omniture

JA Solar Bekalkan Modul untuk Projek PV Demonstrasi 39MW di Kemboja

JA Solar Technology Co., Ltd
2021-03-12 00:39 107

BEIJING, 12 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Projek 39MW di Kemboja, yang mana JA Solar membekalkan kesemua modul PV, baru-baru ini telah disambungkan ke grid dengan jayanya. Terletak di Wilayah Banteay Meanchey, projek tersebut dikontrakkan oleh Shanxi Electric Power Engineering Co., Ltd. (SEPEC) yang bergabung dengan China Energy Engineering Group. Ia merupakan projek tenaga boleh diperbaharui yang terbesar dari segi kapasiti pemasangan di wilayah berkenaan dan projek tersambung ke grid sepenuhnya yang pertama antara lima projek demonstrasi PV pertama oleh kerajaan Kemboja.

Projek berkenaan mendapat pujian yang tinggi oleh Kementerian Perlombongan dan Tenaga Kemboja serta Electricite du Cambodge(EDC). Bagi memastikan projek tersebut tersambung ke grid tepat pada masanya, JA Solar menyempurnakan penyerahan modul tepat pada masanya dengan menangani pelbagai faktor buruk termasuk kenaikan harga dalam rantaian bekalan yang disebabkan oleh pemasangan PV domestik dan antarabangsa yang tergesa-gesa pada separuh kedua tahun 2020.

Semasa pembinaan projek berkenaan, Menteri Perlombongan dan Tenaga serta ketua Electricite du Cambodge(EDC) melawat tapak berkenaan dan mengulas bahawa projek berkenaan merupakan yang paling canggih dan andal daripada lima projek PV demonstrasi pertama dan akan berperanan sebagai model untuk projek-projek PV tempatan.

SEPEC ialah rakan kongsi strategik jangka panjang JA Solar. Berdasarkan status industri dan nilai budaya yang sama selain kepercayaan bersama yang terkumpul sepanjang jalinan kerjasama jangka panjang mereka, kedua-dua pihak menandatangani perjanjian kerjasama strategik pada tahun 2018 dan menjalin hubungan yang stabil dalam tempoh jangka panjang untuk bekerjasama. Kedua-dua pihak telah bekerjasama dalam projek-projek berkualiti tinggi termasuk projek PV 257MW di Phu Yen, Vietnam, projek PV 52.5MW SON MY dan sebagainya.

Asia Tenggara mempunyai kekayaan sumber sinaran suria, yang menyediakan keadaan yang baik untuk pembangunan industri PV. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, JA Solar telah membangun secara aktif dalam pasaran Asia Tenggara dan membekalkan modul untuk projek-projek PV biasa termasuk projek PV yang terbesar di Asia Tenggara, projek PV terapung yang terbesar di Thailand, projek penjejak-dwimuka-tambahan pertama di Malaysia, yang melaluinya syarikat berkenaan menggalakkan pembangunan pasaran PV tempatan melalui produk serta perkhidmatannya yang berkualiti tinggi.

Source: JA Solar Technology Co., Ltd
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities