omniture

WeLab selesaikan penutupan awal pendanaan Siri C-1 awal, dipimpin oleh Allianz X untuk US$75 juta dan umum perkongsian strategik

WeLab
2021-03-09 13:13 202
  • Tumpuan WeLab ke atas teknologi dan inovasi dalam membina platform perkhidmatan kewangan digital pan-Asia melengkapkan strategi pengembangan Allianz bersama rakan kongsi bertumpu teknologi di rantau berkenaan
  • Allianz dan WeLab memeterai perkongsian strategik dengan rancangan untuk membangunkan dan mengedarkan penyelesaian pelaburan serta insurans
  • WeLab Bank dan Allianz Global Investors (AllianzGI) berhasrat untuk memeterai kerjasama strategik untuk pengurusan kekayaan digital dan perkhidmatan kewangan. Sebaik sahaja dilaksanakan, WeLab Bank akan menjadi bank digital pertama menggunakan teknologi penasihat teknologi kekayaan ini di Asia

HONG KONG, 9 Mac 2021 /PRNewswire/ -- WeLab, sebuah syarikat teknologi kewangan yang terkemuka di Asia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan penutupan awal pendanaan Siri C-1, dipimpin oleh Allianz X untuk US$75 juta. Allianz X ialah unit pelaburan digital Allianz Group yang berpangkalan di Jerman, salah sebuah syarikat insurans dan pengurus aset terbesar di dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 2013, WeLab telah mengumpul pembiayaan strategik sebanyak lebih daripada US$600 juta daripada pelabur-pelabur yang paling terkenal di dunia. WeLab dan Allianz juga telah memeterai perkongsian strategik untuk memacu kolaborasi teknologi kewangan dalam seluruh landskap perkhidmatan kewangan Asia. Pendanaan baharu ini, berserta perkongsian dengan Allianz akan meningkatkan pemecutan strategi pertumbuhan pan-Asia dan pengembangan perkhidmatan kewangan digital WeLab.

WeLab selesaikan penutupan awal pendanaan Siri C-1 awal, dipimpin oleh Allianz X untuk US$75 juta dan umum perkongsian strategik
WeLab selesaikan penutupan awal pendanaan Siri C-1 awal, dipimpin oleh Allianz X untuk US$75 juta dan umum perkongsian strategik

WeLab mengendalikan pelbagai perkhidmatan kewangan dalam talian dengan kedudukan yang utama di Hong Kong, Tanah Besar China dan Indonesia termasuk perniagaan perbankan digital dan kewangan pengguna, dengan hampir 50 juta pengguna individu dan lebih 600 pelanggan perusahaan. Ketika Asia menuju revolusi perbankan digital dan banyak negara di rantau berkenaan sedang dalam proses mengkaji atau melaksanakan kerangka perbankan digital. WeLab mendahului keluk, menerajui era baharu pengendalian perbankan WeLab Bank di Hong Kong — salah sebuah bank digital berlesen penuh yang pertama di Asia sejak memperoleh lesennya pada awal tahun 2019. Dengan pengetahuan pasaran yang unik dan jaringan yang luas, WeLab berada di kedudukan sempurna dalam perkongsian strategik bersama Allianz ini untuk memanfaatkan peluang luas di Asia yang mana saiz pasaran boleh tangani keseluruhan untuk perkhidmatan kewangan mencecah hampir US$3 trilion dalam pendapatan tahunan.

WeLab telah meraih pencapaian penting dalam era COVID yang semakin berciri digital

Dalam era COVID, pasaran tersebut berkembang pesat, dengan penggunaan digital yang dipercepatkan sebagai salah satu hasilnya. Pandemik ini telah mengubah tabiat wang orang ramai dalam seluruh perjalanan kewangan mereka. Lonjakan penggunaan perkhidmatan digital memberi kekuatan kepada WeLab dalam perkhidmatan teknologi kewangan. WeLab bangkit dengan lebih kuat daripada pandemik ini dengan pelbagai perniagaan meraih pencapaian penting pada tahun lalu. Sebagai contoh:

  • Didorong oleh peningkatan penggunaan digital dalam perkhidmatan kewangan dalam talian, kumpulan pengguna WeLab meningkat sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya, menambah sekitar 10 juta pengguna kepada kumpulan pengguna dengan 50 juta pengguna masa kini, pertumbuhan pengguna yang terbesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini;
  • Melancarkan bank digital-sahaja semasa gelombang ketiga pandemik di Hong Kong terbukti sangat tepat pada masanya, dengan WeLab Bank memperoleh daya tarikan yang kuat sepanjang 6 bulan pertama operasinya;
  • WeLend, platform pemberian pinjaman dalam talian tulen yang terbesar di Hong Kong, mengatasi pasaran sebanyak 70% semasa tahun berkenaan bagi mencapai jumlah jualan tinggi mencatat rekod sepanjang masa, ketika waktu operasi cawangan biasa dan model perniagaan terjejas teruk;
  • Platform penyelesaian perusahaan B2B WeLab di Tanah Besar China menggandakan bilangan rakan niaga daripada 300 menjadi lebih 600 ketika institusi kewangan beralih ke arah perkhidmatan kewangan dalam talian;
  • Di Indonesia, platform pemberian pinjaman mudah alih Maucash terus berkembang dengan peningkatan pengiktirafan jenama dan populariti perkhidmatan kewangan dalam talian di Indonesia, mencapai pertumbuhan volum lebih 6x berbanding tahun sebelumnya.

