SHENZHEN, China, 18 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Di Upacara Pelancaran Produk Baharu Kolaborasi Pintar 2021, hari ini Huawei mengumumkan pelancaran global HUAWEI IdeaHub Board, papan putih kolaborasi pertama dalam industri yang menampilkan teknologi anticahaya biru optik. Diperakui oleh TÜV Rheinland, teknologi tersebut menghapuskan cahaya biru yang berbahaya dan kas warna bagi memberi pengalaman paparan yang jelas dan visual yang selamat. HUAWEI IdeaHub Board turut menampilkan fungsi-fungsi inovatif seperti penayangan tanpa wayar dan penulisan pintar bagi meningkatkan pengalaman pengguna dalam sesi pendidikan dan latihan, mesyuarat setempat dan perbincangan terbuka.
PAN Yong, Naib Presiden Jabatan Jualan Produk & Penyelesaian Visi & Kolaborasi Pintar Huawei melancarkan HUAWEI IdeaHub Board
"Pemecutan pesat ekonomi digital menjadikan kerja-kerja digital dan pendidikan sebagai kebiasaan baharu untuk setiap organisasi dan individu. Siri HUAWEI IdeaHub yang dikeluarkan tahun lalu merupakan alat produktiviti serba baharu yang direka bentuk untuk membantu pengguna dalam pelbagai industri beradaptasi dengan kebiasaan baharu ini dan mencapai kolaborasi sinergi peranti-awan," kata Pan Yong, Naib Presiden Jabatan Jualan Produk & Penyelesaian Visi & Kolaborasi Pintar Huawei. Beliau selanjutnya menambah, "HUAWEI IdeaHub Board serba baharu merupakan penambahan terkini kepada siri ini. Ia direka khas untuk kelas pintar, bilik mesyuarat dan ruang pejabat terbuka, bagi memudahkan kolaborasi yang lebih pintar dan lebih cekap."
Pergantungan kita yang semakin meningkat terhadap skrin digital membuatkan kesihatan mata suatu kebimbangan utama oleh semakin ramai orang. Bagi menangani isu ini, HUAWEI IdeaHub Board melaksanakan teknologi kalis cahaya biru optik 4K bagi menghalang cahaya biru yang berbahaya daripada sumber cahaya dan melindungi mata pengguna. Sebagai perbandingan, teknologi anticahaya biru berasaskan perisian dan mod keselesaan mata tidak dapat menapis sepenuhnya cahaya biru yang berbahaya. Ia juga cenderung menambah sedikit warna kuning pada skrin, lalu mengakibatkan keletihan visual dan mempengaruhi pengecaman warna. Menggunakan teknologi pengimbang spektrum untuk menghalang cahaya biru yang berbahaya daripada sumber cahaya, HUAWEI IdeaHub Board memastikan cahaya biru yang rendah, penentukuran warna dan adaptasi cahaya ambien.
Penayangan skrin dan penulisan papan putih merupakan dua fungsi yang paling biasa digunakan dalam pendidikan mahupun pejabat pintar. Dengan mengambil kira hal ini, HUAWEI IdeaHub Board menawarkan ciri-ciri unik bagi meningkatkan pengalaman pengguna. Fungsi tayangan bar ke bawah, berasaskan teknologi Cast+, membolehkan pengguna untuk menayangkan kandungan daripada telefon ke skrin besar tanpa memasang aplikasi tambahan. Dalam masa yang sama, pengguna boleh mengawal telefon mereka daripada skrin besar. Pengguna tidak perlu bimbang mengenai aspek keselamatan kerana fungsi perlindungan privasi memastikan maklumat peribadi tidak akan dikongsi semasa penayangan.
HUAWEI IdeaHub Board menggunakan teknologi pengikatan sifar jurang dan keupayaan perisian inovatif bagi membawa pengalaman menulis yang lancar dengan kependaman menulis yang sangat rendah iaitu 35 ms. Ini menjadikan penulisan pada Papan tersebut semudah menggunakan pen dan kertas. Sementara itu, pengecaman teks dan grafik pintar serta fungsi perkongsian emel dapat membawa pengalaman yang lebih cekap berbanding papan putih biasa.
Boleh didapati dengan ukuran 65'' dan 86'', HUAWEI IdeaHub Board sesuai untuk pemasangan di lantai dan dinding dan ia boleh digunakan secara fleksibel di kelas dan pejabat.