SUZHOU, China, 3 Mac 2021 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd. ("GCLSI" atau "Syarikat") (Shenzhen:002506), sebuah syarikat fotovolta (PV) yang terkemuka di China, berjaya menyerahkan pesanan Kit Solar G-Home kepada Enpal, penyedia penyelesaian tenaga solar canggih Jerman. Ini memperlihatkan satu langkah utama ke hadapan bagi evolusi GCLSI dalam pasaran luar negara ketika ia berkembang daripada pembekal peralatan tenaga baharu standard kepada penyedia perkhidmatan penyelesaian tersuai juga.
Kit Solar G-Home merangkumi modul berkecekapan tinggi GCL dan keseimbangan sistem (BOS). Memandangkan sistem ini diprapasang, ia dapat memudahkan pemasangan dan memendekkan masa pemasangan dengan ketara. Pada September 2020, GCLSI menandatangani satu perjanjian strategik bersama Enpal untuk membekalkan 5,000 Kit Solar G-Home. Sebagai sebuah syarikat tenaga teragih Jerman yang ingin menawarkan penyelesaian tenaga baharu kepada isi rumah, Enpal menjadi kuasa baru muncul dalam industri tenaga baharu pintar.
"GCLSI menguasai hala tuju pasaran keseluruhan dengan produk dan perkhidmatan kami dan transformasi semasa kami memperlihatkan evolusi penting yang sedang kami jalani," kata Thomas Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif GCLSI. "Didorong oleh kelebihan teknologi kami serta fokus mendalam kami terhadap pasaran Jerman, kami berasa amat gembira dapat menyelesaikan penghantaran ini kepada Enpal dan tidak lama lagi akan membawa produk Kit Solar G-Home kami kepada pasaran antarabangsa yang lebih luas."
Kit Solar G-Home GCLSI ialah penyelesaian yang berkualiti tinggi dan sehenti untuk pemilik rumah. Kitnya yang anjal dan boleh disesuaikan berupaya untuk menampung pelbagai bumbung, memudahkan pengaturan dan pemasangan untuk pelanggan dan keperluan yang berbeza. Dengan menerima pakai Kit Solar G-Home GCLSI, dengan keupayaan untuk menggabungkan penyimpanan tenaga dan sistem pengurusan tenaga kediaman (HEMS), membolehkan pemilik rumah mengumpul tenaga solar sepanjang malam dan bertindak sebagai penyelesaian tenaga ekologi yang pintar.
GCLSI memperhebatkan tumpuannya ke atas penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyediakan perkhidmatan reka bentuk teknikal untuk jenis dan skala sistem penjanaan kuasa PV yang berbeza. Ia berupaya untuk memanfaatkan sistem pengurusan rantaian bekalan industrinya yang lengkap, menawarkan pelanggan dengan penyelesaian sistem dan produk yang paling optimum serta sesuai. Tatkala ia melangkah ke hadapan menerusi pengembangan globalnya, GCLSI komited untuk meneroka prospek yang lebih luas dan menyediakan lebih banyak penyelesaian dalam pasaran tenaga bersih Jerman.
Latar Belakang GCLSI
GCL System Integration Technology Co. Ltd (002506.SZ) (GCLSI) merupakan sebahagian daripada GCL Group, konglomerat tenaga global, Syarikat Tenaga bukan milik negara yang terbesar di China dengan tumpuan diberikan pada tenaga baharu, tenaga bersih dan perkhidmatan yang berkaitan. Kini, GCL System Integration beroperasi di seluruh dunia dan mempunyai lima tapak pengeluaran modul di tanah besar China dan satu di Vietnam, dengan kapasiti modul mencecah 8GW dan tambahan 4.3GW bagi kapasiti sel berkecekapan tinggi, seraya menjadikannya sebagai pengeluar modul yang bertaraf dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.gclsi.com/.