omniture

Sherwin-Williams Industrial Wood Coatings manfaatkan eko-inovasi bagi mulakan pembangunan Asia Pasifik di China

Sherwin-Williams
2021-03-16 14:32 163

SHANGHAI, 16 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Sherwin-Williams, peneraju industri global dalam pembangunan cat dan pelapis canggih dari segi teknologi kira-kira selama 155 tahun, hari ini memperkenalkan strategi pemasaran Asia Pasifik terkininya untuk perniagaan pelapis kayu industri. Rancangan yang bercita-cita tinggi berkenaan mengetengahkan beberapa inovasi mesra alam yang memberikan pengalaman kehidupan mesra alam dan menyenangkan kepada pengguna.

Sebagai usaha pertamanya untuk Asia Pasifik pada tahun 2021, Sherwin-Williams Industrial Wood Coatings mengumumkan dua inisiatif eko-inovasi utama di China: Pertama, Pusat Penilaian Bau yang merupakan yang pertama seumpamanya untuk Sherwin-Williams serta industri ini; Kedua, Siri Bau Rendah serba baharu yang mengandungi lapan produk pelapis kayu.

"Keselamatan alam sekitar dan kesihatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami. Pertimbangan ini malah lebih penting untuk pelapis kayu industri kami memandangkan ia digunakan pada pelbagai produk isi rumah. Pada masa kini, pengguna peka dalam memelihara kehidupan yang sihat lantaran pandemik yang berlarutan ini. Justeru itu, komitmen kami untuk mengamalkan eko-inovasi benar-benar selari dengan iklim pasaran serta harapan pengguna di rantau ini," kata Henry Wu, Naib Presiden & Pengurus Besar Asia, Sherwin-Williams Industrial Wood Coatings.

Henry Wu, Naib Presiden & Pengurus Besar Asia Sherwin-Williams Industrial Wood Coatings
Henry Wu, Naib Presiden & Pengurus Besar Asia Sherwin-Williams Industrial Wood Coatings

Pusat Penilaian Bau Pertama Industri

Pada pertengahan bulan Mac, Sherwin-Williams Industrial Wood Coatings melancarkan Pusat Penilaian Bau yang terletak di Pusat Teknologi China Selatan (SCTC) Sherwin-Williams di Shunde, Wilayah Guangdong. Ini merupakan yang pertama seumpamanya baik untuk Syarikat mahupun industri ini.

Pusat Penilaian Bau Sherwin-Williams
Pusat Penilaian Bau Sherwin-Williams

Dilengkapi dengan peralatan canggih dan sepasukan pakar handalan, pusat ini memberi tumpuan pada penilaian, pengujian dan analisis bau cat. Ia mengandungi lima jabatan fungsian seperti bahagian sensori, makmal dan pusat pemprosesan maklumat. Pasukannya yang terdiri daripada 18 ahli profesional (termasuk empat berkelulusan PhD daripada bidang berkaitan) dapat mengeluarkan laporan penilaian dengan cepat mengenai bau produk cat dengan cara yang saintifik dan holistik.

Menurut kajian penyelidikan, hanya 0.2 saat diambil untuk manusia menghasilkan persepsi dengan menghidu sesuatu bau. Lebih daripada 66% pengguna menentukan sama ada suatu perabot berciri mesra alam semata-mata melalui baunya. Kepentingan pusat ini adalah untuk membantu Sherwin-Williams Industrial Wood Coatings meningkatkan sifat ekstrinsik ciri mesra alam produk pelapis, bagi menjadikannya "dapat dihidu" oleh bakal pelanggan. Ini akhirnya dapat membantu pengeluar menjual lebih banyak produk dan membawa pengalaman yang lebih menyenangkan kepada pengguna akhir, lalu mewujudkan senario "semua menang".

Siri Bau Rendah Bersedia menjadi Penetap Trend

Sherwin-Williams Industrial Wood Coatings turut melancarkan Siri Bau Rendahnya yang amat dinanti-nantikan, yang boleh dianggap sebagai bukti pencapaian luar biasa jenama Huarun Paint sejak tiga dekad yang lalu.

