omniture

Geberit Tetapkan Piawaian Baharu dalam Pameran Perdagangan Industri Sanitari dengan Hari Inovasi Geberit

Acara Hari Inovasi tiga hari Geberit dianjurkan di "House of Geberit" di Frankfurt merupakan yang pertama dalam industri yang menggabungkan dalam talian dan luar talian dengan interaksi waktu sebenar.
Geberit South East Asia Pte Ltd
2021-03-17 08:00 239

SINGAPURA, 17 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Geberit (SWX: GEBN), pengeluar produk sanitari yang terkemuka, bersedia untuk memperkenalkan produk dan pandangan baharunya di pameran perdagangan dalam talian mulai 7-9 April 2021.

Format pameran perdagangan baharu yang mengujakan, bertajuk "Hari Inovasi Geberit", menyatukan antara luar talian dan dalam talian dengan membawa tetamu secara maya ke reruai perdagangan luar talian 300 meter persegi Generit, "House of Geberit" di Frankfurt. Tetamu boleh mendaftar untuk acara tersebut hari ini di innovation-days.geberit.com.sg.

"House of Geberit": Geberit will stream presentations on design, functionality, and technology directly to the participants' end devices from an offline trade fair booth.
"House of Geberit": Geberit will stream presentations on design, functionality, and technology directly to the participants' end devices from an offline trade fair booth.

Dunia maya inovasi dan perbincangan

Acara selama tiga hari itu akan menjadi tuan rumah kepada pakar, jurutera dan pereka produk yang mempersembahkan barisan inovasi yang terkini dengan cara yang realistik, imersif dan berorientasikan amalan untuk khalayak global pada waktu sebenar.

"Sebagai sebahagian daripada Hari Inovasi, Geberit mengundang tukang paip, jurutera sanitari, arkitek, pereka hias dalaman, pempamer dan pemborong untuk mengambil bahagian dalam suatu pengalaman yang luar biasa," kata Martin Baumüller, ahli Lembaga Eksekutif Kumpulan di Geberit Group.

"Acara tersebut akan disiarkan secara dalam talian dari reruai tradisional sementara pengalaman luar talian membolehkan peserta global merancang jadual mereka mengikut masa mereka pada bila-bila masa. Hasil daripada sesi sembang langsung bersama pakar Geberit, kami juga dapat berinteraksi dengan pelanggan kami pada waktu sebenar."

Pelbagai topik

Gambaran keseluruhan mengenai topik dan masa disediakan di innovation-days.geberit.com.sg. Pengunjung boleh merancang jadual mereka dengan bebas mengikut bidang yang diminati oleh mereka serta menambah atau mengeluarkan acara daripada jadual mereka pada bila-bila masa. Tetamu juga akan menerima peringatan e-mel apabila acara akan bermula.

Setiap persembahan akan distrim terus daripada "House of Geberit" dalam segmen selama 20 hingga 25 minit, menyediakan maklumat produk yang padat serta pengetahuan praktikal dengan kesederhanaan, video dan animasi.

Bagi negara-negara di Asia Utara dan Tenggara, "House of Geberit" dibahagikan kepada sembilan bidang subjek yang menarik.

Bidang subjek

  1. "Selamat Datang Dan Berita": Gambaran keseluruhan mengenai segala-gala yang dilancarkan oleh Geberit dalam pasaran pada tahun 2021.
  2. "Aliran Air": Produk Geberit baharu dalam bidang sistem paip dan tangki.
  3. "Kebebasan Reka Bentuk": Inovasi reka bentuk daripada Geberit untuk kebebasan reka bentuk yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam bilik mandi.
  4. "Penyelesaian Untuk Keperluan Anda": Sejauh mana keselesaan peribadi di bilik mandi dapat ditingkatkan, menjamin kebersihan dan ruang tambahan.
  5. "Rasai Kesegaran: AquaClean": Rasa segar untuk mana-mana bilik mandi hasil daripada tandas pancuran Geberit.
  6. "Tiba Masanya untuk Tanpa Sentuhan": Penyelesaian tanpa sentuhan daripada Geberit untuk kebersihan tambahan di kemudahan sanitari.
  7. "Pemikiran Sistem Penuh": Bagaimana kombinasi sistem yang optimum di hadapan dan belakang dinding memudahkan proses perancangan dan pemasangan serta peluang baharu yang dicipta olehnya.
  8. "Perancangan Menjadi Mudah": Aplikasi perisian dan data BIM tersuai secara optimum daripada Geberit bagi memudahkan proses perancangan.
  9. "Perkhidmatan Digital": Bagaimana Geberit menyokong rakan kongsi dalam perancangan, penjualan dan pemasangan menggunakan aplikasi dan alat digital.

Latar Belakang Geberit

Geberit Group yang beroperasi di seluruh dunia merupakan peneraju Eropah dalam bidang sistem dan teknologi bilik mandi. Geberit beroperasi dengan kehadiran tempatan yang kukuh di kebanyakan negara Eropah, menyediakan nilai tambahan unik apabila melibatkan teknologi sanitari dan seramik bilik mandi. Jaringan pengeluarannya mencakupi 29 kemudahan pengeluaran, yang mana 6 daripadanya terletak di luar negara. Kumpulan ini beribu pejabat di Rapperswil-Jona, Switzerland. Dengan sekitar 12,000 kakitangan kira-kira di 50 negara, Geberit menjana jualan sebanyak CHF 3.0 bilion pada tahun 2020. Saham Geberit disenaraikan di SIX Swiss Exchange dan telah dimasukkan ke dalam SMI (Swiss Market Index) sejak tahun 2012.

Source: Geberit South East Asia Pte Ltd
Related Stocks:
OTC:GBERY Swiss:GEBN
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail New products/services Trade show news Future Events