SHENZHEN, China, 8 Mac 2021 /PRNewswire/ -- CIMC Enric Holdings Limited ("CIMC Enric" atau "Syarikat", kod saham SEHK: 3899.HK), mengumumkan bahawa CIMC Hydrogen Energy, subsidiari milik penuh Syarikat, telah memeterai perjanjian Usaha Sama (JV) dengan Hexagon Purus HK untuk menyediakan penyelesaian penyimpanan dan pengagihan hidrogen termampat yang selamat, ringan dan cekap kos bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat di China dan Asia Tenggara.
Hexagon Purus HK ialah subsidiari milik penuh Hexagon Purus AS ("Hexagon Purus", simbol saham: HPUR), penyedia bagi teknologi dan reka bentuk sistem dan silinder hidrogen Jenis 4 ("T4") yang bertaraf dunia.*
Struktur kerjasama
Kerjasama tersebut akan dibuat berdasarkan struktur pemilikan yang seimbang. Ia akan diatur menggunakan entiti operasi khusus:
Barisan pengeluaran
JV tersebut merancang untuk membina barisan pengeluaran dengan kira-kira 100,000 silinder setiap tahun dan output sebenar dijangka meningkat secara beransur-ansur bagi mencapai kapasiti yang lebih tinggi.
Kapasiti silinder hidrogen Jenis 3 ("T3") akan dibina melalui penaiktarafan kemudahan pengeluaran sedia ada. JV berkenaan menjangkakan pendapatan daripada silinder hidrogen T3 bertekanan tinggi pada tahun 2021. Pembinaan kemudahan T4 dijangka bermula seawal suku kedua tahun 2021.
Prospek pasaran
CIMC Enric dan Hexagon Purus berganding bahu dalam sektor hidrogen dengan matlamat untuk menjadi pembekal utama penyelesaian penyimpanan dan pengagihan hidrogen komprehensif di China dan Asia Tenggara.
Menurut Trend Bank Consulting, pasaran silinder hidrogen China akan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun 47.7% dalam 10 tahun akan datang. Bilangan FCEV (Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api) dianggarkan mencecah 100,000 unit dan 1 juta unit masing-masing pada tahun 2025 dan 2030 sementara nilai pasaran silinder hidrogen masing-masing akan mencecah kira-kira RMB 3.9 bilion dan RMB 20 bilion.
En. Yang Xiaohu, Pengarah Eksekutif dan Pengurus Besar CIMC Enric, mengulas, "Industri hidrogen telah menggamit perhatian yang belum pernah terjadi sebelum ini di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ketika ini, China mengumumkan lebih daripada 37 dasar berkaitan hidrogen peringkat nasional, wilayah dan perbandaran. Dengan sokongan pelbagai dasar, China dijangka menjadi pasaran FCEV yang terbesar di dunia pada masa akan datang. Tema masa depan sistem hidrogen dalam kenderaan ialah ringan, berkos rendah dan nisbah berat-kepada-volum yang rendah. Justeru itu, peralihan daripada silinder hidrogen T3 kepada silinder hidrogen T4 sesuai dengan trend pembangunan masa depan. Penubuhan JV berkenaan memanfaatkan kelebihan geografi dan kekayaan pengalaman pasaran CIMC Enric dengan kekuatan teknikal Hexagon yang mantap, lalu membentuk kesan sinergi yang kompetitif dan meletakkan asas kukuh untuk JV memanfaatkan pasaran tenaga hidrogen China yang luas."
En. Morten Holum, Ketua Pegawai Eksekutif Hexagon Purus, berkata, "China semakin meningkat naik untuk menjadi pasaran global yang paling penting untuk FCEV. Peralihan tenaga yang berjaya kepada hidrogen memerlukan penyelesaian penyimpanan bahan api T4 bertekanan tinggi yang selamat, canggih dan cekap kos yang terbukti dalam pasaran global. Dengan berganding bahu di China, CIMC Enric dan Hexagon Purus bersama-sama menyumbang pengetahuan mengenai T4 yang canggih selain kehadiran pasaran jenama Cina yang terbaik dan dipercayai. Kedua-dua syarikat mempunyai warisan yang dibanggakan dalam menyediakan produk serta penyelesaian yang bertaraf dunia kepada pelanggan mereka."