HONG KONG, 9 Mac 2021 /PRNewswire/ -- WeLab, sebuah syarikat teknologi kewangan yang terkemuka di Asia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan penutupan awal pendanaan Siri C-1, dipimpin oleh Allianz X untuk US$75 juta. Allianz X ialah unit pelaburan digital Allianz Group yang berpangkalan di Jerman, salah sebuah syarikat insurans dan pengurus aset terbesar di dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 2013, WeLab telah mengumpul pembiayaan strategik sebanyak lebih daripada US$600 juta daripada pelabur-pelabur yang paling terkenal di dunia. WeLab dan Allianz juga telah memeterai perkongsian strategik untuk memacu kolaborasi teknologi kewangan dalam seluruh landskap perkhidmatan kewangan Asia. Pendanaan baharu ini, berserta perkongsian dengan Allianz akan meningkatkan pemecutan strategi pertumbuhan pan-Asia dan pengembangan perkhidmatan kewangan digital WeLab.
WeLab selesaikan penutupan awal pendanaan Siri C-1 awal, dipimpin oleh Allianz X untuk US$75 juta dan umum perkongsian strategik
WeLab mengendalikan pelbagai perkhidmatan kewangan dalam talian dengan kedudukan yang utama di Hong Kong, Tanah Besar China dan Indonesia termasuk perniagaan perbankan digital dan kewangan pengguna, dengan hampir 50 juta pengguna individu dan lebih 600 pelanggan perusahaan. Ketika Asia menuju revolusi perbankan digital dan banyak negara di rantau berkenaan sedang dalam proses mengkaji atau melaksanakan kerangka perbankan digital. WeLab mendahului keluk, menerajui era baharu pengendalian perbankan WeLab Bank di Hong Kong — salah sebuah bank digital berlesen penuh yang pertama di Asia sejak memperoleh lesennya pada awal tahun 2019. Dengan pengetahuan pasaran yang unik dan jaringan yang luas, WeLab berada di kedudukan sempurna dalam perkongsian strategik bersama Allianz ini untuk memanfaatkan peluang luas di Asia yang mana saiz pasaran boleh tangani keseluruhan untuk perkhidmatan kewangan mencecah hampir US$3 trilion dalam pendapatan tahunan.
WeLab telah meraih pencapaian penting dalam era COVID yang semakin berciri digital
Dalam era COVID, pasaran tersebut berkembang pesat, dengan penggunaan digital yang dipercepatkan sebagai salah satu hasilnya. Pandemik ini telah mengubah tabiat wang orang ramai dalam seluruh perjalanan kewangan mereka. Lonjakan penggunaan perkhidmatan digital memberi kekuatan kepada WeLab dalam perkhidmatan teknologi kewangan. WeLab bangkit dengan lebih kuat daripada pandemik ini dengan pelbagai perniagaan meraih pencapaian penting pada tahun lalu. Sebagai contoh:
Perkongsian akan mempercepatkan pertumbuhan jejak perkhidmatan kewangan pan-Asia WeLab
Menerusi pusingan pelaburan dan kerjasama baharu ini, WeLab bermatlamat untuk menggabungkan keupayaan teknologi perbankan digitalnya yang canggih dan pengetahuan pasaran dengan kepakaran Allianz dalam insurans serta pengurusan aset, kedua-dua rakan kongsi tersebut menyasarkan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan orang ramai secara holistik. Kerjasama strategik yang lebih luas antara WeLab dan Allianz akan terus berkembang dari masa ke masa dan mencakupi dua bidang utama:
Simon Loong, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WeLab, berkata, "Kami teruja untuk mengalu-alukan Allianz sebagai pelabur dan rakan kongsi strategik ke dalam WeLab Group. Kami melihat peluang ini sebagai perkongsian 4-hala yang pertama dalam pasaran yang mana terdapat banyak sinergi antara WeLab, selaku peneraju teknologi kewangan dan perintis dalam perbankan digital serta Allianz, selaku syarikat insurans dan pengurus aset global. Lebih penting lagi, kedua-dua syarikat berkongsi visi untuk menyampaikan penyelesaian teknologi yang canggih kepada pelanggan di Asia. Hari ini, kami mengumumkan kedua-dua pusingan pendanaan baharu dan perkongsian strategik dalam teknologi kekayaan dan perbankan di WeLab Bank. Kami berharap dapat memperluaskan kehadiran geografi WeLab dan membawa teknologi kami ke dalam pasaran baharu ini bersama Allianz. Kami akan mempercepatkan pengambilan pekerja kami tahun ini, menyasarkan untuk menambah sekitar 100 orang pekerja, memandangkan pelaburan dalam kakitangan dan budaya akan menjadi kunci untuk menyokong pertumbuhan masa depan."
