omniture

Sichuan: Daripada Pembasmian Kemiskinan kepada Penggiatan Luar Bandar

China Report
2021-03-10 23:54 231

CHENGDU, China, 10 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Berita disediakan oleh China Report:

Penduduk tempatan di Sichuan membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan dengan berpindah ke rumah baharu dari tempat yang tidak sesuai didiami.
Penduduk tempatan di Sichuan membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan dengan berpindah ke rumah baharu dari tempat yang tidak sesuai didiami.

Perdana Menteri Cina Li Keqiang mengumumkan bahawa semua penduduk luar bandar miskin yang tinggal, berjumlah 5.51 juta orang pada awal tahun 2020, telah dibebaskan daripada belenggu kemiskinan menjelang penghujung tahun lalu, sama sebagaimana kesemua 52 daerah miskin negara yang berbaki, tatkala menyampaikan Laporan mengenai Tugas Kerajaan pada 5 Mac. Wilayah Sichuan di barat daya China, yang pernah menjadi medan perang utama bagi pembasmian kemiskinan, memberikan sumbangan besar terhadap pencapaian berkenaan.

Daripada sejumlah 183 wilayah peringkat daerah di Sichuan, 161 telah dibelenggu oleh kemiskinan dan 45 daripadanya bergelut dengan kemiskinan melampau. Tahun lalu, 6.25 juta orang miskin di 11,501 kampung di 88 daerah miskin bangkit daripada kemiskinan.

Abuluoha, dahulunya merupakan "pelosok paling miskin di China," merupakan antara 11,501 kampung berkenaan. Dalam bahasa Yi, "abuluoha" bermaksud "lembah yang dalam di gunung" atau "kawasan larangan". Ia terletak di sebuah lembah sepanjang Sungai Jinsha di Daerah Butuo, Wilayah Autonomi Liangshan Yi. Lokasi geologi menjadikan kampung tersebut dahulunya tidak dapat diakses oleh kaedah pengangkutan moden. Penduduk kampung perlu mendaki gunung dan tebing atau menggunakan kaedah seperti luncur keluang bagi menyeberangi sungai untuk melihat dunia luar.

Perubahan muncul pada tahun 2019 apabila Sichuan berjanji untuk menjadikan semua kampung boleh diakses dengan jalan berturap menjelang penghujung tahun berkenaan. Pada bulan Jun, kenderaan kejuruteraan tiba di Abuluoha.

Pembinaan jalan hanya sepanjang 3.8 km ke kampung tersebut merupakan satu cabaran yang menakutkan memandangkan kebanyakannya terletak berhampiran dengan tebing yang curam. Selain daripada pakar-pakar terkemuka, Sichuan berjaya membolehkan helikopter pengangkut berat Mil Mi-26 untuk datang memberi bantuan. "Kami terkejut melihat mesin pengorek bergerak keluar daripada perut pesawat," seperti yang diimbau kembali oleh seorang penduduk kampung yang berada hanya 20 meter jauh dari tempat helikopter tersebut mendarat.

Penyempurnaan jalan setahun kemudian menandakan bahawa semua kampung pentadbiran di Sichuan boleh diakses menggunakan kenderaan bermotor. Dengan adanya jalan raya tersebut, penduduk tempatan dapat meninggalkan belenggu kemiskinan, dengan pendapatan mereka meningkat dengan pesat.

Menghapuskan kemiskinan bukanlah garisan penamat, tetapi menandakan suatu permulaan baharu. Pada 25 Februari, China mengumumkan pentadbiran negara baharu untuk penggiatan luar bandar bagi menggantikan Pejabat Kumpulan Teraju Majlis Negeri bagi Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan terdahulu. Di sebalik rombakan tersebut merupakan peralihan bersejarah melibatkan tumpuan China terhadap kerja-kerja luar bandar. Sichuan telahpun mengambil langkah untuk menggiatkan kawasan luar bandar.

Kemakmuran industri merupakan kunci strategi penggiatan luar bandar China. Sebagai wilayah berasaskan pertanian, Sichuan bermula dengan mempercepatkan kadar pemodenan pertanian. Setakat ini, Liangshan merancang untuk membina 118 taman industri pertanian moden bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 80 peratus isi rumah yang dahulunya miskin.

Peladang di Daerah Dayi Sichuan kini melakukan kerja-kerja ladang melalui "awan". Zhu Lisha, seorang peladang tempatan berkata semua tugas dapat disiapkan melalui telefon mudah alih beliau. Dengan mengklik ikon aplikasi, beliau dapat melihat peta tanah ladang beliau. Aplikasi tersebut mempunyai empat bahagian, iaitu kaedah pengeluaran pertanian, kerja ladang, penuaian dan kewangan. "Anda boleh membuat tempahan di telefon dan mendapatkan pasukan khas untuk melakukan tugas berkenaan," kata Zhu, menambah bahawa tiada keperluan untuk ke tanah ladang bagi menyiapkan kerja ladang.

Satu lagi bahagian dalam strategi penggiatan luar bandar Sichuan ialah pembinaan desa digital. Pada tahun 2020, artis terkenal Tibet Ding Zhen menjadi tular dalam talian, menjadikan kampung halaman beliau, Daerah Litang di Garze meningkat menjadi masyhur dalam sekelip mata. Kampung Hanfan di Litang pernah menghadapi penggurunan yang serius. Pada tahun 2016, kampung tersebut mula menggabungkan pemulihan alam sekitar dengan pembangunan pelancongan secara percubaan dengan menanam spesies bunga tahan kemarau di tanah berukuran 53.3 hektar luas. Bersebelahan lautan bunga, pusat peranginan bertema prairi berkeluasan 13.3 hektar telahpun dibina. Di samping memelihara ekologi, ladang bunga dan pusat peranginan bertema prairi tersebut membawa punca pendapatan pelancongan kepada penduduk tempatan.

Pada masa akan datang, usaha tumpuan Sichuan untuk menggiatkan kawasan luar bandar akan melibatkan usaha memajukan pembaharuan terhadap sistem hak milik bersama, meningkatkan ekonomi kolektif jenis baharu, meneroka sumber lestari untuk pendapatan peladang, menggalakkan kerjasama dalam bidang pertanian, memodenkan selanjutnya rantaian industri dan bekalan taman industri pertanian, memperluaskan penggunaan teknologi dan peralatan baharu dalam bidang pertanian serta menambah baik persekitaran di kawasan luar bandar.

 

Source: China Report
Keywords: Agriculture Publishing/Information Service Travel Economic news, trends, analysis