omniture

Cloudwise dan HUAWEI CLOUD Bersama-sama Lancar Penyelesaian Cloudwise APM

HUAWEI CLOUD
2021-03-11 00:07 2372

BEIJING, 11 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian Artificial Intelligence for IT Operations (AIOps), Cloudwise dan HUAWEI CLOUD bersama-sama melancarkan Cloudwise APM hari ini, platform pengurusan prestasi aplikasi pintar yang akan dikuasakan oleh HUAWEI CLOUD. Kedua-dua pihak turut mengumumkan rancangan untuk menjalin kerjasama komprehensif bagi pembangunan penyelesaian dan pemasaran produk untuk Cloudwise APM berdasarkan HUAWEI CLOUD, dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di seluruh dunia. Mark Chen, Pengarah Jabatan Perniagaan Antarabangsa di HUAWEI CLOUD; Lu Yanping, Pengarah Jabatan Pembangunan Ekosistem HUAWEI CLOUD Asia Pasifik; David Liu, Presiden Cloudwise; dan Jonson Li, Naib Presiden Cloudwise menghadiri upacara pelancaran tersebut.

Hari ini, gelombang transformasi digital telah melanda seluruh dunia. Memandangkan sistem IT menjadi lebih besar dan lebih rumit, tugas untuk memastikan kesinambungannya cenderung menjadi lebih mencabar. Salah satu tanggungjawab yang paling penting untuk jabatan IT sesebuah syarikat adalah bagi menjamin prestasi dan kesinambungan yang mantap untuk sistem aplikasi syarikat dan juga menggunakan teknologi terkini bagi memacu pertumbuhan perniagaan dan meningkatkan produktiviti. Ia penting demi kejayaan syarikat, pada masa kini lebih daripada sebelumnya.

Apabila melibatkan prestasi aplikasi, ketersediaan dan jaminan pengalaman pengguna, jabatan IT sering menunjukkan prestasi yang kurang baik dari segi pengurusan pengalaman pengguna yang proaktif. Cloudwise APM memantau prestasi sistem aplikasi secara proaktif selain pengalaman pengguna akhir. Ia membantu pelanggan menemui dan mengendalikan anomali yang berlaku di mana-mana dalam sistem aplikasi mereka tepat pada masanya, seraya menjamin agar sistem aplikasi tersebut dapat mencapat matlamat tahap perkhidmatan mereka.

Cloudwise APM adalah berasaskan seni bina HUAWEI CLOUD dan dikuasakan oleh sumber global HUAWEI CLOUD. Pasaran sasaran utamanya termasuk negara-negara dan wilayah-wilayah di Asia Pasifik.

Cik Lu Yanping, Pengarah Jabatan Pembangunan Ekosistem HUAWEI CLOUD Asia Pasifik, berkata, "HUAWEI CLOUD bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat SaaS di seluruh dunia bagi membantu pelanggan menjalankan sistem aplikasi mereka dengan mudah. Dikuasakan oleh infrastruktur HUAWEI CLOUD yang mantap, Cloudwise APM akan berupaya untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan global." Beliau menambah, "Dengan menyediakan sokongan teknikal, sokongan pemasaran dan sokongan perniagaan yang lain, HUAWEI CLOUD komited untuk membantu rakan-rakan kongsi SaaS seperti Cloudwise berkembang ke dalam pasaran global agar kami bersama-sama dapat memacu transformasi digital ke hadapan untuk perusahaan."

David Liu, Presiden Cloudwise, berkata, "Cloudwise APM ialah platform pengurusan prestasi aplikasi yang matang serta pintar dan prestasinya telah terbukti dalam penggunaan yang tidak terkira banyaknya. Pelancaran Cloudwise APM ialah contoh terbaik bagi kerjasama yang produktif antara Cloudwise dan HUAWEI CLOUD. Ia juga membolehkan kami memenuhi keperluan digital pelanggan dalam pasaran yang lebih besar." En. Liu menambah, "Saya percaya bahawa melalui perkongsian bersama HUAWEI CLOUD, kami dapat membangunkan portfolio penyelesaian AIOps pintar yang lebih mantap untuk pelanggan kami di seluruh dunia bagi membantu mereka mempercepatkan transformasi digital."

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Internet Technology Telecommunications New products/services