omniture

Kren Rangkak 2000-tan Zoomlion Pecah Rekod sebagai Kren Muatan Tan Terbesar Dieksport dari China ke Pasaran Global

Zoomlion
2021-03-18 22:00 35

CHANGSHA, China, 18 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pada 5 Mac, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion") (1157.HK) berjaya menandatangani pesanan bersama syarikat pemajakan peralatan kren tempatan terbesar Turki untuk mengimport ZCC32000W, kren rangkak 2000-tan, seraya mencatat rekod baharu sebagai kren muatan tan terbesar yang akan dikilangkan di China. Penandatanganan pesanan tersebut melambangkan kemasukan Zoomlion ke dalam pasaran berkualiti tinggi antarabangsa untuk kren muatan tan amat besar.

Bernilai lebih 100 juta yuan ($US 15.3 juta), produk untuk dieksport termasuk produk angkat handalan 2000-tan, kren rangkak ZCC32000W serta ZCC9800W yang digelar sebagai "Raja Kuasa Angin".

"ZCC9800W memberi perkhidmatan untuk projek stesen janakuasa angin pelanggan selama lebih 7 bulan dan lantaran kecekapan pembinaannya yang tinggi serta ciri-ciri kebolehoperasian dan kebolehpindahan yang mudah, produk ini mendapat pujian tinggi daripada pelanggan," kata En. Kayim, Pengurus Wilayah Eropah bagi Jentera Angkat Pembinaan Zoomlion.

"Umumnya, ZCC9800W Zoomlion dapat mengangkat satu set tambahan turbin angin sebulan berbanding dengan kren lain. Sementara itu, kami terus menawarkan perkhidmatan tersuai, standard tinggi seperti pemindahan dan penjayaan meskipun terdapatnya kesukaran yang disebabkan oleh pandemik ini," tambah En. Kayim. Berdasarkan pengalaman kerjasama terdahulu, pelanggan membuat pembelian tambahan produk Zoomlion ini.

Dalam suku pertama tahun 2021, perniagaan Zoomlion berkembang pesat ekoran pemulihan dan pertumbuhan industri jentera pembinaan antarabangsa dan jumlah penghantaran bagi setiap unit perniagaan mencecah paras rekod tinggi. Pada 18 Februari, Zoomlion menghantar lebih daripada 1.1-bilion-yuan ($US 168.45 juta) nilai produk kepada pasaran domestik dan antarabangsa.

Pesanan yang baru ditandatangani tersebut memperlihatkan pengaruh jenama dan daya saing yang semakin meningkat terhadap pengilangan berkualiti tinggi oleh Zoomlion di dunia. Zoomlion akan terus membangun dalam pasaran jentera pembinaan global melalui kerjasama erat bersama pelanggan antarabangsa yang utama. Pada tahun 2021, syarikat tersebut berdedikasi untuk mempercepatkan inovasi teknologi dan menaik taraf pengilangan pintar, digital dan mesra alam demi mencapai pertumbuhan yang berterusan.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan antara jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat ini kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 56 barisan produk yang mencakupi sepuluh kategori penting.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Machinery Mining/Metals Licensing/marketing agreements