KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Mac 2021 /PRNewswire/ -- JOOX, platform penstriman muzik paling berdedikasi di Asia, memainkan peranan yang sangat besar bagi memastikan fenomena K-Pop kian membara di Asia terutamanya di Malaysia, dengan menawarkan koleksi lagu-lagu K-Pop yang terkini dan paling popular untuk peminat setia muzik k-pop di Malaysia. Peminat K-Pop di Malaysia yang menggunakan JOOX untuk mendengarkan lagu-lagu kegemaran mereka sudah sepastinya tidak akan ketinggalan dengan perkembangan muzik dari negara hallyu!
Peminat K-Pop di Asia boleh bernyanyii dan menari dengan sepenuh hati mereka pada bila-bila masa dandi mana sahaja mereka berada melalui senarai lagu K-Pop di JOOX. JOOX menyediakan pelbagai pilihan muzik yang tidak dapat ditandingi dengan menampilkan artis-artis kpop global serta syarikat rakaman muzik yangterhangat dan paling berjaya di Korea, seperti Epik High, GFRIEND, IU, Loona, Mamamoo, Monsta X, Seventeen, The Boyz danZico. Tidak hanya itu sahajaJOOX juga menawarkan lagu-lagu popular yang di hasilkan kumpulan k-pop terkemuka dunia iaitu BTS dan BLACKPINK yang merupakan antara 3 kumpulan k-pop yang paling banyak distrim pada tahun 2020 di platform JOOX. Pengaruh K-Pop dalam industri muzik global tidak dapat di nafikan oleh kerana itu JOOX dengan bangganya menjadi salah satu platform yang memberi peluang kepada peminat muzik genre ini di Asia dan terutamanya di Malaysia untuk sentiasa dapat menikmati lagu-lagu dari artis-artis kesayangan dengan menawarkan lebih ramai artis popular seperti EXO, Red Velvet, BIGBANG, iKON, TREASURE, WINNER berbanding platform lainnya!
Selain daripada menyediakan muzik K-Pop kepada pengguna setia JOOX, JOOX juga secara aktif menghangatkan lagi fenomena K-Pop di Asia melalui strim secara langsung konsert artis-artis terhangat dan paling popular tidak hanya diKorea tetapi juga dunia. Tidak hanya itu sahaja, JOOX jugamenyediakan siaran dan video-atas-permintaan (VOD).. Di tahun 2020 yang lalu, JOOX menyiarkan secara ekslusif pelbagai rancangan muzik popular, termasuk Anugerah Muzik Seoul (Seoul Music Awards) ke-29, rancangan uji bakat Korea popular "I-LAND" dan Mnet Asian Music Awards (MAMA), acara tahunan muzik Korea yang paling di nanti-nantikan oleh para peminat muzik k-pop di Asia. JOOX juga mendapati bahawa peminat-peminat muzik k-pop di Asia sangat menyayangi idola kegemaran mereka, oleh kerana itu JOOX telahmelancarkan "IDOL STATION," program muzik langsung K-Pop asli pertama yang membolehkan peminat fanatik K-Pop berbual dan mengenali 'oppa' kesayangan mereka seperti VERIVERY, Nu'est, ONF dan JUN@SEVENTEEN dengan lebih baik secara dalam talian, . Peminat muzik K-Pop Malaysia boleh menikmati pengalaman muzik sepenuhnya melalui senarai main K-Pop Beats: bit.ly/kpopbeatJOOX.
Ingin sentiasa mengikuti perkembangan terkini i K-pop? Muat turun aplikasi mudah alih atau komputer meja JOOX melalui Apple App Store mahupun Google Play Store, atau akses laman sesawang JOOX. Nantikan lebih banyak persembahan muzik secara langsung oleh artis tempatan, antarabangsa dan juga rancangan serta program baharu yang mengujakan, dibawakan kepada anda oleh JOOX!
Muat turun sekarang bagi memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!