omniture

HeveaConnect, Pasaran Digital Untuk Getah Asli Lestari alu-alukan pelaburan daripada Singapore Exchange

HeveaConnect Pte. Ltd.
2021-03-04 00:39 224

SINGAPURA, 4 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, HeveaConnect Pte Ltd ("HC") mengumumkan bahawa Singapore Exchange ("SGX") telah memiliki pegangan minoriti dalam HC dengan tujuan untuk mempercepatkan pendigitalisan industri getah asli. SGX turut menyertai Halcyon Agri Corporation Limited ("HAC"), ITOCHU Corporation dan DBS Bank Ltd sebagai pemegang saham dalam HC.

HeveaConnect Product Suite
HeveaConnect Product Suite

Dengan warisan perdagangan selama lebih 100 tahun, Singapura merupakan hab dan tumpuan bagi perdagangan getah asli global. Pasaran SICOM SGX diiktiraf dengan meluas sebagai pusat penemuan harga dunia untuk getah asli dan indeksnya merupakan penanda aras penentuan harga global untuk peserta sepanjang rantaian nilai getah asli.

SGX memainkan peranan penting dalam menyokong komuniti getah global menerusi penanda aras harga global SICOM, perkhidmatan penimbangtaraan dan suit penyelesaian pengurusan risiko derivatif. Ketika dunia beralih ke arah sambungan merata, terdapat keperluan yang semakin meningkat terhadap pendigitalisan dalam industri getah tradisional. HeveaConnect, pasaran digital untuk getah asli yang dihasilkan secara lestari, merupakan platform yang ideal untuk memenuhi keperluan pasaran ini.

Misi HC adalah untuk menjadi tulang belakang data bagi usaha industri berkenaan untuk membangunkan bekalan getah asli yang mampan. Platformnya merintis papan pemuka kelestarian hari ini, menyediakan peserta pasaran global dengan rantaian bekalan bersepadu yang penting, data kebolehkesanan dan kelestarian. Pelaburan SGX dalam HC bertujuan untuk meningkatkan keupayaan HeveaConnect sebagai platform penemuan harga untuk getah asli lestari. Ini seterusnya akan menggalakkan amalan terbaik dalam seluruh rantaian nilai getah asli.

Sebagai sebahagian daripada pelaburan tersebut, harga niaga hadapan SICOM akan disediakan pada platform HeveaConnect bagi memudahkan spot getah fizikal dan penemuan harga jangka panjang terhadap penanda aras SICOM.

Lee Beng Hong, Pengarah Urusan Kanan, Ketua Pendapatan Tetap, Mata Wang dan Komoditi, SGX berkata"Pergerakan industri getah ke arah pendigitalisan rantaian nilai dan peralihan menuju getah lestari merupakan objektif utama yang mengujakan kami untuk menyokongnya. Sebagai penanda aras penentuan harga global yang utama untuk getah asli, kami berharap dapat meminjamkan kepakaran kami bagi membangunkan selanjutnya pembentukan harga yang cekap dan telus dalam perdagangan getah fizikal, untuk disokong oleh kerangka data dan infrastruktur yang selamat mahupun bebas."

Ray Ferguson, Pengerusi Bebas HeveaConnect berkata, "Objektif utama HeveaConnect dari awal adalah untuk membina perniagaan disruptif yang meningkatkan proses penemuan harga dan memudahkan kolaborasi terhadap kelestarian. Dengan sokongan daripada pemegang saham pengasas, HeveaConnect berupaya untuk membangunkan dan memperbaiki platform perdagangan yang bersedia untuk penerimaan industri yang lebih luas. Kini kami berbesar hati untuk mengalu-alukan SGX serta rakan kongsi masa depan lain untuk meningkatkan lagi ekosistem buat semua."

HeveaConnect sebagai Platform Bebas bagi Menggalakkan Penyertaan Industri 

Sebagai tanda bagi mengalu-alukan penyertaan industri ke dalam HC, HAC akan melepaskan kedudukannya sebagai pemegang saham pengawal dalam HC, dengan memperuntukkan 59,962 saham (mewakili 14.73% kepentingan dalam asas pegangan saham yang diperbesar) daripada pegangan saham sedia adanya dalam HC kepada pemegang amanah bebas, untuk diagihkan kepada organisasi-organisasi layak yang terlibat dalam mempromosikan agenda kelestarian dalam industri getah asli. Dengan peningkatan penglibatan daripada kumpulan minat yang berbeza, peranan HC sebagai platform umum yang bebas akan ditingkatkan dan mendapat lebih banyak daya tarikan dengan pengeluar serta pelanggan getah asli.