Perkongsian akan mempercepatkan pertumbuhan jejak perkhidmatan kewangan pan-Asia WeLab

Menerusi pusingan pelaburan dan kerjasama baharu ini, WeLab bermatlamat untuk menggabungkan keupayaan teknologi perbankan digitalnya yang canggih dan pengetahuan pasaran dengan kepakaran Allianz dalam insurans serta pengurusan aset, kedua-dua rakan kongsi tersebut menyasarkan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan orang ramai secara holistik. Kerjasama strategik yang lebih luas antara WeLab dan Allianz akan terus berkembang dari masa ke masa dan mencakupi dua bidang utama:

  1. Pelancaran pengurusan kekayaan digital perintis di Asia: WeLab Bank dan Allianz Global Investors (AllianzGI) berhasrat untuk memeterai satu kerjasama strategik dalam pengurusan kekayaan digital dan perkhidmatan kewangan. WeLab Bank berusaha untuk membangunkan dan mengedarkan penyelesaian pengurusan kekayaan digital bersama AllianzGI, pengurus aset global di bawah Allianz, dengan aset bawah pengurusan mencecah lebih EUR 582 bilion*. Ini akan menyasarkan untuk merapatkan jurang keperluan pelaburan tidak dipenuhi yang signifikan di Asia, rantau yang mana hanya 27% daripada penduduknya menggunakan penasihat kewangan, seraya menghasilkan jumlah penduduk tidak mendapat nasihat yang agak besar iaitu lebih 3.4 bilion. Sebaik sahaja dilaksanakan, WeLab Bank akan menjadi bank digital pertama yang menggunakan teknologi penasihat teknologi kekayaan ini di Asia. Rancangannya adalah untuk melancarkan perkhidmatan pengurusan kekayaan ini kepada pelanggan digital baharu di Hong Kong dan kemudiannya ke Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau (GBA), melalui Wealth Management Connect, mencapai 72 juta penduduk di salah satu megalopolis yang paling kaya di dunia.

  2. Pasaran baharu dan produk baharu: pembangunan dan pengedaran penyelesaian pelaburan serta insurans. WeLab menyedari adanya peluang untuk memperluaskan skop penawaran perkhidmatan kewangan serantau ke pasaran-pasaran lain di tempat Allianz beroperasi. Sebagai contoh, dalam ekonomi Asia Tenggara digital yang berkembang pesat, terdapat kira-kira 400 juta pengguna internet aktif, namun lebih 70% daripada jumlah penduduk sama ada tidak mendapat akses kepada perkhidmatan bank (unbanked) atau tidak mendapat akses yang mencukupi kepada perkhidmatan bank (underbanked). Justeru itu, terdapat banyak potensi untuk memperluaskan kerjasama berkenaan. Kedua-dua syarikat meninjau peluang untuk menawarkan produk pelaburan digital dan insurans baharu di rantau berkenaan, menggabungkan kepakaran Allianz dalam pelaburan dan insurans serta jaringan pelanggan dan teknologi WeLab.

Simon Loong, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WeLab, berkata, "Kami teruja untuk mengalu-alukan Allianz sebagai pelabur dan rakan kongsi strategik ke dalam WeLab Group. Kami melihat peluang ini sebagai perkongsian 4-hala yang pertama dalam pasaran yang mana terdapat banyak sinergi antara WeLab, selaku peneraju teknologi kewangan dan perintis dalam perbankan digital serta Allianz, selaku syarikat insurans dan pengurus aset global. Lebih penting lagi, kedua-dua syarikat berkongsi visi untuk menyampaikan penyelesaian teknologi yang canggih kepada pelanggan di Asia. Hari ini, kami mengumumkan kedua-dua pusingan pendanaan baharu dan perkongsian strategik dalam teknologi kekayaan dan perbankan di WeLab Bank. Kami berharap dapat memperluaskan kehadiran geografi WeLab dan membawa teknologi kami ke dalam pasaran baharu ini bersama Allianz. Kami akan mempercepatkan pengambilan pekerja kami tahun ini, menyasarkan untuk menambah sekitar 100 orang pekerja, memandangkan pelaburan dalam kakitangan dan budaya akan menjadi kunci untuk menyokong pertumbuhan masa depan." 

