omniture

DoktorOnCall Bekerjasama dengan Penggerak Industri Agar Rakyat Mendapat Akses Penjagaan Kesihatan Digital Di Kala Pandemik COVID-19

Great Eastern, Columbia Asia, Hospital Thomson Kota Damansara Tandatangani MOA dengan DoctorOnCall
DoctorOnCall
2021-03-08 12:52 69

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Mac 2021 /PRNewswire/ -- DoctorOnCall, platform kesihatan digital pertama dan terbesar di Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat insurans dan industri kesihatan dalam memastikan rakyat Malaysia diberikan akses digital untuk penjagaan kesihatan di kala meningkatnya kes COVID-19 di Malaysia.

Dato Koh Yaw Hui - Ketua Pegawai Eksekutif  - Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad
Dato Koh Yaw Hui - Ketua Pegawai Eksekutif - Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad

 

Shahrul Azlan Shahriman - Ketua Pegawai Eksekutif -  Great Eastern Takaful Berhad
Shahrul Azlan Shahriman - Ketua Pegawai Eksekutif - Great Eastern Takaful Berhad

Great Eastern Life Malaysia dan Great Eastern Takaful Berhad masing-masing merupakan syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia bekerjasama dengan DoctorOnCall untuk menyenaraikan telekesihatan sebagai faedah pilihan dalam rangkaian produk perubatan mereka.  Dengan kerjasama ini, pelanggan mereka bukan sahaja  boleh mendapat nasihat perubatan dengan doktor, tetapi juga dapat membeli ubat-ubatan secara dalam talian dengan penghantaran percuma. Pelanggan juga boleh membuat janji temu dengan doktor pakar untuk konsultasi dalam talian atau di klinik, di samping menempah slot untuk pemeriksaan di rumah seperti ujian COVID-19 dan pemeriksaan kesihatan, antara lain.

Dato Koh Yaw Hui, Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad  berkata, "Kami berbesar hati mengumumkan kerjasama strategik kami yang sangat tepat pada masanya dengan DoctorOnCall, yang membolehkan kami memberi pelanggan akses kepada penjagaan kesihatan dengan cara yang selamat dan selesa. Kami sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu pelanggan kami pada ketika penjagaan kesihatan sangat penting bagi mereka. Tambahan pula, pelanggan kami juga dapat menikmati tawaran eksklusif berkaitan kesihatan melalui kerjasama ini."

"Penyegeraan penggunaan kad kesihatan digital akan meningkatkan aksesibiliti penjagaan kesihatan di kalangan masyarakat yang kurang disantuni terutama di kawasan-kawasan di mana fasiliti kesihatan adalah terhad. Dengan perkhidmatan telemedicine ini, kami dapat memberikan bantuan kesihatan segera dan lancar untuk memenuhi keperluan pelanggan kami di luar hospital." tambah Shahrul Azlan Shahriman, Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Berhad.

Kesihatan Digital sebagai model perniagaan telah menganjak paradigma industri penjagaan kesihatan. Institusi kesihatan memainkan peranan utama dalam kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat di mana mereka mempunyai peranan lebih penting untuk terus kekal beroperasi sambil memberikan perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada pesakit mereka. Bagi mereka, untuk terus bergerak seiring dengan perkembangan teknologi yang pesat, melayani pesakit dan menjawab kepada pihak-pihak yang berkepentingan kepada mereka, hospital kini menyertai trend global dalam menawarkan khidmat telekesihatan dalam usaha mereka untuk melayani pesakit mereka dengan lebih baik dengan memastikan akses kepada rawatan perubatan setiap waktu. Hospital Thomson Kota Damansara dan Columbia Asia juga telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan DoctorOnCall dalam usaha memberikan akses segera kepada pesakit melalui Platform Kesihatan Digital DoctorOnCall.

Nadiah Wan, Ketua Pegawai Eksekutif Thomson Hospital Kota Damansara berkata "Dengan DoctorOnCall yang memperkasakan lagi platform telehealth Thomson Hospital Online kami, kami dapat mengintegrasikan perkhidmatan penjagaan kesihatan kami dari perkhidmatan perundingan dan kaunseling hinggalah kepada pemberian preskripsi dan penjualan produk. Kami percaya bahawa wabak ini telah mempercepatkan transformasi digital dalam penjagaan kesihatan. Dengan DoctorOnCall dan rakan-rakan lain, kami akan terus berinovasi dan membina Thomson Hospital Online untuk memperluas akses dan menyediakan lebih banyak perkhidmatan kesihatan berdasarkan permintaan kepada pelanggan kami."

"Manfaat terbesar Penjagaan Kesihatan Dalam Talian adalah kemampuan untuk memberikan akses segera kepada rawatan yang sebelum ini amat sukar untuk diperolehi. Acapkali, telekesihatan memberikan pilihan alternatif bagi pesakit dan pengamal untuk tetap berhubung untuk mengadakan temujanji atau untuk pesakit menerima lawatan dari pakar yang biasanya tidak dapat mereka lakukan." kata Maran Virumandi, Pengarah Urusan & Pengasas Bersama DoctorOnCall.

Hazwan Najib, Pengasas & Pengarah Bersama DoctorOnCall juga mengulas bahawa "Malaysia ketinggalan 5 hingga 10 tahun dalam bidang telekesihatan berbanding dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat, India dan China, tetapi kami bekerjasama dengan pihak-pihal berkepentingan dalam industri, seperti Great Eastern, Columbia Asia dan Hospital Thomson Kota Damansara untuk menutup jurang itu dan menjadi peneraju dalam penjagaan kesihatan digital. Sebagai platform dalam talian, kami mengutamakan keselamatan pengguna kami dengan berkolaborasi dengan pihak hospital dan pakar kesihatan profesional termasuk doktor dan ahli farmasi, untuk memastikan kepatuhan kepada Prosedur Operasi Standard yang ketat dan memberikan mutu penjagaan yang setinggi mungkin."

DoctorOnCall kini menantikan lebih banyak jalinan kerjasama pada tahun 2021, dengan sasaran untuk memperoleh lebih banyak bahagian pasaran.

Mengenai DoctorOnCall

DoctorOnCall adalah platform kesihatan digital pertama dan terbesar di Malaysia dengan 2 juta rakyat Malaysia mengunjungi laman web kami untuk perundingan telekesihatan, farmasi dalam talian, penghantaran ubat, kandungan kesihatan, doktor dan perkhidmatan tempahan pakar. Sejak ditubuhkan pada tahun 2016, DoctorOnCall telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat insurans utama, agensi pihak ketiga, hospital, farmasi dan syarikat-syarikat. Ini termasuk Prudential, Zurich, Allianz, Great Eastern, Caring Pharmacy, TMC Life Sciences dan Columbia Asia Hospital antara lain. Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi kami di https://www.doctoroncall.com.my/

Source: DoctorOnCall
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Health Insurance Insurance Multimedia/Online/Internet Contracts Licensing/marketing agreements