omniture

AWE2021 tukar tempat & tarikh ke NECC (Shanghai) pada 23-25 Mac untuk tonjolkan dekad baharu berkuasa teknologinya

AWE
2021-03-05 22:01 483

BEIJING, 5 Mac 2021 /PRNewswire/ -- AWE2021 dijadualkan semula untuk berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC), Hongqiao, Shanghai, China pada 23-25 Mac, mencakupi enam dewan pameran, menurut pengumuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur AWE pada 5 Mac (Waktu Beijing) 2021.

AWE2021
AWE2021

Bagi menunjukkan kerjasama dengan dasar pengurusan pencegahan wabak Shanghai, Jawatankuasa Penganjur AWE berusaha melakukan apa yang diperlukan untuk berhubung dengan pihak berkuasa Shanghai yang berkaitan dan dewan pameran bagi mengesahkan tempat dan tarikh baharunya dalam tempoh sesingkat mungkin. Walaupun dengan perubahan tempat dan tarikh, AWE masih akan dipenuhi dengan sorotan utama. Syarikat-syarikat gergasi perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna termasuk Haier, Hisense, TCL, Sony dan Bosch masih akan bersama AWE2021 yang mencerminkan sepenuhnya pengiktirafan mereka terhadap nilai AWE sebagai satu platform dan keyakinan mereka terhadap prospek AWE.

Dengan AWE2020 ditangguhkan untuk bergabung dengan AWE2021, acara tahun ini akan mempersembahkan produk dan penyelesaian teknikal inovatif yang dibangunkan dalam dua tahun lalu, meliputi perkakas rumah tradisional, barangan elektronik pengguna, kediaman pintar, teknologi pintar, peranti digital 3C dan komponen teras.

Di AWE2021, inovasi aplikasi AI, teknologi IoT, teknologi 5G dan banyak lagi akan dipamerkan manakala pengeluar perkakas rumah akan mempersembahkan penyelesaian kediaman pintar berasaskan senario dan bukannya produk individu. Di samping itu, elemen fesyen akan digabungkan ke dalam perkakas rumah bagi memenuhi estetika utama golongan milenia dan Generasi Z. Di AWE2021, visi kehidupan pintar dalam dekad baharu akan menantikan setiap orang untuk mengalaminya.

Pada malam 23 Mac, Acara Malam Strim Langsung AWE (AWE Livestream Night Show) akan dilancarkan untuk meningkatkan lagi penggunaan selepas Festival Musim Bunga dan mendorong industri perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna berkembang. Sebagai yang pertama dalam industri, acara strim langsung tersebut akan menghimpunkan beratur-ratus perusahaan perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna yang terkemuka untuk bersiaran langsung serentak melalui pelbagai platform termasuk JD.com, Tmall.com dan Kuaishou. Semasa berlangsungnya AWE2021, presiden perusahaan akan mengesahkan perkakas rumah tahunan kepada pengguna dengan cara yang imersif bersama-sama selebriti, selebriti dalam talian serta selebriti strim langsung.

Sebagai acara berpengaruh peringkat antarabangsa yang pertama dalam bidang tersebut yang kembali semula di luar talian di tengah-tengah pandemik ini, AWE2021 dijangka memberi petanda mengenai trend teknikal dan trend penggunaan industri selepas pandemik ini dan memberi impak ke atas falsafah hidup dan juga gaya hidup pengguna.

Source: AWE
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news Future Events