omniture

P&G dan Shopee berkolaborasi galakkan pembahagian kerja rumah yang adil dalam kempen #ChallengeTheChores terkini

Procter & Gamble
2021-03-15 11:00 85

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Procter & Gamble (NYSE:PG), sebuah syarikat barangan pengguna yang berkembang pesat dan terkemuka, bekerjasama dengan platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara Shopee untuk melancarkan kempen terkininya sebagai sebahagian daripada Hari Wanita Antarabangsa tahun ini. Diberi nama #ChallengeTheChores, kempen ini menyahut seruan global untuk kami mencabar 'stereotaip gender', dengan menggalakkan erti tanggungjawab bersama dalam isi rumah dan menggalakkan ahli keluarga untuk berganding bahu dan mengurus kerja-kerja rumah bersama-sama.

Kempen ini akan dilancarkan di antara lima pasaran Asia Tenggara termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam secara berperingkat, membawakan beberapa cabaran yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada keluarga untuk melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama seperti mencuci pakaian dan memenuhi keperluan anak.

Sejak tercetusnya Covid-19, 75% tugas pengasuhan dipertanggungjawabkan kepada wanita[1], dengan penambahan jumlah tanggungjawab dan komitmen kepada kehidupan mereka yang sudahpun sibuk. Bagi menggambarkan lagi kepentingan menangani keperluan terhadap tanggungjawab bersama ini, kempen ini akan menayangkan video mengenai bagaimana kerja-kerja rumah boleh dibahagikan dengan sama rata dan diurus bersama-sama.

Alexandra Vogler, Pengarah Kanan e-dagang P&G, Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika, berkata, "P&G benar-benar komited terhadap kesaksamaan dan keterangkuman. Melalui kempen ini, kami ingin meningkatkan kesedaran mengenai pengagihan tugas yang tidak seimbang. Melalui sebuah filem pendek yang menghiburkan dan pengalaman gamifikasi yang interaktif, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk #ChallengeTheChores dan mendorong kesaksamaan yang lebih besar dalam isi rumah."

Di samping itu, Shopee mendapati bahawa wanita merupakan pembeli belah yang paling aktif pada platform tersebut bagi kategori-kategori produk seperti isi rumah dan barangan pengguna lain yang berkembang pesat. Memandangkan e-dagang menjadi semakin tersebar luas, Shopee berharap untuk memanfaatkan platformnya bagi menggalakkan perbualan bermakna melalui pengalaman yang menyeronokkan, diperibadikan dan interaktif untuk pelanggan.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau di Shopee, berkata, "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan P&G, jenama FMCG yang terkemuka di dunia, untuk inisiatif yang bermakna ini. Selain daripada menggalakkan keluarga untuk menggalas tanggungjawab kerja rumah yang sama rata, kami juga berusaha untuk menyediakan pengguna kami dengan pilihan produk yang luas bagi menjadikan pengendalian kerja rumah setiap hari mudah dan boleh diurus. Kami berharap dapat melancarkan lebih banyak kempen menarik seperti itu bersama P&G yang akan memperkayakan pengalaman membeli belah untuk pengguna kami."

Sepanjang tempoh kempen berkenaan, pembeli belah dalam setiap pasaran boleh menantikan pelbagai aktiviti dan kandungan eksklusif yang akan memberi inspirasi kepada seisi keluarga dan membantu mereka menemui keseronokan dalam mengurus kerja-kerja rumah bersama-sama. Ini termasuk strim langsung yang menampilkan Pemimpin Pendapat Utama mengenai cabaran peribadi mereka apabila mengurus kerja rumah dan bagaimana mereka berganding bahu bersama rakan kongsi mereka untuk menangani cabaran berkenaan, aktiviti dalam-aplikasi yang eksklusif bagi merebut tawaran istimewa serta memenangi hadiah dan permainan klasik Shopee Catch untuk mengumpul sebanyak mungkin hadiah produk P&G atau baucer.

Butiran kempen #ChallengeTheChores

Negara

Tarikh bersiaran

Halaman kempen

Video kempen

Malaysia

17 hingga 19 Mac

Kempen Malaysia

Video Malaysia

[1] "Understanding the pandemic's impact on working women", diterbitkan 29 Oktober 2020 oleh Deloitte.

Latar Belakang Procter & Gamble

P&G menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di serata dunia melalui salah satu portfolio paling mantap yang terdiri daripada jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan berkepimpinan termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G melibatkan operasi kira-kira di 70 negara di seluruh dunia. Sila kunjungi http://www.pg.com untuk berita dan maklumat terkini mengenai P&G dan jenama-jenamanya.

Latar Belakang Shopee

Shopee ialah platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan. Shopee menghubungkan pembeli belah, jenama dan penjual di seluruh Asia serta pasaran lain yang berkembang pesat, yang memperkasa sesiapa sahaja untuk membeli dan menjual di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta orang setiap hari. Ia menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik disepadukan, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan mengikut setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital rantau berkenaan dengan komitmen teguh untuk membantu jenama-jenama dan para usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee merupakan sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Selain daripada Shopee, perniagaan teras Sea yang lain termasuk cabang hiburan digitalnya, Garena dan cabang perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan perniagaan kecil-kecilan dengan teknologi.

Source: Procter & Gamble
Related Stocks:
NYSE:PG
Related Links:
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Women-related news