omniture

Dataiku Sekali Lagi Dinamakan Peneraju dalam Gartner 2021 Magic Quadrant untuk Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin

Penempatan kedudukan menandakan tahun kedua berturut-turut Dataiku dalam kuadran Peneraju
Dataiku
2021-03-05 00:00 30

NEW YORK, 5 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini Dataiku, platform AI Perusahaan yang paling canggih di dunia, dinamakan sebagai Peneraju dalam Garner 2021 Magic Quadrant untuk Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin, seraya menandakan tahun kedua berturut-turut ia berada dalam kuadran Peneraju. Dataiku percaya bahawa penempatan kedudukan berkenaan di tengah-tengah pasaran yang berkembang pesat untuk alat-alat AI mengukuhkan kedudukannya sebagai daya penggerak di sebalik kejayaan dalam AI Perusahaan di organisasi-organisasi seluruh dunia.


Sejak penubuhannya pada tahun 2013, Dataiku terus merealisasikan visinya untuk menghubungkan beribu-ribu individu dalam sesebuah organisasi, menyatukan pendekatan dan keupayaan setiap syarikat untuk melaksanakan projek sains data, pembelajaran mesin dan AI secara meluas.

Pada tahun 2020, ketika kematangan AI Perusahaan menjadi taruhan minimum demi kelangsungan, pelanggan Dataiku telahpun mempunyai blok binaan yang tepat. Persekitaran Dataiku yang terpusat, terkawal dan anjal mendorong pertumbuhan eksponen dari segi jumlah data, bilangan projek AI dan jumlah individu yang menyumbang kepada projek berkenaan serta dibina untuk berkembang ketika perniagaan berusaha untuk beralih daripada pengeluaran model dalam bilangan yang kecil kepada ratusan (atau ribuan). Dengan beratus-ratus individu dan pelbagai pasukan dalam perniagaan yang dilengkapi dengan alat-alat bagi membuat keputusan yang lebih baik menggunakan data, ketangkasan untuk bertahan dengan perubahan masih dalam jangkauan.

Dataiku mengeluarkan dua kemas kini utama (versi 7 dan 8) pada tahun 2020, padat dengan ciri-ciri untuk terus meluaskan jejak AI dalam perniagaan melalui saintis data, juruanalisis mahupun peneraju data. Pada bulan Ogos 2020, Dataiku turut mengumumkan pusingan pendanaan Siri D $100 juta bagi menyokong momentumnya sebagai sebuah syarikat dan pemecutan seluruh dunia dari segi usaha AI Perusahaan.

"Dataiku sentiasa menjadi peneraju dalam pasaran ini — platform kami dibina dari peringkat bawah untuk semua orang dalam sesebuah organisasi dan kami sentiasa menjadi penyelesaian hujung-ke-hujung yang menawarkan rangkaian ciri penuh bermula daripada pengingesan data hinggalah pengeluaran, pemantauan dan tadbir urus," kata Florian Douetteau, Ketua Pegawai Eksekutif Dataiku. "Kami berasa bangga diiktiraf sebagai Peneraju dalam Garner 2021 Magic Quadrant untuk Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin bagi tahun kedua berturut-turut. Kami melihatnya sebagai penegasan berterusan terhadap teknologi yang dibina oleh kami, prinsip-prinsip yang didukungi oleh kami dan nilai untuk pelanggan dalam pendekatan kami terhadap transformasi AI Perusahaan." 

Dataiku menyokong strategi AI untuk lebih daripada 400 syarikat di seluruh dunia, yang membolehkan organisasi-organisasi dalam sektor farmaseutikal, rawatan kesihatan, perkhidmatan kewangan, pengangkutan, sektor awam, pembuatan, peruncitan dan banyak lagi menggiatkan usaha AI mereka secara besar-besaran. Dataiku menggaji lebih daripada 550 kakitangan di seluruh dunia antara pejabat-pejabat di New York, Paris, London, Munich, Sydney dan Singapura.

Ketahui lebih lanjut mengenai Dataiku dan dapatkan salinan percuma Gartner 2021 Magic Quadrant untuk Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin di sini, atau lihat apa yang dikatakan oleh pengguna Dataiku mengenai Gartner Peer Insights, yang mana Dataiku diberi penarafan 4.9/5 bintang*.

*Berdasarkan 84 ulasan setakat 4 Mac 2021

Gartner, Magic Quadrant untuk Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin, Peter Krensky, Carlie Idoine, Erick Brethenoux, Pieter den Hamer, Farhan Choudhary, Afraz Jaffri, Shubhangi Vashisth, 1 Mac 2021. Laporan ini dahulunya bertajuk Magic Quadrant for Data Science Platforms (Magic Quadrant untuk Platform Sains Data).

Penafian: Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor yang memiliki penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan berfakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

 

Source: Dataiku
Keywords: Computer/Electronics Awards Data Analytics