omniture

Pameran Perdagangan Antarabangsa Butik Guangdong - Pameran Mainan (Dalam Talian) Diadakan pada 15-19 Mac

GuangDong Boutique International Trade Fair Toy Fair (Online)
2021-03-16 00:23 225

GUANGZHOU, China, 16 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Bagi memberikan lebih banyak kemudahan untuk import dan eksport antara pembeli Cina dan luar negara, dengan penganjuran oleh Jawatankuasa Guangdong Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Pameran Perdagangan Antarabangsa Butik Guangdong - Pameran Mainan (Dalam Talian) ("Pameran") akan diadakan secara dalam talian pada platform Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa (ITOE) (en.itoegd.com) mulai 15 hingga 19 Mac 2021.

Enam kategori berbeza akan dipamerkan semasa berlangsungnya Pameran tersebut termasuk patung mainan lembut/mainan kawalan elektrik/jauh, teka teki/mainan DIY/mainan pendidikan, mainan sukan luar/riadah, mainan trend/IP dan perkhidmatan industri. Ketika ini, lebih daripada 500 pembekal mainan premium Cina telah berada di platform tersebut, termasuk RASTAR, Hua Wei, BanBao, Kidztech, Wanji, Five Star, Xiaobailong, Baoli, Weili, Kaliti dan Hangwing. Pembekal ini telahpun memuat naik gambar dan video produk baharu bagi tahun 2021 ke platform tersebut dan bersedia untuk berhubung dengan pembeli secara dalam talian.

Pempamer dalam talian dari Chenghai, tempat berasalnya mainan di China, berkata sejak separuh kedua tahun lalu, banyak pembeli luar negara berharap dapat memesan sejumlah kecil produk dengan pelbagai kategori dan mempelajari lebih lanjut mengenai produk baharu mereka melalui strim langsung dalam talian. Sebagai respons terhadap keperluan pembeli, pempamer dalam talian juga membuat perancangan kerjasama yang membolehkan pembeli luar negara memesan pelbagai produk dalam kelompok kecil semasa kerjasama pertama. Dalam masa yang sama, semua pembeli turut dialu-alukan ke persidangan dalam talian mereka untuk produk baharu.

Lebih daripada 30 aktiviti ekonomi dan perdagangan akan dianjurkan di Pameran ini termasuk bukan sahaja persidangan pelancaran produk baharu, forum keselamatan mainan, forum logistik dan kastam, tetapi juga mesyuarat pemadanan mainan Cina dan asing, pertunjukan mengeluarkan barang mainan dan lawatan ke kilang mainan. Ini akan memaksimumkan pelayaran dalam talian dan pengalaman interaktif untuk pembeli Cina dan pembeli asing.

Tuan rumah Pameran ini mewujudkan pusat pembelian dan penjualan luar negara di sembilan negara termasuk AS, UAE, Malaysia, Afrika Selatan, Kemboja, Filipina, New Zealand, Australia dan Thailand bagi membantu perusahaan luar negara dalam membeli barangan di China atau menjual produk mereka dalam pasaran Cina secara langsung. Ketika pandemik Covid-19 dapat dikawal secara beransur-ansur dan vaksin diberikan secara besar-besaran, ekonomi global pasti akan pulih dengan stabil, perusahaan dan rakan kongsi di seluruh dunia dialu-alukan untuk berhubung dengan ITOE untuk lebih banyak peluang perniagaan.

Xiaobing Guo, +86-18688012473, guoxiaobing@itoexpo.com

Source: GuangDong Boutique International Trade Fair Toy Fair (Online)
Keywords: Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys Trade show news Future Events