omniture

ADB Ventures Umum Dua Pelaburan Pertamanya

ADB Ventures
2021-03-18 07:39 501

MANILA, Filipina, 18 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Cabang usaha niaga baharu Asian Development Bank (ADB), ADB Ventures, mengumumkan dua pelaburan pertamanya. ADB Ventures melabur dalam syarikat-syarikat teknologi peringkat awal di seluruh dunia yang menangani cabaran pembangunan segera di Asia dan Pasifik baru muncul.

Euler Motors Pvt. Ltd., berpangkalan di India, ialah pengeluar kenderaan elektrik dan pengendali pengangkutan yang memberi tumpuan pada logistik komersial langkah terakhir, mempercepatkan peralihan India dan Asia Tenggara menuju mobiliti mampan. Euler Motors mengumpul sebanyak $9.4 juta dalam pendanaan Siri A dengan penyertaan oleh ADB Ventures, Blume, Inventus dan pelabur-pelabur lain.

Smart Joules  Pvt. Ltd., berpangkalan di India, menyediakan kecekapan tenaga-sebagai-satu-perkhidmatan untuk hospital besar dan bangunan komersial, memberi penjimatan sehingga 40% untuk kos tenaga dan mengurangkan emisi gas rumah hijau. Smart Joules mengumpul sebanyak $4.1 juta dalam pembiayaan Siri A yang dipimpin oleh Sangam dan ADB Ventures. Max I. Limited dan pelabur-pelabur persendirian lain turut mengambil bahagian dalam pusingan ini.

Pelaburan tersebut dibuat olah ADB Ventures Equity Fund, yang merupakan dana pelaburan pertama ADB Ventures.

"ADB Ventures akan memacu inovasi teknologi bersih, teknologi pertanian, teknologi kewangan dan teknologi kesihatan impak tinggi dalam membangunkan Asia dengan pembinaan ekosistemnya. Visi kami adalah untuk mengumpul pelaburan komersial sebanyak $1 bilion ke arah Matlamat Pembangunan Mampan menjelang tahun 2030," kata Naib Presiden ASB Ashok Lavasa.

ADB Ventures Equity Fund menerima komitmen pendanaan sebanyak $60 juta pada tahun 2020 daripada Kementerian Luar Negeri Finland, Kerajaan Republik Korea, Clean Technology Fund Climate Investment Funds dan Nordic Development Fund. Dana tersebut memberi tumpuan pada impak iklim dan gender di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

"ADB Ventures Equity Fund ialah instrumen yang sempurna untuk Finland menukarkan keutamaan pembangunan kami menjadi tindakan. Dana ini akan memangkinkan kewangan sektor swasta bagi mengatasi perubahan iklim sekali gus mengintegrasikan aspek gender. Finland berdiri bersama ADB untuk menyahut cabaran pembangunan rantau ini," kata Penolong Setiausaha Negara bagi Dasar Pembangunan Finland Elina Kalkku.

"Ekosistem usaha niaga Korea telah mempercepatkan peralihan ke arah ekonomi digital dan hijau yang inovatif. Kami berharap dapat bekerjasama erat dengan ADB Ventures untuk mempromosikan teknologi bersih yang utama di rantau Asia-Pasifik dan mencapai kemakmuran bersama dalam era pasca-COVID-19," kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Antarabangsa Kementerian Ekonomi dan Kewangan Republik Korea Taesik Yoon.

"Kami melihat ADB Ventures sebagai antara instrumen unik yang berupaya untuk menggerakkan modal risiko awam serta modal sektor swasta dan dalam masa yang sama memanfaatkan operasi dan rangkaian luas ADB untuk inovasi iklim," kata Ketua Climate Investment Funds Mafalda Duarte.

"ADB Ventures mewakili pelengkap yang tepat pada masanya terhadap pendekatan pembangunan tradisional melalui penglibatan sektor swasta dalam mengatasi cabaran perubahan iklim yang kritikal. Kami berasa sukacita untuk bekerjasama dengan ADB bagi inisiatif yang penting ini yang mempunyai kaitan khusus dalam pemulihan pasca-COVID," kata Pengarah Urusan Nordic Development Fund Karin Isaksson.

ADB komited untuk mencapai Asia dan Pasifik yang makmur, inklusif, berdaya tahan dan mampan sekali gus meneruskan usahanya untuk membasmi kemiskinan melampau. Ditubuhkan pada tahun 1966, ia dimiliki oleh 68 anggota—49 dari rantau tersebut.

Hubungan Media:  

John Larkin
Pakar Komunikasi Utama, ADB
privatesectormedia@adb.org 

Nattasuda Anusonadisai
Pakar Komunikasi, ADB Ventures
natt.consultant@adb.org
+66-635835399 

Source: ADB Ventures
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Venture Capital