omniture

NexChange Group dan Marita Group Anjur Bersama Sidang Kemuncak Maya Minggu Rantaian Blok Afrika Pamerkan Langkauan Ke Hadapan Teknologi Benua

NexChange
2021-03-18 03:59 240

HONG KONG, 18 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Minggu Rantaian Blok Afrika sulung akan dilancarkan mulai 28 Jun hingga 1 Julai 2021.

NexChange Group, ekosistem rantaian blok dan pembina usaha niaga serta MARITA Group, konglomerat Afrika akan berganding bahu untuk bersama-sama menganjurkan Sidang Kemuncak Maya ini. Acara ini akan menampilkan pengusaha industri dan pembuat keputusan utama yang menyumbang kepada peraturan, aplikasi, pelaburan dan pendidikan merentas banyak negara Afrika.

Juwan Lee, Pengerusi NexChange Group: "Afrika ialah langkah besar yang seterusnya untuk rantaian blok. Kami bukan sahaja melihat peluang dalam bidang pembayaran dan rangkuman kewangan, tetapi kami juga melihat penglibatan institusi yang ketara."

Realiti baharu mempunyai teknologi terbukti bagi menjadi penghubung kepada masa depan yang lebih baik. Hubungan yang kukuh antara negara-negara Afrika, seperti kerjasama Selatan-Selatan, yang didorong oleh TYT Mohammed VI melangkaui lebih daripada sekadar politik. Jambatan ekonomi baharu memastikan agar Afrika berupaya untuk memintas langkah-langkah tertentu pada tangga teknologi, mengukuhkan kedudukannya di hadapan keluk global. Digambarkan oleh Bank Dunia dan digelar 'leapfrogging' (langkauan deras ke hadapan), ia bergantung penuh pada teknologi yang dipertingkat termasuk rantaian blok.

Rahhal Boulgoute, Pengerusi Marita Group: "Rantaian blok akan merevolusikan Afrika dan menyediakan peluang untuk rangkuman kewangan. Penting untuk kami mendedahkan teknologi rantaian blok di Afrika."

Kesan dapat dilihat pada peta kewangan Afrika. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perbankan digital dan pembayaran mudah alih telah terbukti menjadi kajian kes kehidupan sebenar untuk berjuta-juta pengguna, lalu menjadikan kehidupan kewangan orang ramai lebih baik, menjamin keterangkuman dan mengubah keadaan untuk mereka yang tidak mendapat akses kepada perkhidmatan bank. Bank, perusahaan dan usahawan mengubah nasib benua ini, seraya membentuk landskap pelaburan.

Acara ini menyokong usaha pengawal selia Afrika untuk menerima pakai peraturan yang diperlukan bagi menerima rantaian blok dan menjadi pengusaha global yang utama dalam teknologi yang membentuk masa depan. Cita-cita Tuan rumah bersama tersebut adalah untuk menjadikan Minggu Rantaian Blok Afrika sebagai platform utama untuk dialog dan perangkaian antara semua pemegang kepentingan dalam rantaian blok bagi mentransformasikannya menjadi suatu kenyataan di Afrika.

NexChange Group ialah pembina usaha niaga dan platform media yang mengkhusus dalam Rantaian Blok, Teknologi Kewangan, Teknologi Kesihatan, AI dan Bandar Pintar.

Marita Group Holding ialah sebuah syarikat global yang memberi tumpuan terhadap:

  • penyelesaian siap guna dalam pembangunan hartanah, taman tema, bandar pintar
  • tenaga boleh diperbaharui dan pemulihan sisa, pengeluaran hidrogen, mobiliti elektrik
  • pertanian lestari dan pembangunan mampan
  • pembangunan perlombongan tempatan bagi sumber alam semula jadi
  • produk, peralatan, bekalan kesihatan, perubatan

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.africablockchainweek.com atau hubungi: info@nexchange.com, +852 3595 3680.

Source: NexChange
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Blockchain Financial Technology Future Events