omniture

"Sheroes" XCMG Cabar Jurang Jantina dengan Berkongsi Kisah Mereka yang Memberi Inspirasi

XCMG
2021-03-09 01:36 113

XUZHOU, China, 9 Mac 2021 /PRNewswire/ -- XCMG (000425.SZ) meraikan Hari Wanita Antarabangsa dengan acara istimewa selama seminggu yang bertemakan "She Defines". Wira-wira wanita dari R&D, pejabat-pejabat jualan serantau dan barisan hadapan pengeluaran berkongsi kisah-kisah yang menginspirasi mengenai pertumbuhan peribadi mereka, menekankan kepelbagaian dan semangat ketahanan wanita-wanita XCMG.

Mencabar Jurang Jantina: "Sheroes" XCMG Bercerita Kisah Yang Memberi Inspirasi.
Mencabar Jurang Jantina: "Sheroes" XCMG Bercerita Kisah Yang Memberi Inspirasi.

"'Sheroes' XCMG mencetus perbincangan yang mendalam dan meliputi topik seperti pembangunan kerjaya wanita, pencarian emosi, keupayaan dan nilai peribadi serta impian dalam era baharu ini. Di XCMG, kami menekankan kepelbagaian dan komited untuk membina budaya yang inklusif yang melayani setiap pekerja dengan setara, dan kami berbesar hati memiliki ramai wanita berbakat yang memberi inspirasi menangani jurang jantina dan bekerja dalam industri jentera pembinaan ini," kata Li Ge, Naib Setiausaha XCMG Construction Machinery Co. Ltd.

Song Yu: Wanita Kenal Mekanik

Song Yi, seorang penyelidik dengan XCMG Mining and Tunneling Machinery, mengetuai projek mesin pengorek pintar kelas atasan siri E dan R&D kren monorail dalam tahun 2020. Pasukan beliau menyelesaikan beberapa masalah yang menyesakkan dan memohon untuk lebih daripada 10 paten. Kren monorail menandakan pencapaian baharu dalam sektor perlombongan dan terowong XCMG.

"Seorang yang berkebolehan tidak mencukupi. Hanya dengan membina pasukan yang bagus, kita boleh mendapat kekuatan yang luar biasa," kata Song.

Wang Xinyao: Perempuan Tidak Hanya Bermain dengan Anak Patung

Wang Xinyao memasuki kilang penyalutan XCMG sembilan tahun lalu dan meluangkan siang dan malam yang tidak terkira banyaknya untuk menyempurnakan kemahiran beliau. Kini, tulang belakang teknikal dalam penyiapan jentera, Wang mempunyai 100 peratus kadar lulus pemeriksaan pertama dan telah dikecualikan daripada pemeriksaan oleh kilang.

"Perempuan hebat tidak menangis dan kami menyiapkan tugasan kami. Kren kami bukan hanya mudah digunakan, juga mempunyai reka bentuk yang cantik," kata Wang.

Amanda Machado: Motivasi diri dan Mencabar Batasan

Amanda menyertai XCMG Brazil dalam tahun 2011 apabila beliau mengetahui tentang pembinaan kilang XCMG di kampung halamannya, Pouso Alegre. Beliau merupakan pekerja tempatan pertama dan telah dinaikkan pangkat dari meja penyambut tetamu ke pengurus akaun utama. Dalam tahun 2018, perniagaan tawaran dan bidaan pasukan jualan menyumbang 60 peratus daripada jumlah pendapatan jualan, dan beliau telah dinamakan 10 pekerja Terbaik untuk tujuh tahun berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.xcmg.com, atau halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation Women-related news