PERTH, Australia, 9 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Centre of Decommissioning Australia (CODA) telahpun dilancarkan secara rasmi hari ini, menandakan usaha kolaboratif yang amat diperlukan untuk mengatasi cabaran dan memaksimumkan peluang penyahtauliahan infrastruktur minyak dan gas Australia yang semakin berusia.
Untuk dilancarkan secara rasmi di persidangan AOG Energy, CODA ditubuhkan oleh National Energy Resources Australia (NERA) yang berpangkalan di Perth, organisasi bukan untung diterajui industri yang ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai sebahagian daripada inisiatif Pusat Pertumbuhan Industri Kerajaan Persekutuan, dengan matlamat untuk memacu inovasi, produktiviti dan meningkatkan daya saing dalam sektor sumber tenaga.
Menerusi langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini, CODA menghimpunkan banyak syarikat minyak dan gas utama di dunia iaitu Chevron, Woodside Energy, Santos Limited, Esso Australia Pty Ltd, Vermilion Oil and Gas Australia dan BHP selain banyak organisasi perkhidmatan dan penyelidikan yang terkemuka seperti Baker Hughes, Atteris, Linch-Pin, AGR, Curtin University dan Xodus Group.
Menteri Persekutuan untuk Sumber, Air dan Ahli Parlimen Australia Utara Keith Pitt hari ini mengalu-alukan penubuhan badan penyahtauliahan baharu itu.
"Tahniah diucapkan kepada NERA atas penubuhan Centre of Decommissioning Australia. Kita semua ingin memastikan agar kita mempunyai kerangka pengawalseliaan mantap dan agar industri minyak dan gas luar pesisir dapat mengurus cabaran penyahtauliahan masa kini dan masa akan datang."
Menteri Perlombongan dan Petroleum WA, Bill Johnston MLA, mengulangi pesanan Menteri Pitt.
"Australia Barat sudahpun menjadi hab global untuk sektor minyak dan gas, menyumbang sebanyak 60 peratus daripada eksport LNG Australia pada tahun 2019 dan kini berpotensi untuk menjadi pusat penyahtauliahan yang terkemuka di dunia.
"Tahniah diucapkan kepada NERA atas pelancaran inisiatif yang menarik ini."
Ketua Eksekutif NERA Miranda Taylor berkata pelancaran CODA melambangkan langkah yang penting untuk memaksimumkan nilai buat komuniti, alam sekitar dan industri Australia.
"Kita sedang melihat kerja-kerja bernilai $50 bilion sepanjang 50 tahun akan datang, maka penyahtauliahan membawa cabaran berbilang generasi untuk Australia. CODA akan memainkan peranan yang kritikal dalam mentransformasikan pendekatan kami kepada perancangan dan penyahtauliahan akhir hayat serta memaksimumkan nilai aktiviti-aktiviti ini untuk komuniti, alam sekitar, industri, ekonomi dan masa depan Australia."
"NERA ialah pakar pemudah cara, menyatukan pemegang kepentingan kami untuk mengusahakan penyelesaian kolaboratif seperti penyelesaian yang diperlukan untuk mengurangkan kos penyahtauliahan, mencipta peluang untuk pembekal tempatan dan meningkatkan pemahaman kami mengenai impak keputusan penyahtauliahan."
Pada tahun 2020 NERA menugaskan penilaian pertama liabiliti penyahtauliahan luar pesisir Australia, yang dihasilkan dengan sokongan dan penglibatan daripada pengendali minyak dan gas.
Laporan oleh Advisian, syarikat perunding global Worley, menyimpulkan bahawa terdapat lebih daripada $50 bilion (US$40.5 bilion) bagi kerja-kerja penyahtauliahan yang diperlukan untuk infrastruktur minyak dan gas luar pesisir Australia, lebih separuh daripadanya perlu dimulakan dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.
Dengan kajian yang mengetengahkan keterdesakan keadaan tersebut, CODA kini akan menerajui jalan untuk menyokong industri, kerajaan, komuniti dan pemegang kepentingan lain bagi memastikan aktiviti-aktiviti ini berusaha dengan aktif untuk memaksimumkan peluang untuk syarikat-syarikat perkhidmatan dan teknologi tempatan dalam projek-projek penyahtauliahan tempatan dan wilayah.
Pengarah Operasi Chevron, Kory Judd, berkata: "Industri memegang tanggungjawab untuk mengurus persaraan aset dengan cara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan cekap sekali gus menjamin peluang untuk memberi hasil alam sekitar dan sosioekonomi dalam tempoh jangka panjang kepada Australia.
"Dengan memberi tumpuan utama terhadap peluang kolaborasi, perkongsian teknologi dan keupayaan setempat, CODA akan membawa pendekatan yang diselaraskan bagi memacu hasil persaraan aset yang posifit demi manfaat semua pemegang kepentingan."
Naib Presiden Kanan Operasi Woodside, Fiona Hick, berkata: "Penyahtauliahan akan menjadi semakin menonjol dalam industri kami di Australia dalam tahun-tahun akan datang. Pelancaran CODA memberikan industri dengan peluang hebat yang melaluinya ia dapat berkongsi amalan terbaik dan menyumbang selanjutnya bagi mengusahakan penyahtauliahan dengan selamat dan cekap sekali gus memberi manfaat kepada alam sekitar dan komuniti setempat."
Graham Gillies, Naib Presiden Australia, New Zealand dan Papua New Guinea di Baker Hughes, berkata, "Penyahtauliahan infrastruktur minyak dan gas dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab adalah kritikal untuk masa depan industri ini dan untuk peralihan tenaga. Sebagai sebuah syarikat teknologi tenaga, kami teruja untuk menyertai jaringan Center of Decommissioning Australia (CODA) dan untuk bekerjasama erat dengan pengendali minyak dan gas di Australia untuk merancang dan melaksanakan projek-projek penyahtauliahan dengan teliti, memanfaatkan sumber tempatan kami dan kepakaran dalam persekitaran di darat dan luar pesisir."
Bagi menandakan pelancaran hari ini CODA mengumumkan beberapa projek asas yang direka bentuk untuk mempercepatkan pemahaman rentas industri dengan pesat mengenai cabaran penyahtauliahan kami.
Projek-projek ini ialah:
Projek-projek ini, berserta kerja-kerja lain yang diusahakan oleh CODA, menunjukkan blok binaan peringkat awal yang kritikal bagi merealisasikan objektif CODA untuk memaksimumkan nilai buat Australia daripada aktiviti-aktiviti penyahtauliahan.
Pelancaran CODA merupakan pengumuman utama yang kedua dalam beberapa bulan untuk NERA yang baru sahaja mengumumkan jaringan kluster teknologi hidrogen beberapa minggu yang lalu di seluruh negara, direka bentuk untuk membantu mewujudkan identiti global dan jenama yang diiktiraf untuk teknologi dan kepakaran hidrogen Australia.
Catatan:
Latar Belakang NERA:
NERA ialah sebuah syarikat bebas bukan berasaskan keuntungan yang dibiayai melalui geran Kerajaan Persekutuan dan program kolaboratif oleh kerajaan negeri/wilayah, industri serta komuniti sains dan penyelidikan. NERA bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami untuk memangkinkan emisi rendah dan teknologi digital bagi menyokong peralihan tenaga Australia dan untuk mengembangkan SMES serta rantaian bekalan yang inovatif. Kami turut bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi sektor tenaga kami bagi meningkatkan prestasi Australia dalam pengkomersialan inovasi dan peningkatan teknologi serta untuk membantu industri Australia untuk mempelbagaikan dan menyahkarbonkan.