omniture

Siri pameran April 2021 Global Sources dibatalkan

Global Sources
2021-03-04 14:00 497

Pameran Barangan Elektronik dan Gaya Hidup Khas dirancang pada Julai 2021

HONG KONG, 4 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Ekoran risiko pandemik COVID-19, sekatan dan keperluan menjalani kuarantin yang berkaitan dengan perjalanan antarabangsa dan kebimbangan terhadap kesihatan dan keselamatan orang ramai, Global Sources dengan dukacitanya mengumumkan pembatalan siri pameran April 2021 Global Sources, yang dijadualkan semula untuk berlangsung pada Oktober 2021.

Global Sources terus menyokong pembekal dan pembeli antarabangsa dengan peluang perniagaan melalui portfolio perkhidmatan dalam talian terpelbagai termasuk Global Sources Online (www.globalsources.com) dan Aplikasi Global Sources, dalam usaha berterusannya untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menjalankan perniagaan semasa berlakunya pandemik ini. Edisi khas pameran Barangan Elektronik Global Sources dan Gaya Hidup & Fesyen Global Sources dijadualkan untuk dianjurkan pada Julai 2021 bagi memenuhi permintaan pembeli yang semakin meningkat.

Pembatalan Siri Pameran Musim Bunga 2021 Global Sources:

- Barangan Elektronik Pengguna Global Sources

-  (11 - 14 April 2021)

- Barangan Elektronik Mudah Alih Global Sources

-  (18 - 21 April 2021)

- Kediaman & Perkakas Pintar Global Sources

-  (18 - 21 April 2021)

- Rumah & Dapur Global Sources

-  (18 - 21 April 2021)

- Pameran Cenderamata Teknologi

-  (18 - 21 April 2021)

- Gaya Hidup X Fesyen Global Sources

-  (27 - 30 April 2021)

"Melindungi kesihatan dan keselamatan pempamer, pengunjung dan pengguna perkhidmatan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami yang mana kami telah membuat keputusan yang sukar untuk membatalkan pameran Global Sources pada April 2021. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang kepentingan kerana memahami dan atas sokongan mereka," kata Hu Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Global Sources.

"Sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam mendorong perdagangan global selama 50 tahun, Global Sources menyokong pembeli dan rakan kongsinya semasa susah mahupun semasa senang. Pembeli masih dapat menghubungi pihak pembekal melalui portfolio perkhidmatan dalam talian terpelbagai kami dan penggunaan perkhidmatan dalam talian sedemikian telah meningkat dengan mendadak sejak berlakunya pandemik ini."

Penyumberan Global – sentiasa boleh diakses 

Global Sources Online ( www.globalsources.com )

Global Sources Online ialah platform perdagangan B2B rentas sempadan yang pertama di dunia dan mempunyai kepakaran industri selama 26 tahun, khususnya dalam bidang perintis bernilai tinggi seperti inovasi pintar, fesyen & gaya hidup serta barangan elektronik pengguna. Platform berkenaan mendemonstrasikan produk yang terkini daripada pembekal yang disahkan dan membolehkan pembeli membuat tempahan sampel secara dalam talian. Tersedia sepanjang masa, Global Sources Online mempunyai lebih daripada dua juta pengguna aktif setiap bulan, menawarkan pengalaman penyumberan O2O premium kepada berjuta-juta pembeli B2B sofistikated di seluruh dunia sepanjang tahun.

Aplikasi Global Sources – rakan penyumberan di mana-mana (Muat Turun Pautan)

Aplikasi GlobalSources.com ialah alat penyumberan semua-dalam-satu yang mudah untuk pembeli mencari berjuta-juta produk dan mengurus pertanyaan dan sebut harga mereka – bila-bila masa, di mana-mana. Ciri-cirinya yang menonjol termasuk:

- Perbualan pada masa sebenar dengan pembekal

- Melihat demonstrasi produk

- Melihat produk dan pembekal yang disyorkan

- Merancang dan mengurus lawatan ke pameran perdagangan

- Mendapatkan sebut harga daripada pembekal

- Pesanan Terus dengan pembayaran dalam aplikasi

Edisi Khas Pameran Barangan Elektronik dan Gaya Hidup & Fesyen bagi memenuhi permintaan perdagangan yang semakin meningkat dalam dunia penyumberan

Global Sources terus menjadi peneraju dalam memudahkan perdagangan antara pembeli dan pembekal antarabangsa. Memperlihatkan pandangan jauh dan kefleksibelan selain keyakinan terhadap permintaan pembeli yang semakin meningkat, Global Sources merancang untuk mengadakan pameran pasca pandemik yang pertama dan terbesar – Edisi Khas pameran Barangan Elektronik Global Sources dan Gaya Hidup & Fesyen Global Sources di Hong Kong pada Julai 2021. Lebih 3,500 pempamer dijangka mengambil bahagian di acara yang telah lama dinanti-nantikan ini yang akan menawarkan pembeli dengan campuran beraneka barangan elektronik pengguna, aksesori mudah alih, produk dan perkakas kediaman pintar, berserta produk gaya hidup dan fesyen. Edisi Khas ini akan disokong oleh perkhidmatan dalam talian terkenal Global Sources, bagi memaksimumkan peluang perniagaan untuk pembeli dan pembekal di seluruh dunia.

Latar Belakang Global Sources 

Global Sources ialah platform penyumberan B2B yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang telah mendorong perdagangan global selama lebih 50 tahun. Syarikat ini menghubungkan pembeli autentik dan pembekal yang disahkan di seluruh dunia dengan penyelesaian tersuai serta risikan pasaran yang dipercayai melalui pameran perdagangan, platform digital dan majalah. Global Sources mempelopori laman sesawang E-dagang B2B rentas sempadan yang pertama di dunia globalsources.com pada tahun 1995. Syarikat ini memiliki lebih 10 juta pembeli dan pengguna antarabangsa berdaftar.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.globalsources.com.

 

Source: Global Sources
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Telecommunications Trade show news Future Events