omniture

Tinjauan Gaji Global 2021 IMA Dapati U.S. CMA Dapat Hadapi Pandemik, Pampasan Median 58% Lebih Tinggi Berbanding Bukan CMA

Institute of Management Accountants (IMA)
2021-03-11 10:17 331

SINGAPURA, 11 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Tinjauan Gaji Global 2021 IMA® (Institute of Management Accountants) yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa secara global, jumlah pampasan median profesional U.S. CMA® (Certified Management Accountant) adalah 58% lebih tinggi berbanding bukan CMA. Keputusan daripada tinjauan berkenaan dipaparkan dalam kisah muka depan edisi Mac majalah Strategic Finance IMA.

Secara global, perbezaan dari segi jumlah pampasan median antara U.S. CMA dan bukan CMA ialah $29,000, yang sejajar dengan jumlah pampasan median. Perbezaan dari segi pampasan median amat berbeza mengikut wilayah. Responden dari wilayah Amerika mendedahkan bahawa U.S. CMA memperoleh 22% lebih banyak gaji median dan 25% lebih banyak dari segi jumlah pampasan median berbanding bukan CMA. Responden ini melaporkan gaji median tertinggi dan angka pampasan keseluruhan, masing-masing memperoleh sebanyak $103,000 dan $115,000, berbanding dengan wilayah lain.

U.S. CMA sedikit kurang cenderung untuk mengalami potongan gaji berbanding bukan CMA (35% berbanding 38%) merentas seluruh wilayah. Kurang cenderung mengalami penurunan gaji adalah mereka yang sangat bersetuju bahawa pekerjaan mereka memberi kesan terhadap hala tuju strategik syarikat, mereka yang melaporkan jumlah pakej pampasan mereka adalah lebih kompetitif berbanding rakan-rakan mereka dan mereka yang mengatakan bahawa mereka menyukai pekerjaan mereka. 

"Kami sedia maklum bahawa sijil U.S. CMA mempunyai kesan positif ke atas pampasan dan keselamatan pekerjaan," kata Kip Krumwiede, Ph.D., CMA (U.S.), CSCA, CPA, pengarah penyelidikan di IMA. "Tahun ini adalah amat menggalakkan khususnya kerana pemegang sijil U.S. CMA umumnya jauh lebih baik dalam mengekalkan pekerjaan mereka mahupun tahap pampasan semasa berlakunya pandemik ini berbanding mereka tanpa sijil U.S. CMA."

U.S. CMA Kurang Terjejas oleh COVID-19

Apabila membandingkan impak COVID-19 terhadap U.S. CMA berbanding bukan CMA, U.S. CMA lebih cenderung untuk mengatakan bahawa pekerjaan mereka tidak terjejas oleh COVID-19 berbanding bukan CMA (33% berbanding 21%) dan kurang cenderung untuk melakukan pertukaran kerjaya ekoran COVID-19 (9% berbanding 21%).

Peluang Kerjaya yang Lebih Baik

Mereka yang memegang sijil U.S. CMA lebih cenderung untuk memegang jawatan pekerjaan pengurusan lebih tinggi berbanding bukan CMA, termasuk pengarah (73%), Ketua Pegawai Kewangan (72%) dan pengurus kewangan (66%). Dengan U.S. CMA menjadi pemimpin dalam syarikat-syarikat mereka. 85% daripada semua responden berkata bahawa U.S. CMA memberi lebih keyakinan kepada mereka untuk melaksanakan tugas mereka pada tahap tinggi dan mengukuhkan keupayaan mereka untuk bertukar bidang kerja dalam kesemua bidang perniagaan.

Tinjauan Gaji Global IMA ditulis oleh Shannon Charles, Ph.D., CPA dan Krumwiede. Ia merangkumkan respons daripada 3,085 anggota IMA dari 79 negara dengan 44% responden wanita dan 55% responden lelaki (dan 1% lebih memilih untuk tidak mendedahkan). Data global dan A.S disediakan di laman sesawang IMA, yang mana laporan wilayah tambahan disediakan tidak lama lagi.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA® ialah satu sebuah persatuan terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan secara eksklusif untuk memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini menerusi penyelidikan, program U.S. CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan sokongan terhadap amalan perniagaan beretika tertinggi. Dinamakan dua kali sebagai Badan Profesional Tahunan oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, IMA mempunyai jaringan global yang terdiri daripada lebih 125,000 anggota dalam 150 negara dan 350 kumpulan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat menerusi empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut mengenai IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

HUBUNGI: Sunantha Huang
IMA Asia Tenggara & Australasia
(65)64933113
sunantha.huang@imanet.org

 

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research