omniture

Penyelidik Sunway University Tersenarai 2% Terbaik di Dunia

Sunway University
2021-03-04 17:04 231

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Stanford University yang berpangkalan di Amerika Syarikat baru-baru ini mengeluarkan senarai yang mewakili 2% terbaik bagi saintis yang paling banyak disebut dalam pelbagai bidang. Sunway University dengan sukacitanya berkongsi bahawa enam penyelidik daripada universiti tersebut disenaraikan antara 2% saintis terbaik di dunia.

Penyelidik Sunway University Tersenarai 2% Teratas di Dunia. Barisan pertama: Profesor Tiekink dan Profesor Saidur. Barisan kedua: Profesor Kheireddine dan Profesor Poppema. Barisan ketiga: Profesor Madya Dr Adarsh dan Profesor Yau.
Penyelidik Sunway University Tersenarai 2% Teratas di Dunia. Barisan pertama: Profesor Tiekink dan Profesor Saidur. Barisan kedua: Profesor Kheireddine dan Profesor Poppema. Barisan ketiga: Profesor Madya Dr Adarsh dan Profesor Yau.

Presiden Sunway University, Profesor Sibrandes Poppema disenaraikan dalam kategori subjek imunologi di bawah sub-bidang onkologi dan karsinogenesis dalam perubatan klinikal, dalam Senarai 2% Saintis Terbaik Dunia Stanford University sepanjang kerjaya.

Selama bertahun-tahun, beliau menerbitkan lebih 240 artikel mengenai topik-topik yang berkaitan dengan Imunologi, Hematologi dan Onkologi, yang dipetik sebanyak lebih daripada 18,500 kali.

Tiga penyelidik seterusnya yang disenaraikan dalam Senarai 2% Saintis Terbaik Dunia Stanford University sepanjang kerjaya dan impak Tahun 2019 ialah Profesor Edward Tiekink, Profesor Saidur Rahman dan Profesor Mohamed Kheireddine.

Profesor Tiekink, Profesor Ulung dan Ketua Pusat Penyelidikan Bahan Habluran (Research Centre for Crystalline Materials, RCCM), Sekolah Perubatan dan Sains Hayat disenaraikan dalam kategori subjek untuk kimia tak organik dan kimia nuklear di bawah sub-bidang kimia organik.

Penyelidikan di RCCM yang diketuai oleh Professor Tiekink meneruskan dua tema SDG yang utama iaitu SDG No. 3 Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik dan SDG No.13 Tindakan Iklim, terhadap pembangunan terapi baharu berdasarkan logam – ubat-ubatan berasaskan logam – bagi menghadapi cabaran rintangan ubat global terhadap antimikrob, keperluan untuk menyembuhkan kanser dan penyakit-penyakit lain.

"Saya berharap dapat memanfaatkan kemudahan yang canggih di Sunway University untuk meneruskan semua usaha penyelidikan. Kami teruja dengan pembangunan Sekolah Perubatan Sunway serta penterjemahan kerja-kerja makmal kepada kajian klinikal," kongsi Profesor Tiekink.

Profesor Saidur, Profesor Penyelidikan Ulung dan Ketua Pusat Penyelidikan Bahan Nano dan Teknologi Tenaga, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi disenaraikan dalam kategori subjek Tenaga di bawah sub-bidang Kejuruteraan Mekanikal & Pengangkutan.

Profesor Kheireddine, yang merupakan Dekan Bersekutu (Penyelidikan) untuk Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi serta Ketua Pusat Penyelidikan Pemerangkapan dan Penggunaan Karbon Dioksida disenaraikan dalam kategori subjek kejuruteraan kimia.

Turut berada dalam Senarai 2% Saintis Terbaik Dunia Stanford University bagi impak Tahun 2019 ialah Profesor Yau Kok Lim dan Profesor Madya Dr Adarsh Kumar Pandey.

Disenaraikan dalam kategori subjek kecerdasan buatan & pemprosesan imej di bawah sub-bidang perangkaian & telekomunikasi ialah Profesor Yau daripada Jabatan Pengkomputeran dan Teknologi Maklumat, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi.

Melalui pengiktirafan ini, Profesor Yau berharap dapat menubuhkan sebuah pusat penyelidikan yang dapat memudahkan dan menggalakkan interaksi antara ilmuwan penyelidikan tempatan dan antarabangsa serta industri bagi meneruskan kecemerlangan akademik selain mencipta peluang penyelidikan bagi menyelesaikan masalah dunia perindustrian.

Daripada Pusat Penyelidikan Bahan Nano dan Teknologi Tenaga, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi, bidang penyelidikan Profesor Madya Dr Adarsh menumpukan pada bahan simpanan tenaga termaju, teknologi tenaga boleh diperbaharui dan bahan nano.

Dr Adarsh percaya bahawa inovasi dalam bidang penyelidikan merupakan pemacu utama bagi kemajuan masyarakat. "Menerusi pengiktirafan ini, saya berhasrat untuk memajukan penyelidikan saya dengan membangunkan bahan simpanan tenaga termaju yang lebih cekap, bagi menyediakan tenaga solar yang lebih cekap dan berpatutan kepada masyarakat."

Source: Sunway University
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)