Nazim Cetin, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz X, berkata, "Dalam tempoh masa yang agak singkat, WeLab telah membina platform yang hebat untuk perkhidmatan kewangan digital dan mencapai akses yang cemerlang untuk pelanggan peruncit dan perniagaan di Asia, rantau yang memiliki kepentingan strategik buat Allianz. Platform teknologi berprestasi tinggi WeLab khususnya, menjadikannya teknologi kewangan yang unik dalam pasaran Asia. Pelaburan dalam WeLab merupakan satu pelaburan yang cerah untuk Allianz baik dari segi ekonomi mahupun strategi. Kami berharap dapat memanfaatkan perkongsian strategik kami bersama WeLab dan potensi perniagaan di rantau ini."
Desmond Ng, Ketua Asia Pasifik di Allianz Global Investors, berkata, "Asia merupakan tumpuan beberapa pasaran pengurusan kekayaan dan perbankan yang paling dinamik di dunia. Hong Kong khususnya, merupakan pasaran yang signifikan buat kami. Dengan deposit bank per kapita kedua tertinggi di dunia, ia merupakan pasaran pengurusan kekayaan yang sangat menarik. Kerjasama strategik yang berpotensi bersama WeLab membawa peluang yang menarik untuk Allianz Global Investors sebagai bahagian yang penting dalam strategi pertumbuhan kami di Asia."
Pelabur-pelabur sedia ada turut mengambil bahagian dalam pusingan ini, seraya mencerminkan keyakinan mereka yang berterusan terhadap WeLab. Pusingan Siri C-1 tetap diteruskan, dengan penutupan terakhir dijangka dalam bulan-bulan akan datang.
Latar Belakang WeLab
WeLab, sebuah syarikat teknologi kewangan yang terkemuka di Asia, mengendalikan salah sebuah bank digital berlesen yang pertama di Asia - WeLab Bank, serta pelbagai perkhidmatan kewangan dalam talian dengan kedudukan yang utama di Hong Kong, Tanah Besar China dan Indonesia, mempunyai hampir 50 juta pengguna individu dan lebih 600 pelanggan perusahaan. WeLab menggunakan teknologi pengubah keadaan bagi membantu pelanggan mengakses kredit, menyimpan wang dan menikmati perjalanan kewangan mereka.
Dikuasakan oleh teknologi pengurusan risiko proprietari, teknik pengkomputeran privasi berpaten dan keupayaan AI canggih, WeLab menawarkan penyelesaian pembiayaan pengguna berasaskan mudah alih dan perkhidmatan perbankan digital kepada kepada individu peruncit dan penyelesaian teknologi kepada pelanggan perusahaan.
WeLab beroperasi dalam tiga pasaran di bawah tujuh jenama utama termasuk WeLend dan WeLab Bank di Hong Kong, WeLab Digital (我来数科), Taoxinji (淘新机), Wallet Gugu (钱夹谷谷) dan Tianmian Tech (天冕科技) di Tanah Besar China dan Maucash di Indonesia.
WeLab disokong oleh pelabur-pelabur yang paling terkenal termasuk Allianz, China Construction Bank International, International Finance Corporation (ahli World Bank Group), dana kekayaan berdaulat Malaysia Khazanah Nasional Berhad, TOM Group CK Hutchison dan Sequoia Capital.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai WeLab, sila kunjungi: www.welab.co, atau ikuti WeLab di LinkedIn dan Facebook.
Latar Belakang Allianz X
Allianz X melabur dalam peneraju digital dalam ekosistem yang relevan dengan insurans serta pengurusan kekayaan. Sebagai salah satu tonggak dalam strategi transformasi digital Allianz Group, Allianz X menyediakan antara muka antara Entiti Operasi Allianz dan ekosistem digital yang lebih luas, mendayakan perkongsian kolaboratif dalam teknologi insurans, teknologi kewangan dan selanjutnya.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.allianzx.com/.
Latar Belakang Allianz Global Investors
Allianz Global Investors ialah pengurus aset aktif terkemuka dengan lebih 700 ahli profesional pelaburan dalam 25 pejabat di seluruh dunia dan mengurus aset bernilai EUR 582 bilion untuk individu, keluarga dan juga institusi*.
Kami melihat pelaburan sebagai satu perjalanan dan kami berusaha mencipta nilai untuk pelanggan kami dalam setiap langkahnya. Kami melabur untuk tempoh jangka panjang, memanfaatkan keupayaan pelaburan dan risiko global kami serta kepakaran pelaburan mampan bagi mencipta penyelesaian inovatif yang dapat menjangkakan keperluan masa depan. Kami percaya dengan penyelesaian dan bukan penjualan – matlamat kami adalah untuk meningkatkan pengalaman pelaburan untuk pelanggan, di mana-mana mereka berada dan apapun objektif pelaburan mereka.
Aktif ialah: Allianz Global Investors
*Sumber: Allianz Global Investors. Data setakat 31 Disember 2020
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
WeLab:
Pasukan Komunikasi Korporat WeLab
Tel: +852 6214 4734
Emel: pr@welab.co
Allianz X:
Gregor Wills
Tel: +49 89 3800 61313
Emel: gregor.wills@allianz.com