![]() |
McDonald's berhasrat untuk meningkatkan penglibatan dengan pangkalan pelanggannya yang amat besar melalui platform pengalaman dan penglibatan yang dikuasakan AI tersebut
Netcore meningkatkan penguasaan dalam bidang penglibatan pelanggan teknologi makanan dengan menambah McDonald's ke dalam senarai pelanggannya
Kedua-dua pihak menyelaraskan KPI penglibatan dan penukaran jenama dengan sebuah model bersentuhan tinggi
KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Mac 2021 /PRNewswire/ -- McDonald's, syarikat gergasi makanan segera global telah memilih Netcore, platform pengalaman pelanggan terkemuka di dunia, sebagai platform pilihan mereka untuk meningkatkan penukaran dan penghantaran dalam talian di Malaysia.
McDonald's akan memanfaatkan Automasi E-mel dan Pemasaran Netcore untuk melibatkan pelanggan
Proses pesanan dalam talian telah menjadi fokus utama pasukan McDonald's. Pengalaman pelanggan merupakan bahagian yang penting dalam proses ini dan pasukan tersebut melihat platform yang dikuasakan AI Netcore dapat membantu mereka melancarkan pengalaman melalui peningkatan penghantaran e-mel dan automasi pintar yang menghasilkan lebih banyak pesanan bagi jenama ini.
Netcore menonjol kerana kepakaran kejayaan pelanggan dan pemilikan KPI yang luar biasa
Netcore mempunyai kelebihan unik kerana pernah bekerjasama dengan beberapa jenama Teknologi Makanan terbesar dengan model pemilikan KPI yang bertanggungjawab. Pasukan kejayaan pelanggan ini terdiri daripada para pakar menegak yang bekerjasama dengan jenama untuk mendorong KPI dan melaporkannya serta menambah lapisan akauntabiliti dan pemilikan bersama yang boleh dipercayai untuk menghasilkan keputusan yang terjamin.
Zaid Hasman, Pengarah Kanan Penglibatan Pelanggan Digital McDonald's Malaysia: Kami mempunyai strategi penglibatan dan pengekalan pengguna yang canggih di McDonald's dan platform serta visi Netcore adalah sejajar dengan kami dalam mewujudkan nilai berterusan kepada para pelanggan kami. Dengan kepakaran Netcore, kami percaya bahawa kami akan berhubung secara konsisten dengan pelanggan kami melalui pengalaman pengguna dalam talian serta memberi detik-detik indah kepada mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Abithab Bhaskar, Ketua Pegawai Eksekutif - Perniagaan Antarabangsa Netcore Solutions: Pemusatan pelanggan McDonald's sebagai jenama dicerminkan pada setiap sentuhan pelanggan. Mereka taksub dalam penyampaian mesej yang tepat kepada orang yang tepat pada waktu yang tepat dan begitu juga kami. Skala McDonald's adalah menarik untuk kami. Dengan kepakaran unik kami dalam memberikan perkhidmatan kepada jenama dalam bidang teknologi makanan, kami yakin dapat mencapai hasil astronomi dalam jangka masa yang pantas.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1176346/Netcore_Solutions_Logo.jpg?p=medium600