omniture

Clé De Peau Beauté Umum Penerima Anugerah 'Power of Radiance' 2021

Meraikan mereka yang memberi inspirasi dan memperbaiki kehidupan kanak-kanak perempuan serta wanita melalui pendidikan STEM
Clé de Peau Beauté
2021-03-08 10:00 239

TOKYO, 8 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan alat solek mewah, dengan bangganya mengumumkan 'Power of Radiance Awards' ketiga yang merupakan sebahagian daripada komitmen bersifat dermawan jangka panjang mereka bagi menyokong pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) kanak-kanak perempuan sebagai kunci untuk memperkasa masa depan yang lebih cerah. Pada tahun lalu, ekoran COVID-19, Pendidikan telah terganggu. Peningkatan kebergantungan kita terhadap teknologi juga menjelaskan bahawa masa depan akan menuntut tumpuan yang lebih tinggi terhadap bidang STEM untuk generasi kanak-kanak perempuan akan datang untuk berjaya dan berkembang maju – atas sebab inilah Clé de Peau Beauté berbangga kerana dapat mengambil tindakan bermakna bagi membawa hasil yang jelas dengan memperjuangkan Pendidikan berkaitan STEM. Komitmen bersifat dermawan jangka panjang Clé de Peau Beauté melibatkan 'Power of Radiance Awards' dan perkongsian berbilang tahun bersama UNICEF bagi menyokong Program Kesaksamaan Gender. 'Power of Radiance Awards' 2021 akan memberi penghormatan kepada Alyona Tkachenko dari Kazakhstan yang telah memberi sumbangan luar biasa untuk menyokong dan memberi akses kepada pendidikan STEM yang berkualiti untuk kanak-kanak perempuan dan wanita muda di negara beliau. Melalui program ini, Clé de Peau Beauté menyasarkan untuk memperkasa kanak-kanak perempuan dan wanita bagi mengambil pendirian yang proaktif bagi mencetuskan perubahan yang positif kepada dunia.

Ms. Alyona Tkachenko, 2021 Award Recipient of the ‘Power of Radiance Awards’
Ms. Alyona Tkachenko, 2021 Award Recipient of the ‘Power of Radiance Awards’

 

The Clé de Peau Beauté 'Power of Radiance Awards'
The Clé de Peau Beauté 'Power of Radiance Awards'

 

Malangnya, akses kepada peluang seringkali bergantung pada latar belakang sosioekonomi, sosial dan komuniti individu. Walau bagaimanapun, peningkatan kemajuan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam bidang STEM dapat membantu melengkapi mereka dengan kemahiran bagi mendapat pekerjaan berpendapatan lebih tinggi pada masa depan dan seterusnya memacu kemajuan sosioekonomi untuk komuniti*. Pendidikan merupakan kunci untuk menyerlahkan potensi diri kanak-kanak perempuan – ia membuka peluang yang tidak terbatas dan dapat menginspirasikan sumbangan yang positif kepada komuniti global. Namun demikian, ramai kanak-kanak perempuan di seluruh dunia dinafikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah ekoran halangan seperti perkahwinan pada usia muda, kemiskinan, diskriminasi dan berat sebelah gender. Akses kepada pendidikan STEM dapat membantu menangani halangan ini dan membolehkan kanak-kanak perempuan menuntut masa depan yang dipilih oleh mereka.

"Sejak Mac 2019, Clé de Peau Beauté meraikan wanita yang telah mengambil tindakan untuk memacu perubahan positif dalam komuniti mereka melalui pendidikan dan pemerkasaan dengan Power of Radiance Awards. Ini merupakan tahun ketiga kami bertuah untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang begitu luar biasa dan saya berbesar hati untuk meraikan penerima anugerah tahun ini, Cik Alyona Tkachenko. Sokongan beliau terhadap pendidikan STEM agar dimasukkan ke dalam kurikulum di Kazakhstan telah menyentuh hati lebih 500,000 orang kanak-kanak perempuan. Pencapaian beliau menjadi bukti terhadap kepercayaan kami bahawa setiap orang mempunyai kuasa untuk mengubah dunia bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga untuk mereka di sekelilingnya," kata Cik Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté.

Cik Alyona Tkachenko merupakan pemula bagi Hour of Code di Kazakhstan, membawa program tersebut ke negara beliau pada tahun 2014 untuk memberi inspirasi kepada pelajar untuk mempelajari pengaturcaraan, terutamanya kanak-kanak perempuan. Alyona telah mendesak untuk menjadikan Hour of Code boleh diakses oleh kanak-kanak perempuan di kawasan bandar mahupun luar bandar dengan bekerjasama bersama kerajaan nasional dan wilayah bagi memperkenalkan program tersebut di sekolah-sekolah di seluruh Kazakhstan. Di luar bidang tugas pendidikan beliau, Alyona telah memanfaatkan latar belakang STEM beliau sendiri untuk bersama-sama menubuhkan Nommi, syarikat baharu kawasan khas mudah alih kendalian Kazakhstan. Kekurangan sambungan boleh memburukkan jurang pendidikan, Nommi ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan internet di mana-mana, terutamanya di kawasan luar bandar. Alyona benar-benar percaya bahawa STEM ialah alat yang sangat penting untuk inovasi dan ingin menggalakkan golongan wanita muda yang lain untuk meneruskannya sebagai suatu bidang pengajian.

"Penglibatan dalam STEM dan mempelajari sisi sains komputer yang berbeza telah membuka banyak peluang dan membolehkan saya merebut peluang menarik yang datang kepada saya. Melalui usaha dan sokongan saya, saya berharap agar dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada orang muda mengenai peluang yang dapat diberikan oleh pendidikan STEM. Impian saya adalah untuk membantu menyediakan alat untuk kanak-kanak perempuan memanfaatkan sepenuhnya potensi diri mereka dan menolak keterbatasan yang dikenakan ke atas mereka, tanpa mengira latar belakang mereka. Penerimaan Power of Radiance Award akan membantu saya mentransformasikan Hour of Code Kazakhstan dan akhirnya memastikan perwakilan kanak-kanak perempuan yang lebih sama rata dalam bidang STEM," kata Cik Tkachenko.

Sebagai penerima 'Power of Radiance Award' bagi tahun 2021, Alyona akan dianugerahkan geran yang boleh didermakan kepada kempen pilihan beliau sendiri bagi meneruskan kerja-kerja beliau yang memberi impak dalam bidang STEM. 'Power of Radiance Awards' dibiayai oleh satu peratus daripada jualan global The Serum Clé de Peau Beauté. Direka untuk membangkitkan Kecerdasan Kulit, iaitu keupayaan kulit untuk membezakan antara rangsangan yang baik dan buruk, The Serum turut mengaktifkan sumber kevitalan dan keserian. Perjalanan Clé de Peau Beauté sebagai penyokong bidang pendidikan bermula dengan impian untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Atas sebab inilah mereka memilih salah satu produk langkah pertama mereka yang paling ikonik, The Serum dan menjanjikan sebahagian daripada jualannya ke arah misi ini.

Kuasa untuk menerangi dunia terletak dalam diri setiap individu dan melalui the 'Power of Radiance Awards', Clé de Peau Beauté berdiri bersama-sama kanak-kanak perempuan dan wanita di seluruh dunia tatkala mereka mentransformasikan dunia buat diri mereka sendiri, keluarga serta komuniti mereka.

*Sumber Maklumat: Stepping Up Women's STEM Careers in Infrastructure (http://documents1.worldbank.org/curated/en/192291594659003586/pdf/An-Overview-of-Promising-Approaches.pdf)

Latar Belakang Alyona Tkachenko

Cik Tkachenko berminat dalam bidang STEM semasa belajar fizik dan matematik serta ketika bekerja dengan syarikat-syarikat teknologi pada peringkat awal kerjaya beliau. Beliau ingin menyebarkan kesedaran dan meluaskan akses kepada pendidikan STEM di negara asal beliau maka beliau bersama-sama menubuhkan Love to Code, sebuah pusat latihan pengaturcaraan untuk kanak-kanak. Semasa menyokong misi Love to Code bagi memberi peluang kepada setiap kanak-kanak di Almaty dan akhirnya di seluruh Kazakhstan untuk belajar mengenai pengekodan, Alyona melancarkan satu inisiatif sosial yang dikenali sebagai Hour of Code Kazakhstan untuk memberi lebih perhatian terhadap subjek pengekodan dan Sains Komputer. Sejak ia mula dilancarkan, program Hour of Code Kazakhstan berkembang daripada 60,000 orang pelajar kepada 350,000 orang menjelang tahun 2019. Program Hour of Code serta merta menjadi inisiatif STEM yang terbesar di Kazakhstan – memperkenalkan lebih 500,000 kanak-kanak perempuan Kazakhstan dengan STEM dan melatih lebih daripada 200 orang guru wanita mengenai kurikulum STEM. Alyona juga bersama-sama menubuhkan Nommi, syarikat baharu sambungan selamat yang dikendalikan oleh Kazakhstan, yang menyediakan data LTE yang pantas untuk pekerja jarak jauh di seluruh dunia. Nommi telah memperluas dan menandatangani perjanjian korporat dengan beberapa Syarikat Fortune 500. Beliau merupakan pengasas teknologi wanita pertama dari Asia Tengah yang dimasukkan ke dalam Senarai Forbes 30 Under 30 Asia (2019).

Latar Belakang Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Cosmetics, ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit yang canggih dari seluruh dunia. Selamanya dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, yang terpancar dari dalam. Boleh didapati di 20 negara dan wilayah seluruh dunia. 

Laman Sesawang Rasmi Clé de Peau Beauté: www.cledepeau-beaute.com

Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Education Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)