Nazim Cetin, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz X, berkata, "Dalam tempoh masa yang agak singkat, WeLab telah membina platform yang hebat untuk perkhidmatan kewangan digital dan mencapai akses yang cemerlang untuk pelanggan peruncit dan perniagaan di Asia, rantau yang memiliki kepentingan strategik buat Allianz. Platform teknologi berprestasi tinggi WeLab khususnya, menjadikannya teknologi kewangan yang unik dalam pasaran Asia. Pelaburan dalam WeLab merupakan satu pelaburan yang cerah untuk Allianz baik dari segi ekonomi mahupun strategi. Kami berharap dapat memanfaatkan perkongsian strategik kami bersama WeLab dan potensi perniagaan di rantau ini."

Desmond Ng, Ketua Asia Pasifik di Allianz Global Investors, berkata, "Asia merupakan tumpuan beberapa pasaran pengurusan kekayaan dan perbankan yang paling dinamik di dunia. Hong Kong khususnya, merupakan pasaran yang signifikan buat kami. Dengan deposit bank per kapita kedua tertinggi di dunia, ia merupakan pasaran pengurusan kekayaan yang sangat menarik. Kerjasama strategik yang berpotensi bersama WeLab membawa peluang yang menarik untuk Allianz Global Investors sebagai bahagian yang penting dalam strategi pertumbuhan kami di Asia."

Pelabur-pelabur sedia ada turut mengambil bahagian dalam pusingan ini, seraya mencerminkan keyakinan mereka yang berterusan terhadap WeLab. Pusingan Siri C-1 tetap diteruskan, dengan penutupan terakhir dijangka dalam bulan-bulan akan datang.

Latar Belakang WeLab

WeLab, sebuah syarikat teknologi kewangan yang terkemuka di Asia, mengendalikan salah sebuah bank digital berlesen yang pertama di Asia - WeLab Bank, serta pelbagai perkhidmatan kewangan dalam talian dengan kedudukan yang utama di Hong Kong, Tanah Besar China dan Indonesia, mempunyai hampir 50 juta pengguna individu dan lebih 600 pelanggan perusahaan. WeLab menggunakan teknologi pengubah keadaan bagi membantu pelanggan mengakses kredit, menyimpan wang dan menikmati perjalanan kewangan mereka.

Dikuasakan oleh teknologi pengurusan risiko proprietari, teknik pengkomputeran privasi berpaten dan keupayaan AI canggih, WeLab menawarkan penyelesaian pembiayaan pengguna berasaskan mudah alih dan perkhidmatan perbankan digital kepada kepada individu peruncit dan penyelesaian teknologi kepada pelanggan perusahaan.

WeLab beroperasi dalam tiga pasaran di bawah tujuh jenama utama termasuk WeLend dan WeLab Bank di Hong Kong, WeLab Digital (我来数科), Taoxinji (淘新机), Wallet Gugu (钱夹谷谷) dan Tianmian Tech (天冕科技) di Tanah Besar China dan Maucash di Indonesia.

WeLab disokong oleh pelabur-pelabur yang paling terkenal termasuk Allianz, China Construction Bank International, International Finance Corporation (ahli World Bank Group), dana kekayaan berdaulat Malaysia Khazanah Nasional Berhad, TOM Group CK Hutchison dan Sequoia Capital.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai WeLab, sila kunjungi: www.welab.co, atau ikuti WeLab di LinkedIn dan Facebook.

Latar Belakang Allianz X

Allianz X melabur dalam peneraju digital dalam ekosistem yang relevan dengan insurans serta pengurusan kekayaan. Sebagai salah satu tonggak dalam strategi transformasi digital Allianz Group, Allianz X menyediakan antara muka antara Entiti Operasi Allianz dan ekosistem digital yang lebih luas, mendayakan perkongsian kolaboratif dalam teknologi insurans, teknologi kewangan dan selanjutnya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.allianzx.com/.

Latar Belakang Allianz Global Investors

Allianz Global Investors ialah pengurus aset aktif terkemuka dengan lebih 700 ahli profesional pelaburan dalam 25 pejabat di seluruh dunia dan mengurus aset bernilai EUR 582 bilion untuk individu, keluarga dan juga institusi*.

Kami melihat pelaburan sebagai satu perjalanan dan kami berusaha mencipta nilai untuk pelanggan kami dalam setiap langkahnya. Kami melabur untuk tempoh jangka panjang, memanfaatkan keupayaan pelaburan dan risiko global kami serta kepakaran pelaburan mampan bagi mencipta penyelesaian inovatif yang dapat menjangkakan keperluan masa depan. Kami percaya dengan penyelesaian dan bukan penjualan – matlamat kami adalah untuk meningkatkan pengalaman pelaburan untuk pelanggan, di mana-mana mereka berada dan apapun objektif pelaburan mereka.

Aktif ialah: Allianz Global Investors
*Sumber: Allianz Global Investors. Data setakat 31 Disember 2020

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

WeLab:
Pasukan Komunikasi Korporat WeLab
Tel: +852 6214 4734
Emel: pr@welab.co

Allianz X:
Gregor Wills
Tel: +49 89 3800 61313
Emel: gregor.wills@allianz.com

Source: WeLab
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Venture Capital Financial Technology