Siri Pro Bau Rendah
Siri Pro Bau Rendah

Siri Pro Bau Rendah mempunyai penarafan Gred Satu untuk baunya (saput kering) dan diperakui oleh Program Pelabelan Alam Sekitar China (CELP). Mempelopori reka bentuk "insurans berganda" untuk perlindungan alam sekitar yang komprehensif, siri ini menawarkan lapan barisan produk sama ada berwarna putih atau lutsinar yang dapat memenuhi keperluan aplikasi pelapis kayu yang berbeza. Telahpun melepasi ujian ketat oleh Pusat Penilaian Bau, Siri Bau Rendah ini merupakan kemegahan bagi kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Sherwin-Williams. Produk canggihnya direka bentuk untuk membawa gaya hidup yang memberangsangkan dan sihat kepada pengguna akhir.

Pusat Penilaian dan Siri Bau Rendah merupakan dua inisiatif penting dan pelengkap bagi usaha mesra alam Sherwin-Williams. Ia menyampaikan pesanan yang jelas dan lantang kepada pengguna: produk kayu dengan pelapis mesra alam yang telah melepasi penilaian bau yang ketat kini di hujung jari mereka.

Wu mengumumkan dua inisiatif baharu ini di sambutan ulang tahun ke-30 jenama Huarun. "Sherwin-Williams Industrial Wood Coatings mempunyai rumusan yang menarik - Penyelesaian global, dihantar di peringkat tempatan. Sebagai bahagian penting daripada rangkaian Pelapis Kayu Industri kami, Huarun telah mengamalkan cogan kata ini dengan kejayaan yang luar biasa dalam tiga dekad yang lalu. Memandangkan kami kini menunjukkan perkembangan yang sangat baik untuk mendorong kejayaan dengan eko-inovasi, Huarun malah akan membuat lebih banyak sumbangan dalam proses ini," kata beliau.

Sherwin-William Industrial Wood Coatings akan mengambil bahagian dalam Pameran Perabot Antarabangsa Shenzhen ke-36 yang akan berlangsung mulai 17 hingga 21 Mac. Di astakanya Sherwin-Williams, akan mempamerkan siri Bau Rendahnya berserta tawaran lain yang mesra alam. Ia juga akan mengumumkan keputusan kajian trend warna cat dan pelapis baharu. Pusat Penilaian Bau akan turut menyediakan sudut sensori bau khusus di sana.

Latar Belakang Sherwin-Williams

Ditubuhkan oleh Henry Sherwin dan Edward Williams pada tahun 1866, hari ini Sherwin-Williams Company (NYSE: SHW) ialah peneraju global bagi pembangunan, pengedaran dan penjualan cat, pelapis dan produk berkaitan. Kami mempunyai lebih daripada 60,000 kakitangan dan perniagaan di lebih 120 negara, menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan profesional, industri, komersial dan runcit.

Menembusi pasaran Asia pada tahun 1930 dan beribu pejabat di peringkat serantau di Shanghai, hari ini Sherwin-Williams Company menjalankan perniagaan di kebanyakan negara Asia, menggaji lebih 3,500 kakitangan dan mengendalikan 10 tapak pengeluaran di seluruh rantau ini. Di Asia, kami membekalkan penyelesaian pelapis bersama jenama-jenama terkenal seperti Sherwin-Williams®, Valspar®, Huarun Paint, Aquaspar®, Valde®, AWXP®, Ultra7000®, Fluropon®, WeatherXL™ dan banyak lagi untuk pasaran pembinaan, pengguna, perindustrian, pempakejan, pengangkutan dan sebagainya.

Latar Belakang Sherwin-Williams Industrial Wood Coatings

Bahagian Pelapis Kayu Industri Sherwin-Williams komited untuk menyediakan perkhidmatan yang disesuaikan mengikut individu dan cemerlang kepada pelanggan kami. Kami merupakan peneraju bagi kemasan produk, dengan produk kami dipasarkan di bawah jenama-jenama terkenal seperti Sherwin-Williams®, Huarun Paint, Sayerlack® dan Inchem™. Baik melalui produk mahupun sokongan, kami memberi tumpuan untuk menyediakan pengeluar dengan penyelesaian kemasan yang lengkap dan disesuaikan. Pelanggan kami terdiri daripada pelbagai segmen kemasan kayu industri termasuk perabot kayu, tingkap, kabinet, kerja kisar, lantai dan aplikasi khusus lain.

Source: Sherwin-Williams
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail