omniture

Huion Umum Dua Paparan Pen 4K, Kamvas Pro 16(4K) & Kamvas Pro 16 Plus(4K)

Huion
2021-03-12 23:35 480

SHENZHEN, China, 12 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Salah satu pengeluar peranti input grafik yang terkemuka, Huion mengumumkan dua paparan pen 4K hari ini, Kamvas Pro 16(4k) dan Kamvas Pro 16 Plus(4K). Sebagai produk pengganti Kamvas Pro 16, kedua-dua paparan pen ini menampilkan reka bentuk yang lebih minimalis dan resolusi paparan 4K yang lebih baik.

Kamvas Pro 16(4K) & Kamvas Pro 16 Plus(4K)
Kamvas Pro 16(4K) & Kamvas Pro 16 Plus(4K)

Paparan 4K

Kedua-dua produk ini mengejutkan pengguna dengan skrin resolusi tingginya. Kamvas Pro 16(4k) dan Kamvas Pro 16 Plus(4K) mempunyai resolusi paparan 3840×2160 (16: 9), yang bererti lebih daripada 8 juta piksel dipadatkan ke dalam skrin 15.6 inci, seraya menawarkan pengguna dengan imej halus yang mana setiap butiran kecil dapat dilihat dengan jelas. Dengan aplikasi QD LCD, Kamvas Pro 16 Plus(4K) membawakan gamut warna luas iaitu 145% sRGB dan nisbah kontras dioptimumkan iaitu 1200:1, yang bererti semua yang dilukis oleh pencipta akan dihidupkan dengan persembahan warna yang seakan-akan hidup. Sementara itu, Kamvas Pro 16(4k) dengan gamut warna 120% sRGB dan warna paparan 16.7M memberikan gradien warna yang halus dan peralihan semula jadi antara warna.

Prestasi luar biasa dan badan kompak

Selain daripada skrin, prestasi yang luar biasa dan reka bentuk minimalis juga menjadikan kedua-dua paparan pen ini sebagai alat yang ideal untuk golongan profesional kreatif. 8,192 tahap kepekaan tekanan membolehkan paparan pen merakam setiap perubahan halus daripada tekanan, seraya menghasilkan garisan dengan ketepuan dan lebar yang berbeza. Pen digital PW517 yang dibangunkan berdasarkan Huion PenTech3.0 terkini memastikan pengalaman melukis yang stabil dan lebih baik untuk pengguna. Tidak dilengkapi dengan kekunci tekan pada panel, kedua-dua paparan pen ini kompak namun dengan ruang kerja yang mencukupi, yang dapat memenuhi harapan pengguna yang mengutamakan minimalisme. Selain itu, reka bentuk badan tunggal (unibody) membuatkan produk tersebut kelihatan lebih bergaya dan lapisan luar aloi penuh membantu untuk menahan calar.

Capai lebih lagi dengan dail kekunci mini KD100

Bagi mempercepatkan lagi penciptaan pengguna, Huion turut memperkenalkan dail kekunci mini hari ini iaitu Huion KD100. Dengan 18 kekunci tekan boleh diatur cara dan pengawal dail boleh diatur cara, dail kekunci ini membolehkan pengguna memprogramkan pintasan yang paling kerap digunakan oleh mereka kepada satu kekunci tekan atau pengawal dail untuk akses pantas yang dapat membantu mewujudkan aliran kerja yang lebih cekap.

Untuk maklumat lanjut mengenai paparan pen 4K dan dail kekunci mini ini, sila kunjungi www.huion.com

Kamvas Pro 16(4K) & Kamvas Pro 16 Plus(4K)
Kamvas Pro 16(4K) & Kamvas Pro 16 Plus(4K)

 

Source: Huion
Keywords: Computer/Electronics Computer Accessories New products/services