omniture

ZTE dan GlobalData Bersama-sama Keluarkan Kertas Putih mengenai Angkutan 5G Jitu

ZTE Corporation
2021-03-03 11:15 292

SHENZHEN, China, 3 Mac 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, bersama-sama penyedia analisis industri yang terkemuka GlobalData telah mengeluarkan kertas kerja mengenai angkutan 5G jitu.

Kertas putih berkenaan memberi penerangan mengenai perubahan baharu dalam seni bina rangkaian 5G dan keperluan baharu untuk rangkaian angkutan, menghuraikan cara untuk menggunakan penyelesaian rangkaian angkutan 5G jitu yang inovatif bagi menangani cabaran utama yang dibawa oleh perkhidmatan baharu. Selain itu, ia memberi sokongan dan cadangan teknikal yang komprehensif untuk teknologi utama tertentu.

"Rangkaian 5G dapat memberi kapasiti dan ketersediaan tinggi umumnya; digabungkan dengan penghirisan khusus, ia juga dapat menyediakan keselamatan dan pengasingan trafik unggul, lalu membolehkan operator untuk menghasilkan hirisan rangkaian yang dikhaskan untuk rangkaian peribadi dengan keupayaan rangkaian yang ditentukan dengan tepat serta jaminan QoS," kata Emir Halilovic, Penganalisis Utama GlobalData. "Justeru itu, rangkaian 5G akan menggantikan rangkaian peribadi khusus dengan berkesan dan angkutan 5G jitu akan membawa sokongan rangkaian untuk operator dan pelanggan perusahaan." 

Pembangunan pesat aplikasi 5G baharu dalam industri-industri vertikal memerlukan pembentukan semula ekologi 5G. Ia memerlukan penghirisan jitu, pengurusan dan kawalan jitu, diagnosis jitu serta penyegerakan jitu agar dapat melaksanakan "satu rangkaian angkutan seragam untuk pelbagai industri". Kertas putih ini menghuraikan mengenai empat keupayaan teknikal berkenaan secara terperinci.

Penghirisan Jitu: Ia menyokong Flex-Algo, yang diasingkan sepenuhnya daripada sumber angkutan dan membolehkan pemetaan yang fleksibel dengan sumber FlexE. Flex-Algo menghiris dengan lebar jalur berbeza, ciri-ciri kependaman dan pengasingan dibina dengan sumber yang diperuntukkan dengan kuantiti, jenis dan butiran yang berbeza, bagi menyediakan saluran yang cekap, stabil, selamat dan khusus untuk perkhidmatan dengan keperluan QoS berbeza serta melaksanakan pemajuan berketentuan dengan kependaman dan ketaran ultra rendah.

Pengurusan dan Kawalan Jitu: Ia menyokong penyesuaian yang fleksibel dan penggunaan hirisan dalam pelbagai lapisan menerusi pelbagai senario dengan keperluan terbeza. Paparan hirisan dapat memberi pemantauan visual dan OAM perkhidmatan yang cekap, lantas membolehkan penyediaan hirisan tahap minit dan menjadikan topologi, operasi dan status boleh dilihat.

Diagnosis Jitu: Mod diagnosis legasi, berdasarkan pengalaman peribadi, dinaik taraf kepada diagnosis pintar automatik berasaskan AI, yang memendekkan tempoh semakan daripada tahap saat kepada tahap milisaat serta memaparkan status perkhidmatan dengan lebih tepat.

Penyegerakan Jitu: Perangkaian penyegerakan pintar berkejituan ultra tinggi digunakan untuk melaksanakan perancangan, penggunaan dan OAM rangkaian masa secara automatik, meningkatkan kecekapan penyediaan rangkaian dengan berkesan, memendekkan masa lokasi kerosakan dan memungkinkannya untuk menggunakan rangkaian masa darat secara besar-besaran. Ia juga dapat membuat sandaran bersama dengan rangkaian masa satelit yang menyediakan perkhidmatan penyegerakan yang selamat, andal dan berkejituan ultra tinggi.

Setakat ini, penyelesaian rangkaian angkutan 5G jitu ZTE yang berorientasikan pemajuan berketentuan telah digunakan dan disahkan dalam industri-industri kuasa dan permainan awan secara berurutan. Melangkah ke hadapan, ZTE dan operator arus perdana akan berusaha bersama-sama untuk membina rangkaian angkutan 5G semua-dalam-satu bagi membuat persiapan penuh untuk evolusi jangka panjang operator daripada To C ke arah To C+To B serta membantu mereka mencapai kelebihan daya saing dalam era IoT 5G.

Klik pautan ini untuk memuat turun kertas putih tersebut:
https://www.zte.com.cn/global/solutions/201905201708/201905201738/GlobalData_Precision_5G_Transport

Hubungan Media:
Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research