omniture

Peneraju Pasaran Perundingan PPM Pengoptimuman Projek Perusahaan BPM Vision Perluasan Jejak di Asia dengan Pejabat baru di Malaysia

BPM Vision Pty Ltd.
2021-03-09 07:25 86

MELBOURNE, Australia, 9 Mac 2021 /PRNewswire/ -- BPM Vision terus memperluaskan jejaknya di rantau Asia Pasifik melalui pengumuman mengenai pejabat barunya yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ibu pejabat utama terletak di Melbourne, Australia. BPM Vision mempunyai pejabat-pejabat sedia ada seperti negara di Singapura, Filipina, Hong Kong dan kini Malaysia.

Sejak penubuhannya pada tahun 2008, BPM Vision berperanan besar dalam menyumbang kejayaan kepada berpuluh-puluh pelaksanaan HP PPM/ Micro Focus PPM di seluruh rantau Asia Pasifik dalam pelbagai industri merangkumi sektor-sektor komersial dan kerajaan, termasuk Perkhidmatan Kewangan, Peruncitan, Tenaga, Pendidikan dan Infrastruktur untuk membawa penghasilan yang cemerlang kepada logo-logo global yang diiktiraf.

BPM Vision juga dianggotai, golongan profesional global yang telah banyak syarikat-syarikat korporat terbesar di seluruh dunia, manfaat hasil daripada amalan Pengurusan Portfolio Projek (PPM) yang cemerlang.

"Para eksekutif harus mempelajari teknologi yang dapat mengimbangi pelaburan yang tidak menguntungkan daripada penyampaian projek yang tidak cekap," tegas Gaurav Ahuja, yang merupakan Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif BPM Vision. " Hampir 80-90% daripada pelaburan disalurkan kepada program transformasi dan perubahan. Organisasi-organisasi harus mencari dan mengalihkan simpanan bagi mempercepatkan pendigitan dan tadbir urus dengan satu platform yang holistik. PPM memberi  10-15% daripada lebihan keuntungan bersih kepada keuntungan bersih sebagai penambahan untuk membina PMO bersepadu untuk keupayaan yang strategik. PPM memudahkan tahap unit perniagaan, pengurusan sumber dan permintaan, dengan pelaporan peringkat program bagi membantu menyampaikan projek air terjun tangkas malah kontemporari secara berterusan."

Puneet Singh Sodhi, Pengasas dan Pengarah Urusan BPM Vision menyatakan, "Dalam persekitaran yang dinamik dan disruptif pada hari ini, wajar untuk organisasi-organisasi menyelaraskan semua pelaburan mereka secara strategik dengan objektif perniagaan. Amat penting agar mereka mengukur kejayaan terhadap nilai yang dibawa oleh pelaburan ini. BPM Vision berbangga dapat menyampaikan hasil yang disebutkan di atas kepada pelanggan dengan PPM menjadi sumber kebenaran tunggal bagi melaksanakan strategi mereka dengan lebih berkesan."

Era COVID dengan sekatan perjalanan dan tahap jarak sosial yang pelbagai menjadikannya lebih penting untuk memanfaatkan Micro Focus PPM bagi tujuan pengurusan portfolio projek yang berkesan. Penyelesaian PPM perusahaan membolehkan para eksekutif menerima amalan peralihan industri dan mempelajari cara penyelesaian awan bukan sahaja untuk melaksanakan tugas harian dengan berkesan, tetapi juga memberi lebih kebolehlihatan melalui pelaporan yang tepat pada masanya, jitu dan bersepadu dalam seluruh rantaian nilai.

Micro Focus PPM ialah penyelesaian teknologi digital yang berkesan, dikuasakan oleh salah satu enjin pengurusan aliran kerja yang paling hebat di dunia yang membolehkan logik perniagaan mengautomasikan langkah-langkah proses bagi membantu mengintegrasikan rantaian nilai organisasi. Anggota pasukan boleh berkolaborasi dengan lebih baik dan bahagian pengurusan boleh mendapat pandangan hebat pada peringkat program dan portfolio demi pengurangan risiko dan membuat keputusan yang lebih cepat. 

Latar Belakang BPM Vision 

BPM Vision ialah rakan kongsi Emas Micro Focus Inc, dan penyedia yang terkemuka bagi perkhidmatan Pengurusan Portfolio Projek (PPM), Pengurusan Perniagaan Teknologi (TBM) dan Pejabat Pengurusan Projek (PMO) di rantau Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut mengenai BPM Vision atau bagi mengatur demonstrasi PPM diperibadikan, sila kunjungi www.bpmvision.com.au.

 

Source: BPM Vision Pty Ltd.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Retail Utilities Corporate Expansion