiko aset harta intelek. Disokong oleh susun atur paten yang berkualiti tinggi untuk inovasi teknologi, syarikat ini komited untuk mencapai manfaat inovasi yang berkekalan dan kelebihan daya saing dalam pasaran domestik serta antarabangsa dan membawakan produk yang paling inovatif dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.

Sejak pemohonan paten luar negara yang pertama, ZTE telah menggunakan paten dalam lebih daripada 55 negara dan wilayah sepanjang 20 tahun yang lalu. Menjelang akhir tahun 2020, syarikat ini memfailkan lebih 80,000 permohonan paten global dan mempunyai kira-kira 36,000 paten aktif yang diluluskan di seluruh dunia dengan 4,270 merupakan permohonan paten cip set dan lebih 1,800 diluluskan.

Di samping itu, ZTE merupakan penyumbang utama dan peserta dalam penyelidikan teknologi serta pembangunan standard dalam arena 5G global dan juga mempunyai konfigurasi dua pengerusi dalam 3GPP. Syarikat ini telah mencapai kejayaan cemerlang dalam kedudukan kepimpinan 3GPP, organisasi piawaian komunikasi yang paling penting di dunia, dengan konfigurasi "dua jawatan pengerusi". Ia juga merupakan anggota bagi lebih daripada 70 organisasi pemiawaian antarabangsa termasuk ITU, 3GPP, ETSI, IEEE, NGMN serta CCSA dan masa yang sama, ia berperanan sebagai ahli lembaga dalam GSA, ETSI dan organisasi-organisasi lain. Sehingga kini, lebih daripada 60 pakar ZTE telah berkhidmat sebagai pengerusi dan pelapor dalam organisasi pemiawaian antarabangsa yang utama di seluruh dunia, menghantar lebih 100,000 kertas kajian serta cadangan pemiawaian secara keseluruhan.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research