Andrew Trevatt, Pengarah dalam HeveaConnect, mewakili HAC berkata, "Pelaburan oleh SGX merupakan satu pencapaian luar biasa untuk HC, tatkala ia meneruskan perjalanan di laluannya untuk menjadi pelopor dalam pendigitalisan industri getah asli. Kami mengiktiraf bahawa sokongan dan penyertaan industri adalah amat penting dalam mendorong HC ke peringkat pertumbuhan yang seterusnya. Komitmen kami dalam HC telah dan akan tetap teguh dan ini begitu selari denga hasrat awal kami untuk mewujudkan platform fizikal umum yang adil dan saksama untuk semua peserta rantaian bekalan getah asli."

Pasaran Penemuan Harga Pilihan untuk Perdagangan Getah Fizikal 

Sejak penubuhannya pada April 2019, HeveaConnect berjaya memadankan lebih 250,000 tan metrik getah asli fizikal untuk syarikat-syarikat tayar global utama termasuk Michelin dan Bridgestone, dengan nilai jualan kasar melebihi USD $325 juta.

Gerald Tan, Ketua Eksekutif HeveaConnect, berkata, "Kami mendigitalisasikan seluruh rantaian bekalan getah asli – bermula daripada peladang kepada pengeluar, daripada pengguna kepada pemudah cara – dalam ekosistem diperkaya data. Platform terbina khas kami menyelaraskan aliran kerja pesanan-kepada-penunaian bagi meningkatkan proses membuat keputusan dan pengurusan risiko. Kami juga menawarkan alat digital bagi mengumpul data rantaian bekalan yang bernilai di lapangan. Mematuhi dasar perolehan yang ketat, perkhidmatan ini memenuhi keperluan kelestarian dan kebolehkesanan yang kritikal untuk pelanggan kami, pembiaya serta NGO."

Segsarn Trai-Ukos, Pengarah Urusan SMPT (Michelin) menambah, "Kami telah menggunakan platform HC selama 22 bulan dan dapat melihat faedah-faedah platform digital. Kami gembira melihat SGX menyertai HC sebagai pemegang saham Kini, penting untuk HC meningkatkan bilangan peserta dan memastikan penerimaan pasaran yang luas dalam seluruh rantaian bekalan penuh."

Brian Miller, Pengerusi Dewan Perniagaan Persatuan Getah Antarabangsa Singapura (Singapore International Chamber of Commerce Rubber Association) menyatakan, "Pendigitalisan dan kelestarian dalam rantaian bekalan getah merupakan perkembangan pasaran yang penting dan kami gembira dapat melihat banyak inisiatif yang hebat dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang memberi tumpuan pada aspek utama ini."

Terbuka kepada semua pengguna pasaran getah yang boleh dipercayai, HeveaConnect menyelesaikan kecekapan rantaian bekalan, meningkatkan perdagangan dua hala dan seterusnya akan membangunkan proses perdagangan pelbagai hala. Inovasinya melibatkan Platform HeveaConnect, HeveaPro, HeveaTrace dan HeveaGrow yang dapat menangani cabaran dalam seluruh rantaian bekalan. HeveaConnect menggalakkan teknik pengeluaran getah yang lestari dan boleh diaudit, menyokong getah disokong data yang boleh dikesan dan menyediakan penemuan harga yang unggul untuk Getah Asli Lestari.

Latar Belakang HeveaConnect 

HeveaConnect yang ditubuhkan dan berpangkalan di Singapura membawakan kepada anda masa depan perdagangan komoditi. Kami merupakan peneraju yang mendigitalisasikan rantaian bekalan getah asli di seluruh dunia bagi mewujudkan ekosistem berkuasa teknologi yang diperkaya dengan data. Transformasi digital ini membolehkan analisis yang mendalam dibuat terhadap rantaian bekalan untuk mengenal pasti risiko alam sekitar, sosial dan kewangan yang membenarkan intervensi bersasaran.

Di HeveaConnect, kami menggunakan teknologi bagi mendayakan ketelusan data dan mengukuhkan kepercayaan. Kami menyediakan perisikan dan pandangan industri bagi memperkasa pelanggan kami untuk membuat keputusan yang lebih pintar. Kami berusaha untuk mengenal pasti isu dan menyampaikan penyelesaian yang akan menentukan semula bagaimana komoditi dihasilkan dan didagangkan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.heveaconnect.com.

Hubungi:

Sabrina Raziff
sabrina.raziff@heveaconnect.com
info@heveaconnect.com
+65-68450168

 

Source: HeveaConnect Pte. Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services